Nicolas Anelka Ke Chelsea?

By KakiBangku • Jan 10th, 2008 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

nicolas anelka to chelsea

Nicolas Anelka, penyerang utama Bolton Wanderers musim ini dilaporkan sedang menunggu masa untuk menyempurnakan pemindahan ke Chelsea. Dengan terbukanya ‘January Transfer Window’, Chelsea akan mengambil kesempatan untuk memiliki penyerang yang pernah beraksi untuk Arsenal dan Real Madrid.Dengan kelibat Drogba dan Salomon Kalou hilang untuk berbakti kepada negara masing-masing di African Cup, jentera serangan Chelsea nampak tidak berbisa. Ditambah dengan kecederaan kaki yang menimpa Shevchenko, Anelka dilihat sebagai pemain yang paling sesuai untuk mengemudi jentera serangan Chelsea.

Pernah beraksi untuk kelab-kelab besar, mempunyai rekod jaringan yang tinggi dan keinginan beraksi di kelab yang lebih berprestij dari Bolton, Anelka tentunya mengharapkan perpindahan ini dapat disegerakan secepat mungkin. Walaupun nilai 15 juta pound agak tinggi untuk pemain berusia 29 tahun ini, wang nampaknya tidak menjadi masalah buat kelab milik Roman Abromovich.

Memetik kata-kata pengurus Chelsea, Avram Grant:-

Kami sudah mengesahkan minat untuk membeli Anelka. Sepatutnya segala urusan jual beli sudah diselesaikan semalam (semasa perlawanan menentang Everton) tetapi kini kami berharap agar Anelka dapat beraksi untuk kami untuk menentang Totenham.

Rasanya Anelka kini hanya menunggu masa untuk menyarung jersi biru Chelsea. Mari kita tunggu bagaimana aksi pemain ini di bawah kendalian Avram Grant.

Apa pendapat anda semua?

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

8 Responses »

  1. come to me..come to me…

  2. ala, Anelka tu pun nak pegi gak ke chelsea tu. cuma bolton je yg tak lepas kan lagi…
    tapi, kalo anelka pegi chelsea, kesian laa aku kat shevchenko tu. sian die jarang dapat main 1st team pasni. bile drogba dah balik lagi lah die xde peluang langsung.huhu

  3. dah confirm ke Chelsea dengan harga 15 juta pound.kayanya chelsea !!

  4. haha pembelian yg bodo gak…….apsala x ambik player muda jerrr…..giler btul 15juta pound mahal jugak bai!!!

  5. 15 juta mmg nampak mahal.tapi bukan semua pemain muda mampu buktikan diorang boleh score kat premiership.rasanya maybe anelka nie berbaloi kot

  6. No. 39…cOol

  7. Setuju dengan Nazu.. bukan senang sorg striker nak skor kt EPL tuh.. Cam barbatov ke misti harga dia meletop gile skang.. 15juta cam berbaloi gak ar cume jgn plak pahni trus drop performance plak.. trus jd tak berbaloi la.. hehe

  8. eleh!!!
    chelsea mmg kaya pun..timbul lambakan pemain striker di sana..Silap sheva, drogba keluar sebab tk dapat main..

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.