[Piala Malaysia] – Sang Rusa vs Red Warriors


Tarikh : 7 November 2009
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tiket : RM 20 untuk semua tempat duduk / RM 5 untuk kanak2
Tarikh Jualan : Stadium Nasional (Jumaat: 11pagi – 10mlm, Sabtu: pukul 10pagi)
Akhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 akan berlangsung. Aku dah lama x tgk secara live di stadium. Ini sedikit preview ntuk match tersebut.
Negeri Sembilan memang menjadi musim ni dengan rekod 100% kemenangan dlm saingan Piala Malaysia.Seram tue. Kalu aku tgk pn gusar jgk la. 24 gol dalm 10 perlawanan dan 2 kali je dibolosi.Perghhh memang kuat. Kekuatan utama pasukan ini adalah terletak kepada sapa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha. Zaquan ni bagaikan permata baru skuad kebangsaan yg perlu digilap sebaik-baiknya. 9 gol die wat. Wan Jamak suka formasi 3-5-2, formasi yg agak berbahaya dan mereka juga dalam usaha mengakhiri penantian 62 tahun untuk kembali menjulang Piala Malaysia.
Permain Sandaran: Zaquan Adha
Kelantan pula berjaya memecahkan badi untuk ke final selama 39 tahun. Agak lama jgk ek diorg kempunan ke final Piala Malaysia. Tahniah ntuk mereka. Diorg kalu menang Piala Malaysia nie akan menjadi sejarah ntuk bola sepak kelantan. Dengan rekod 2o gol dan bolos 6 kali dalam 10 perlawanan, menunjukkan kegarangan skuad red warriors nie. Jelas skali diorg bergantung kepada Indra dan Nurfarhan sekalu pemain utama. Indra jelas skali menunjukkan prestasi yg cemerlang dalam perlawanan sebelum ni tapi apa yg perlu di risaukan oleh pemain2 squad rusa,ialah bagaimana mahu mengekang gandingan Indra dan Nurfarhan. Gomo kelate Gomo.
Pemain Sandaran : Norfarhan
Perlawanan Final kali ini akan mencipta sejarah samada bagi skuad Si Rusa mahupn The Red Warriors. Yg menang pasti gembira yg kalah pasti keciwa. Itulah adat final. Mmg kejam tapi itulah realiti hidup sebagaimana anda bercinta. Yang dapat pastu gembira dan yg kalah pasti keciwa untuk sementara. Marilah penyokong Rusa dan Red Warriors kite beramai-ramai ke Stadium Nasional ntuk menyokong pasukan anda masing2.Aku pn nk g tgk juga. Jumpa anda di sana. Majulah sukan untuk negara.

November 3rd, 2009 at 3:57 pm
tahniah buat kedua2 pasukan..
semoga perlawanan dilangsungkan dengan semangat ukhwah..
Kalah menang adat pertandingan
dan harap game menarik…
November 3rd, 2009 at 11:59 pm
no matter what happen i think red warriors can win after apa yg di tunjukkan dlm tahun ni rasanya piala malaysia layak utk kelantan..n9 juga sebuah pasukan yg mantap krn di barisi byk pmain pngalaman spt zaquan,aidil,hairuddin,rizal zambery,idris karim,s.kunalan..my prediction kelantan 3-1 n9 hehe..
November 4th, 2009 at 7:43 am
Teman tak pasti tentang kekuatan ke2 2 pasukan .. Tp, kalau di lihatkan crest pasukan masing2 atau pun yg telah diletakkan di Bwh tajuk oleh Bangku Simpanan .. Menunjukkan keris dan anak panah akan memusnahkan impian Si Rusa ..
Tgk tu, rusa berlari meninggalkan, bukan mengejar …
Firasat teman, N S akan menang .. Hobin jang Hobin ..
November 4th, 2009 at 11:43 am
p/s: ehh yusuf n joe korg g tgk tak match nie?
November 4th, 2009 at 7:18 pm
hehe..wa x p tgkla..jauh lak tu kat bukit jalil tpi kalo penang yg msuk final piala malaysia mmg gua sggup p hehe..tringt lagi wktu penang masuk final piala fa lwn kelantan x silap tahun 2004..mlm tu gua p rstran nasi kandar n diorang tgh pasang epl match tpi gua suruh tokey rstoran tu kalih tv1 tgk live piala fa malaysia n xda siapa pun yg bantah lepas siaran di kalih malah ramai yg mnyokong mlm tu..ternyata rkyat malaysia masih sygkan bola sepak malaysia..tmbah lak mlm tu penang mng ngan perak 1-0 jaringan gustavo romero..makin bersorak mlm tu..thanx pada tuan sbb masih wujudkan ruang utk kita sama2 mnghayati piala malaysia piala tertua di rantau asia ni..
November 4th, 2009 at 7:21 pm
pembetulan bukan lawan kelantan tpi penang lawan perak final piala fa thun 2004..hehe sory silap..
November 5th, 2009 at 1:22 am
assalamualaikum kepada semua penyokong Kelantan dan Negri Sembilan.Pertama sekali agaknya masih belum terlewat untuk menghulurkan untuk mengucapkan tahniah di atas kedua-dua paukan yang telah layak ke fnal.Saya tidak menyokong mana-mana pasukan kerana kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang mantap pada edisi liga Malaysia musim ini.
Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah satu permainan yang mantap,menarik,dan yang paling utama elakkan daripada insiden pergaduhan.Hal ini kerana,insiden pergaduhan bukan budaya kita,sesebuah pasukan itu perlu menunujukkan kebolehan masing-masing untuk mencari gol kemenangan seterusnya membawa kejayaan kepada pasukan.
Saya rasa inilah pendapat dan luahan yang saya dapat sumbangkan apa-apa pun kedua-dua pasukan menunujukkan fairplay ketika bermain.oklah kepada orang di luar sana ayuh ramai-ramai kita datang ke stadium Bukit Jalil pada hari sabtu ini menyaksikan perlawanan menarik.Akhir sekali kepada semua penyokong kedua-dua pasukan ingatlah bola-bola juga keselamamtan di jalan raya perlu diutamakan jangan memandu terlalu ikutkan hati dan perasa pandu cermat jiwa selamat.
Akhir kata,sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua yang telah layak ke final,berjuanglah sehabis-habis tenaga demi kejayaan pasukan dan peminat anda insyaallah,semoga kita berjumpa lagi dilain kalam tahun depan assalamuaikum dan salam satu Malaysia…..
November 5th, 2009 at 7:42 am
Buat bgku Simpanan, bukan tak nak pergi .. Teman nak tgglkan anak bini tuk berseronok, tak tergamak dah raser nyer ..
Biar ler teman layan EPL jer la kat rumah, sambil ditemani oleh anak2 n isteri tercinta ….
p/s~ Bgku Simpanan: bukan alasan a’ …
November 5th, 2009 at 1:22 pm
@Kodri – terima kasih atas nasihat anda. Ya mari kita semua sokong dengan semangat kesukanan. Yang kalah jangan marah, dan yang menang sambutlah kegembiraan tapi jangan keterlaluan sangat. Itulah adat sukan. Harap-harap pemain juga menunjukkan sikap professional seperti tidak bergaduh atau bertumbuk. Sekali lagi berhati-hati la di jalan raya. Salam satu Malaysia juga kepada Kodri.
November 5th, 2009 at 1:29 pm
@joe – xpe joe.hamba paham org yg dh berkeluarga ni takkn la nk bwk anak pinak ke stadum kn..kasik chance la kat kami org2 muda yg belum berkawin berseronok dan nk gegarkn stadium tue..
p/s: hamba paham org berkeluarga ni komitmen byk..hehe
November 5th, 2009 at 3:40 pm
Tahniah wat kltn & n9 coz layak g final.walaupn aku rakyat trg yg dah kaloh dkt n9,aku akn ttp g tgk final nnti,sbb negeri yg leh msk final slh satunye negeri pantai timur n aku hrp klate mng mlm sabtu ni.GOMO KLATE GOMO.IDUP PENDEKAR MERAH
November 5th, 2009 at 3:49 pm
indra putra baru dinobatkn striker terbaik musim ni manakala aidil pula pemain pertahanan trbaik, sabtu ni kedua2nya akan brtemu d final Piala Malaysia..mcm gempak lak rasenye
November 5th, 2009 at 5:26 pm
Majulah sukan untuk negara ..
November 5th, 2009 at 9:48 pm
mls ckp byk….
den rhso n9 monang……..
3-0……
abih cito…..
hehehe……..
November 6th, 2009 at 1:27 am
kepada n9,kasi je la klantan tu menang. nanti fans die merajuk lak bakar stadium & kereta kat luar tu.. langsung takde semangat kesukanan dan x bertamadon
November 6th, 2009 at 10:32 am
Assalamualaikum
Terlebih dahulu penulis ucapkan tahniah buat barisan pengurusan dan pemain pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan kerana berjaya layak ke peringkat akhir Piala Malaysia 2009. Sejujurnya, inilah kali pertama penulis merasai bahang Piala Malaysia apabila mulai diperkatakan oleh orang ramai tidak kiralah baik di media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan internet mahupun daripada perbualan para peminat bola sepak Malaysia.
Kehebatan peminat Kelantan sememangnya cukup hebat sehinggakan memberi semangat buat pasukan tersebut untuk menunjukkan mutu permainan yang terbaik. Negeri Sembilan juga hebat dengan dibarisi pemain muda yang berkualiti dan situasi ini menyebabkan penulis merasakan bahawa kedua-dua pasukan ini sama hebat dan setaraf.
Buat peminat yang bakal memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, diharapkan agar menjaga tingkah laku dan tunjukkan semangat kesukanan, bukannya dengan mercun ataupun rusuhan. Penulis agak kecewa dengan pelbagai kenyataan yang tertumpu pada peminat Kelantan yang bakal menimbulkan masalah. Pada penulis, tak kiralah peminat negeri mana sekalipun, semuanya adalah sama. Penulis sendiri melihat semasa perlawanan separuh akhir antara Kelantan lawan Perlis di Stadium Kangar apabila seorang pemain Kelantan nyaris terkena mercun yang hanya berada beberapa cm sahaja di sebelah kepalanya. Rakaman sudah membukti bahawa balingan itu daripada penyokong Perlis. Bukan ingin membela negeri sendiri tetapi penulis bercakap atas dasar fakta dan bukti. Bak kata seorang penyokong Kelantan, “Penyokong Kelantan baling mercun, masuk habis dalam surat khabar tetapi negeri lain? Dalam sukan pun, takkanlah nak berpolitik jugak..”
Penulis juga menerima satu fakta berkenaan kes Halim Napi dengan Aidil Zaquan. Penulis dikhabarkan bahawa sebenarnya Halim Napi (Penjaga gol Kelantan) berang dan bertindak sedemikian berpunca daripada tindakan Aidil Zaquan itu sendiri yang kurang ajar dan memberi amaran apabila adiknya dijatuhkan. Kita sedia maklum bahawa adik beradik kembar sememangnya akan membela antara satu sama lain maka tindakan Aidil itu tidak wajar kerana adat permainan, jatuh itu perkara lumrah. Bukan namanya bola sepak kalau tiada pemain yang jatuh. Apapun, hanya Aidil dan Halim sahaja yang tahu perkara sebenar. Penulis hanya melaporkan apa yang dikhabarkan di telinga penulis. Kata teman penulis, “Kalau benar Halim itu bersalah, kenapa Aidil tidak ambil tindakan?”. Renungkanlah..
Akhir kata, tahniah sekali lagi buat kedua-dua pasukan dan harap pasukan anda semua terus menunjukkan prestasi yang baik untuk musim-musim akan datang dan sentiasa mengekalkan prestasi serta mutu permainan. Buat peminat semua, andalah nadi dan pembakar semangat pasukan-pasukan kesayangan anda. Teruskan sokong biarpun pasukan anda lemah. Jangan hanya sokong apabila pasukan hebat musim ini tetapi mula kutuk bila pasukan anda lemah. Itu bukannya peminat dan tidak layak untuk mengaku diri anda sebagai peminat. Gelaran yang paling sesuai adalah peminat chipsmore. Sekejap minat (bila pasukan hebat) sekejap kutuk (bila pasukan lemah). Marilah kita semua berdoa agar tiada kecelakaan seperti kemalangan di jalan raya, rusuhan, kecederaan penyokong yang tidak bersalah, pergaduhan, kebakaran dan sebagainya yang berlaku pada malam esok dan juga mutu kualiti bola sepak tanah air tercinta.
Mohon maaf andai ada yang terguris. Terima kasih.
Wassalam.
November 6th, 2009 at 3:06 pm
Tajuk berita pada akhbar hari Ahad nanti (8/11/09):
“Kelantan Juara Piala Malaysia 2009″
November 7th, 2009 at 12:33 am
Bukan nak ckp dan bukannya nak bangga diri tapi aku rasa bolasepak kelantan tahun ni memang hebat. Tak mustahil Kelantan boleh bawa pulang Piala Malaysia tahun ni. Kalau tengok dari segi penyokong (maaf buat negeri lain, tapi hakikatnya mmg begitu..maaf sekali lagi) bolasepak kelantan memang hebat. setiap kali perlawanan penyokong kelantan mmg ramai. Apa yang pasti bolasepak kelantan pasti mencipta sejarah pada tahun ini. Gomo kelate gomo.
November 7th, 2009 at 12:58 am
kijang vs rusa……dua ekor binatang ni adalah haiwan yg d lindungi dan boleh di makan…apa2 pun kijang dah lapah singa di kota bharu dan kangar manakala rusa buat penyu menangis d seremban dan k.terengganu…rekod 2009 rusa baham kijang 3 kali dan hanya rebah skali…apa2 pun sapa tahniah buat rusa dan kijang dan yg pentingnya kita tetap 1malaysia.kelantan atau N9 yg yg mereka pasti genggam piala Malaysia yg 1st..result tu x akan ganggu game utama Man Utd VS Chelsea….yg pentingnya Liverpool dan boleh ucap GOOD BYE…..Tq kerana sudi baca
November 7th, 2009 at 1:28 am
panas tol ngn ulat2 tiket.. harge tiket smpai RM100 ape jadah..?? Aku xde tiket lg.. Tiket bas dh beli dh nk g sane!
tensen2..
November 7th, 2009 at 1:28 am
penyokong kelantan xbertamadun..aku da tgk sendiri ngn mata aku…
November 7th, 2009 at 12:12 pm
Buat Syam, jangan hanya pandai mengata orang tidak bertamdadun. Sebelum mengata, cermin diri anda, bertamadunkah anda atau tidak? Tepuk dada, tanyalah hati.. Atau anda dengki melihat kehebatan penyokong Kelantan? Akuilah dan memang penulis banyak dengar bahawa ramai penyokong negeri lain dengki melihat berpuluhan umat Kelantan memenuhi stadium.
Terima kasih.
** Setuju dengan kata-kata Pahlawan Merah
November 7th, 2009 at 12:27 pm
saya rasa yang jaring gol lebih dari pasukan lain akan menang
November 7th, 2009 at 6:02 pm
klate main nk starah MU doh loni…meme dop ake kaloh doh male nie..
gomo klate gomo..
ole…ole…olee…..sumbat gol…sumbat gol…………
November 7th, 2009 at 6:05 pm
hok ni hokm xsdap nie kalu duk badi ngato..hok ngato 2 la hok b’tamadun benar..kecek x paka otok..
November 8th, 2009 at 12:44 am
Tahniah buat pasukan bola sepak Negeri Sembilan kerana telah menunjukkan satu permainan yang cukup menarik dan pasukan anda memang layak untuk membawa pulang Piala Malaysia. Buat pasukan tanah air penulis, tahniah kerana anda layak ke peringkat akhir dan teruskan usaha anda pada musim akan datang. Tak dilupakan buat penyokong bola sepak Malaysia, jagalah tingkah laku anda. Tunjukkan semangat kesukanan bukannya asap mercun atau api kebakaran.
November 8th, 2009 at 1:16 pm
Aku betul2 kecewa dengan pasukan kelantan. Malam tadi main macam budak2. Langsung tiada semangat untuk melawan. Tak berbaloi rasanya aku datang dari jauh semata-mata nak bagi sokongan. Tau negeri sembilan power tapi sekurang-sekurangnya melawan la sikit. 3-1..malu sangat rasanya. ingatkan bolasepak kelantan boleh cipta sejarah tahun ni tetapi musibah yang menimpa. tapi yang aku sakit ialah pertahanan dari pasukan kelantan yang main macam apa ntah. Sakit hati aku..KECEWA YANG TERAMAT SANGAT…Dah kalah semalam..tunggu 40 tahun lagi la baru boleh masuk final.
Wira Merah Kecewakan Peminat
November 8th, 2009 at 6:01 pm
yer meme kawe pn raso kcewa smlam..midfielder xcri pluang tbaik untuk lorongan/overlap yang bgus..nape midfield kurang komunikasi or persefahaman dgn indra n farhan? xslahkan defend juga sbb ad pmain kurang pngalaman and it still new to them..game smlm bkn game kelantan yg sbnarnya..gugup ataupn knalin 2 ble dcontrol kalau pandai mngawal dr sendiri..ribuan trima ksh untuk indra putra krn menutup sikit kkecewaan yg terdedah..ape pn gomo kel gomo..
November 9th, 2009 at 3:24 am
bakar kerusi stadium tu bertamadun ke??
ko pandai cakap,,konon diplomatik…
nk tegakkan benang yg basah…
u shud b ashamed of urself n ur puak…..
November 9th, 2009 at 1:43 pm
woi syam ko gile ke kate binatang tadke tamadun?
November 9th, 2009 at 2:16 pm
aku buknlah penyokong klantn tp aku mmng respek dhn penyokong klantan ni..sanggup dtng dr jauh suppori team kesayangan..mmng banjir ah b.jalil ngan warne merah
tp yela ade segelintir penyokong yg nk kate fanatik x jugak, tp marah sngt kot sbb kalah..dh tggu brpuluh tahun baru brpeluang nk mnng p.m’sia, mmng frust ah..kene fikir positif ah, klantan dh masuk 2 final utk tahun ni..arap2 boleh fight lg utk tahun depan..x dnafikn penyokong kelantan dh menghidupkn suasana p. m’sia musim ni..well done…..MAJULAH BOLA SEPAK UTK NEGARA
p/s:kesian kt Presiden KAFA, kene brtngjwb ats kerosakn d b.jalil…bak kate pepatah ‘yg ddukung x dapat. yd d kendong brciciran’
November 9th, 2009 at 4:02 pm
salam..dua hari paper bercerita tentang penyokong kelantan membuat rusuhan, penyokong kelantan ganas, penyokong kelantan tak layak untuk pergi ke stadium untuk menonton bola dan bermacam2 lagi perkara yang tak sedap didengar pasal penyokong kelantan ni.betul ke penyokong kelantan ni ganas?betul ke penyokong kelantan ni x bertamadun?nanti dulu…jangan pandang sebelah mata je..maaf la nak cakap…bukannya nak sebelahkan kelantan, tetapi realiti. bukannya xde negeri lain buat hal.Terengganu pernah merusuh, penyokong masuk dalam padang nak pukul pengadil. tapi ada benda ni dipanjangkan??xde kan kalo ada pun sikit sangat.kalau melibatkan penyokong kelantan,seminggu x abis bercerita tentang apa yang diorang lakukan. Bukan xde penyokong lain baling mercun,ada…tetapi sekali penyokong kelantan baling mercun riuh satu dunia macam la penyokong negeri lain baik dan bermoral. Kalau betul2 baik kenapa ada sampai pukul kereta, kenapa ada bas kena baling dengan batu, telur busuk dan apa2 lagi kat kangar baru ni?ada dipanjang kan cerita ni?sehari je…lepas tu senyap je..kata je nak ambik tindakan tapi gerenti senyap. dah la..ketepikan soal politik..sukan lain hal..bukan nak cakap..Piala Malaysia tahun ni meriah dengan adanya penyokong kelantan. Aku pun x setuju dengan penyokong kelantan penyokong kelantan yang membakar kerusi stadium baru-baru..tapi jangan la melampau sangat dengan mengatakan penyokong kelantan ni tak bertamadun.Buka sikit mata..buka sikit fikiran..tengok penyokong negeri lain..mereka semua sama,cuma keburukan org kelantan je yang nampak lebih buruk. samapikan penyokong kelantan x dibenarkan untuk memasuki stadium tahun depan.
November 10th, 2009 at 2:48 pm
kawe stuju dgn wira merah,jgn hanya nampak keburukan penyokong kelate aje.
November 10th, 2009 at 3:03 pm
Pasukan kelate memang hebat biar pun tewas.Saya sebagai peminat Red Warriors tetap menyokong.Hidup kelate!!!
November 17th, 2009 at 12:06 pm
bodoh tol la ko syam ek.. pergi library, cari kamus dewan and than bukak biji mata ko, apa maksud TAMADUN??? aku bukan nak tegakkan benang yang basah ke apa ke.. tapi yang realitinya, orang cam ko tuh tak layak hidup kat muka bumi nih.. hidup tahu nampak kesalahan orang.. macamlah ko perfect sangat. bodoh sial..
November 17th, 2009 at 3:02 pm
xpe la…x bertamadun ke..apa ke..yang penting sama2 kita bangunkan kembali bolasepak Malaysia…betul x?
jones-act-attorney.co.cc
November 18th, 2009 at 10:04 am
yup.. betul tuh wira merah. kutuklah macam mana pun, bukan penyokong yang buat hal tuh dengar ke apa.. ibarat cakap belakang jer.. berani, pergila jumpa diorang sendiri yang buat hal kat stadium tuh and then kutuk depan-depan diorang. Itu baru jantan beb…
Majulah Sukan Untuk Negara..
November 21st, 2009 at 9:16 pm
kepada semua..terima kasih kerana kasik komen..tetapi harap semua bersabo ye..^^..
November 23rd, 2009 at 3:21 pm
kita jumpa la,,baru ko tau sape jantan… bg emel ko..
November 23rd, 2009 at 3:26 pm
lorrr..nk suh tgk kamus lak..nk ajar bhs melayu la ni…sape yg xpaham bhsa sbnanye ni?? ko paham x ak cakap xbertamadun tu apa mksud dia?? adoi yai susah tol klau budak kcik dah pndai main tenet skang ni… dah2 jgn main tenet g dah.. g main anak patung ke masak2 ke…
November 24th, 2009 at 2:26 am
salam..
emm, camnela kite nk bersatu neh.. asik2 nk gado, plzzla.. kite n manusia.. berfikirlah dengan waras, biarla realistik skit.. xkan kalah bola pon nk emo, adoi.. taula fanatik.. tp yg inilah yang dikatakan fanatik xbertempat.. adoii, susahlah kalo sume team nk menang jer.. tp aku plikla, nape jer kelantan yang dipersalahkan.. anda ada pandangan?
December 2nd, 2009 at 9:54 pm
oi people heard all good if the player came to come to sin2 n9 kelantan belasah’ll chokep2
February 17th, 2010 at 9:50 pm
memang aku nak ajar pun si kecil panas baran yang tidak belajar tinggi lagi taksub dengan internet. (huhu.. aku dah lama pandai main internet so nak selalu on9 tu, boringla.. tak macam org tuh) ni maksud tamadun yang aku petik daripada website DBP..
“cara hidup yg serba berkemajuan; peradaban. bertamadun sudah maju dlm cara hidup; berkemajuan; beradab”
ko kata tak bertamadun kn? ya, aku tahu.. tp klu ko lulus BM dalam SPM, tentu ko tahu kata asal adalah tamadun. sbb tu aku sebut tamadun. klu ko cr mksud tak bertamadun dalam kamus pn, xkn jmpa la wei.. jadi pphm la klu xbtamadun tu apa maksudnya selepas ko phm bbtl mksud tamadun.
anyway, thanks atas pelawaan ko ea nk show siapa jantan antara kita. hahaha.. nk t’gelak aku. buang masa la.. baik p solat n ko sambung bljr la tinggi skit ea.. hidup kelantan!!
February 17th, 2010 at 9:53 pm
buat dongheh, thanks.. aku ni xla fanatik mana dgn bola sepak malaysia. tp aku cukup nyampah dengan dajal2 yang xhbs2 kutuk org kltn. xsemua org kltn mcm tu ar.. sedarlah kat mana-mana pn, semua ada prangai mcm tuh..
February 18th, 2010 at 9:37 am
sokong sasterawan kembali…bukan semua org kltn mcm tu la woiii…negeri lain pun ada..cuma keburukan org je nampak..tgk berita..kalau kelantan buat hal terus tayang..kalau boleh 1 jam berita nak cerita keburukan kelantan je..tp kalau kelantan menang besar..seminit pun x sampai tayang..silap2 xde langsung…sedar la..jangan buta kan mata..jangan pekak kan telinga..realiti tetap realiti…
February 22nd, 2010 at 7:53 am
Terima kasih dan aku pun sokong apa yang dikatakan oleh saudara wiramerah.