Pertembungan 4 Kelab Besar EPL

Tags: , ,

pemaintermahaldunia.jpg

Ahad ini English Premier League bakal menyaksikan pertembungan “Big Four” iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Lebih dikenali sebagai “Super Sunday”, pertarungan ini bakal menyaksikan kelab manakah yang akan terkeluar dari perjuangan merebut kejuaraan liga English Premier League.

Arsenal Football Club bakal bertandang ke Stamford Bridge untuk cuba menghancurkan badi seri dalam 4 perlawanan sebelum ini. Suatu masa dahulu, The Gunners mendahului Manchester United dengan 5 mata tetapi kini Arsenal pula yang ketinggalan 3 mata di belakang. Chelsea pastinya akan cuba bangkit selepas terlepas peluang memintas Arsenal apabila seri 4-4 dengan Totenham Football Club.

Yang pastinya kelab yang tewas dalam perlawanan antara Arsenal dan Chelsea ini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan liga musim ini. Dengan baki perlawanan hanya akan tinggal 7 selepas ini, sebarang kesilapan perlulah dielak di saat genting begini. Kalah sudah tentu tidak boleh dan seri bukanlah satu pilihan yang bijak buat kedua-dua pasukan.

Manakala Liverpool Football Club yang kini sudah menemui sentuhan emas dengan gandingan Fernando Torres dan Steven Gerrard bakal bertandang ke Old Trafford. Misi Liverpool sudah tentu untuk menewaskan The Reds Devils untuk sekurang-kurangnya memberi mereka peluang mengejar pendahulu liga tersebut.

Berikutan deretan kemenangan Liverpool baru-baru ini, kini The Reds ketinggalan 11 mata di belakang Manchester United dan hanya 8 mata di belakang Arsenal serta 5 mata di belakang Chelsea. Nampaknya Liverpool masih mempunyai sisa-sisa peluang untuk membuat kejutan sekurang-kurangnya merangkul tempat automatik ke Champions League musim ini.

Persembahan Manchester United pula kebelakangan ini kurang memberangsangkan. Dengan hanya mampu menang 1-0 ke atas pasukan belasahan Derby Country dan 2-0 terhadap Bolton Wanderers, mampukah Cristiano Ronaldo membuat magiknya sekali lagi semasa berhadapan dengan benteng kental Liverpool? Wayne Rooney dan Rio Ferdinand berkemungkinan besar akan kembali dalam kesebelasan utama Manchester United kali ini.

Peminat-peminat bola sekalian diminta untuk bersiap sedia menghadapi apa jua keputusan pertembungan 4 gergasi ini. Sila tengok bola dengan tenang. Jangan tendang-tendang meja makan. Berhemahlah kita. Semoga pasukan yang terbaik akan menang. Jangan lupa makan ubat tahan kejut. Kang kena sakit jantung pulak.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

8 Comments, Comment or Ping

  1. assalammualaikum.. hmm.. dh lama sebenarnye duk sekodeng bace artikel2 menarik dlm ni dan pelbagai komen.. cume xde keluangan masa sangat sebab sibuk dgn mymanutd.com.. very cool ngan nice site bro..

    hmm.. utk game ni.. aku predict man utd 0-liverpool 0

    chelsea 1 arsenal 1..

  2. thanks bro rushdi.mymanutd pun mantap gak :razz: prediction untuk super sunday
    Chelsea 2 Arsenal 1 dan Manchester United 1 Liverpool 0

  3. Sebenarnya keempat 4 team gua kurang minat, namun memandangkan real M takde dlm EPL maka gua terpaksa sokong Man U saja. Jadi Man U 2 Liverpool 0 kot. Arsenal ngan Chelsea tu cukuplah diorang seri saja baru la tak dengki2 nanti.. :mrgreen:

  4. bola katak

    nape le MU SEKARANG hampeh je………

  5. Man Utd 0 - 1 LFC ..YNWA!

  6. nazu

    sabar bro aran.belum lawan lagi.heheh

  7. korg tau x nape liverpool asyik2 sebut u will never walk alone???
    sb diorg nk tipu peminat dia, diorg tau dia x kan menang tittle, jadi dia pon guna ayat ni tok tipu liverpool!supaya fans dia kecian kt dia and x kan tinggal liverpool sorg2 :twisted:

  8. good job man utd.. good job javier masherano :twisted: alonso dh tarik kate jgn.. rafa kt luar buat isyarat tgn kate jgn.. tula degil sgt.. nk mempersoalkn reff ape kes.. padahal ref dh kasi freekick.. kan xpasal2 kene choke ngan gerrard..

Reply to “Pertembungan 4 Kelab Besar EPL”

Note: This post is over a month old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.