Pemenang Tahun 2007
By KakiBangku • Jan 2nd, 2008 • Category: Artikel Terbaru, Liga EnglandJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Di bawah adalah senarai pasukan dan individu yang boleh dianggap berjaya memenuhi cita-cita dan impian masing-masing. Antaranya ialah:-
Manchester United
Dengan dominasi skuad dari London iaitu Chelsea buat 2 tahun berturut-turut, Manchester United berjaya membuktikan yang mereka masih mempunyai keupayaan untuk menjadi juara Liga England.
Yang lebih menggembirakan ialah, kejayaan The Reds Devils ini tercapai dengan corak permainan free flowing football yang enak dilihat di mata peminat-peminat bola sepak.
Malah pencapaian ke separuh akhir Champions League, tewas menentang AC Milan dilihat sebagai satu tanda kebangkitan semula Manchester United di Eropah.
Penghargaan Khas: Cristiano Ronaldo. Tanpa pemain nombor 7 ini kelibat pasukan Manchester United menjulang Liga England tidak akan tercapai.
Fabio Capello
Bukan sahaja membawa pasukan Real Madrid menjulang Liga Sepanyol, tahun 2007 ternyata paling bermakna buat pengurus ini apabila dilantik untuk mengendalikan England.
Tolak ke tepi mengenai cabaran membawa England ke arah kejayaan, dengan menjadi pengurus England, Fabio Capello telah mendapat antara gaji pengurus termahal di dunia bola sepak.
2 kejayaan dalam masa satu tahun. Memang cukup mengkagumkan.
Cesc Fabregas, Arsenal
Pemergian Thierry Henry ke Barcelona ternyata mematangkan Fabregas. Dengan hanya 3 gol untuk musim sebelumnya, pembukaan musim baru Liga England pada Ogos 2007 membuktikan Fabregas telah maju setapak.
Mendominasi bahagian tengah, membantu menghasilkan jaringan dan menjaringkan gol-gol penting buat Arsenal, ternyata tahun 2007 merupakan permulaan baru buat pemain ini dan pasukannya.
Arsenal tanpa Thierry Henry ternyata lebih kuat kerana wujudnya pemain kecil ini.
Inter Milan
Walaupun memenangi Scudetto akibat skandal rasuah yang menimpa Liga Itali pada tahun 2006, pasukan Roberto Mancini ini membuktikan yang mereka merupakan antara pasukan terbaik dunia buat tahun 2007 apabila dengan mudahnya menjulang sekali lagi piala Liga Itali.
Di bawah kendalian pengurus mereka, Inter Milan sekali lagi sedang mendahului carta Liga Itali dan layak ke 16 pasukan terakhir di dalam Champion’s League. Adakah 2008 juga akan menjadi milik mereka?
Pasukan Kebangsaan Iraq
Perang, perang dan perang. Negara yang masih dalam proses pembaikpulih selepas zaman peperangan ini membuktikan yang mereka juga mampu berjaya dalam bidang sukan.
Dengan 100% anak jati, Iraq telah berjaya memenangi Piala Asia 2007 tanpa disangka-sangka. Kemenangan ini ternyata amat berharga terutamanya buat penduduk negara mereka. Sekurang-kurangnya semangat mereka untuk terus bangkit selepas peperangan semakin kuat dan bertambah.
Iraq telah membuktikan yang dalam bola sepak bukan wang, kepakaran dan kehebatan jurulatih sahaja yang diperlukan. Yang paling penting adalah semangat dan perasaan cintakan negara anda.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
gratz~!!
Salam…ni kali pertama masuk blog ni sebab tertarik dgn kekacakan KakiBangku. Penulisan gak amat menarik utk dibaca. Semoga lebih maju lagi dimasa depan. Saya tetap menyarung jersi MSFC walaupun kelab telah terkubur disebabkan tiada pemain muda utk meneruskan perjuangan kelab tersebut. sekian