Omong Kosong Ferguson

By Tristan • Nov 14th, 2007 • Category: Liga England, Pendapat Peribadi

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Tristan merasa terpukul dengan kenyataan Sir Alex Ferguson yang turut dipaparkan dalam laman borakbola ini. Tunggu dulu Ferguson. Anda dan pasukan terbaik anda masih belum mencapai apa-apa kejayaan musim ini. Hati pihak manakah yang cuba direbut Ferguson dengan kenyataan ini? Peminat? Keluarga Glazer? Ataupun pemain-pemain yang dimegah-megahkan semasa dibeli, tetapi kini kerap memanaskan bangku simpanan? Maaflah Michael Carrick jika anda tercekik membaca artikel ini (which is impossible), tetapi nampaknya kenyataan Ferguson itu ditujukan untuk diri Pak Ferguson sendiri.

Dengan Manchester United mengekori rapat bontot Arsenal yang mempunyai kelebihan satu perlawanan, adalah penting moral pemain dipelihara agar pemain tidak panik dan terasa dipinggirkan. Michael Carrick bukanlah pemain yang bertaraf rendah, dia mampu bermain dalam kesebelasan utama untuk hampir kesemua pasukan dalam Liga Perdana. Tetapi sayangnya Carrick bukannya Roy Keane. Ditambah pula dengan kelibat Anderson yang versatil, Carrick bakal menjadi pencabar kepada Shaun Wright-Philips sebagai bintang England yang semakin dilupakan.

Walaupun tidak dinafikan 2R adalah satu kuasa yang menakutkan dalam liga ketika ini, kemampuan mereka untuk menyerap tekanan dalam perlawanan besar masih diragukan. 2R menghilang semasa perlawanan akhir Piala FA 2007. Sekali lagi mereka hanyut dibayangi Kaka dalam Piala Juara-Juara. Adakah tahun ini bakal menampakkan peningkatan? Masa akan menentukan.

Kita bandingkan skuad-skuad ‘terbaik’ Alex Ferguson. Juara liga 1993, Pasukan treble 1999 dan pasukan ‘terbaik’ 2007′

1993: Steve Bruce, Gary Pallister, Peter Schmeichel, Dion Dublin, Paul Ince, Mark Hughes, Dennis Irwin, Darren Ferguson, Ryan Giggs, Eric Cantona, Clayton Blackmore, Andrei Kanchelskis, Bryan Robson, Mike Phelan.

1999: Ryan Giggs, Roy Keane, David Beckham, Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Andy Cole, Jordi Cruyff, Philip Neville, Gary Neville, Peter Schmeichel, Paul Scholes, Jaap Stam, Teddy Sheringham, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solksjaer

2007: Ryan Giggs, Gary Neville, Wayne Rooney, Anderson, Nani, Michael Carrick, Owen Hargreaves, Edwin van Der Sar, Patrice Evra, Roy Ferdinand, Nemanja Vidic, Wes Brown, Darren Fletcher, John O’Shea, Louis Saha, Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez

Apa pendapat anda? Undian Tristan untuk kelas 1993

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

Tristan ialah seorang penyokong setia kelab Arsenal kerana 'beautiful football' yang digunakan dalam corak permainan mereka. Paling membenci apa-apa yang berkaitan dengan Manchester United.
Email this author | All posts by Tristan

10 Responses »

  1. ramai org mmg suka beromong kosong…..
    hoho..

    shall we save the ball?

  2. kalau dilihat dari segi value of money, pasukan manchester masa 1999 confirm yg terbaik. banyak player yang dari akademi. dan kelas 1999 pun berjaya menang champions league.. hmmm.mungkin benar kata cik tristan.tapi dari segi entartaining value rasanya skuad 2007 lebih baik skit dari skuad sebelum2 ini

  3. bila forum ni boleh buat pole?

  4. poll? heheh.tunggu ramai orang aktif berkomen-komen baru lah kita leh bersama pikir nak majukan site ini..apa2hal kalau wat perbandingan arsenal ngan manchester rasanya mana lagi menarik?

  5. jangan begitu, nanti che sedih pulak aku kutuk2 man utd. sikit2 cukup la

  6. another post about man yoo….-.-

  7. ala ayut.jgn marah.nak jadi penulis liverpool tak?

  8. Player tak penting.yang penting taktik pengurus.

  9. yup,man management paling penting bagi aku.contoh man management yang bagus ialah mourinho.mantap gile beb.

  10. aa betul betul mourinho lagi bagus dari alex si hidung merah..
    berangan jo lebih..ajar anak buah belakon boleh la keke

Leave a Reply

Note: This post is over 9 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.