“Bodoh punya Liverpool, dengan City pun leh kena tinggal 2 bijik gol. Camner la nak menang EPL season nie. Ngan Manchester leh lak menang, team-team ceroi macam nie punya la payah nak menang. Apa masalah pun aku tak tau la.”
Mungkin itu yang bermain di minda penyokong-penyokong The Reds sewaktu ketinggalan 2 biji gol pada separuh masa pertama semasa menentang Manchester City baru-baru ini. Sumpah seranah dah terkeluar rasanya, geram dengan mutu permainan yang ditunjukkan di padang Anfield.
Namun ternyata ada seorang pemain yang tak mahu namanya dipalitkan kemaluan kalah di tangan kelab terkaya Britain itu. Fernando Torres nama diberi. Baru sahaja menghabiskan kemarau golnya pada perlawanan sebelum ini, Torres membuktikan yang dia tidak cepat mengaku kalah.
Entah apa yang dibincangkan semasa rehat separuh masa pertama, Benitez berjaya mengembalikan semangat juang anak buahnya. 2 biji gol jaringan Torres berjaya menyamakan kedudukan. Peminat Manchester City tergamam. Nampak macam nak menang, tapi seri kah akhirnya?
Namun 1 mata yang diidamkan oleh peminat Manchester City hancur lebur apabila Dirk Kuyt menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan. Bersorak sakan, berpelukan dan berciuman sesama sendiri penyokong-penyokong Liverpool di Anfield. “One of the greatest comeback ever”, antara komen peminat The Reds.
Mungkinkah musim ini akan menyaksikan buat pertama kalinya Liverpool bertarung untuk merebut kejuaraan liga? Selalunya di masa ini Liverpool sudah agak ketinggalan di dalam liga. Mungkinkah musim ini sememangnya musim Liverpool?
Bagi BorakBola.Net, sekiranya Fernando Torres dan Steven Gerrard dapat mengekalkan prestasi mereka sekarang, tak mustahil kita akan menyaksikan persaingan 3 penjuru untuk merebut kejuaraan liga. Liverpool, Chelsea dan Manchester United dan tak lupa juga Arsenal mungkin bakal menyaksikan persaingan terhebat musim ini.
Yang penting Rafael Benitez mengekalkan kesebelasan utama yang terbaik, tidak terlalu merehatkan pemain-pemain utama dan tidak terlalu menukar-nukar pemain untuk liga kali ini. Kita tunggu dan lihat bulan Desember ini kerana ketika itu sebenarnya kelab mana yang mampu mengutip mata terbanyak mampu menjuarai liga ditentukan.
Untuk peminat Liverpool Football Club, berdoalah agar musim ini menjadi musim anda.

blum tentu lg bro…Chelsea pun mantap jugak musim nih
Man Utd tgh nak pick-up speed dia…
rasanya musim nih lebih sengit ..
btw… trima kasih lawat blog sy…bleh kita tukar link?
boleh bro tkar link.nanti jap lagi saya letak link bro kat sini :):).sama2 kita support.hehe
“musim in musim LIVERPOOL?” <—hell yeahh~!!!!
YNWA
musim ni musim manchester city dowh caya la cakap aku.tgk la lpas transfer window bukak balik nnt hehe
@ayut : YNWA ape eh?
tiap2 musim aku milik manchester united…yihhaaaaaaaaaaa
korang tunggulah januari n. smua pemain world class akn tiba d mancity.
buya: YNWA = You’ll Never Walk Alone
yeahhh….YNWA!!
ahah.ceh buya tak tau apa itu YNWA.
takper kita fan Manchester United.
dibenarkan tak tau