Minggu ini bakal menyaksikan perlawanan penting buat “Big Four English Premier League” iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Lawan masing-masing bagi kelab-kelab ini ialah:-
Sabtu September 20 2008
Liverpool (Home) vs Stoke (Away) Stadium Anfield
Bolton (Home) vs Arsenal (Away) Stadium Reebok
Ahad September 21 2008
Chelsea (Home) vs Manchester United Stadium Stamford Bridge
Liverpool dan Arsenal nampaknya tidak akan bermasalah untuk membenam pihak lawan masing-masing. Dengan kelibat Steven Gerrard yang baru menjaringkan 2 gol semasa menentang Marseille baru-baru ini, pesta gol dijangka akan berlaku di Anfield minggu ini.
Yang pentingnya, dalam satu temuramah yang dijalankan baru-baru ini, penyerang baru Liverpool, Robbie Keane nampaknya sudah tidak sabar-sabar untuk membuka akaun gol untuk kelab barunya. Adakah Stoke akan menjadi mangsa kehebatan Robbie Keane minggu ini?
Sementara itu pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger menyatakan hasrat besarnya akan keputusan perlawanan “Super Sunday” antara Chelsea dan Manchester United berkesudahan dengan seri. Jika kedua-kedua kelab ini berkongsi mata dan Arsenal berjaya menewaskan Bolton, buat pertama kali musim ini The Gunners akan mendahului liga dengan kelebihan 1 mata ke atas Chelsea dan 7 mata ke atas Manchester United.
Pertembungan yang dinanti-nanti antara Chelsea dan Manchester United minggu ini diselubungi dengan “mind game” dari Sir Alex Ferguson. Sir Alex secara terang-terangan membantah keputusan pengadil yang menarik kembali kad merah John Terry. Hasilnya John Terry tidak digantung perlawanan dan boleh beraksi dalam perlawanan menentang The Red Devils. Sememangnya Sir Alex tidak berpuas hati dan menyatakan sekiranya perkara yang sama menimpa pemainnya, sudah tentu kad merah yang diterima tidak akan ditarik kembali.
Tidak cukup dengan kenyataan di atas, Sir Alex Ferguson membuat kenyataan yang perlawanan di antara Chelsea dan Manchester United tidaklah sebesar dan sehebat perlawanan Arsenal menentang Manchester United. Sir Alex masih menganggap seteru utama The Red Devils adalah The Gunners bukannya skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari. Teknik memandang rendah ini mungkin akan berhasil atau mungkin akan membakar semangat pemain Chelsea untuk membuktikan kata-kata Sir Alex adalah silap.
Sekiranya Chelsea berjaya memenangi perlawanan ini, Manchester United akan ketinggalan 9 mata di belakang The Blues. Satu jumlah yang agak besar untuk dikejar. Walaupun pada musim lepas permulaan yang hampir serupa buat Manchester United, namun harus diingatkan yang skuad Chelsea, Arsenal dan Liverpool musim ini lebih kuat berbanding musim lepas. Bukan mudah untuk mengejar jika ketinggalan pada awal-awal musim sebegini.
Apakah bakal kesudahan perlawanan penting buat 4 kelab utama English Premier League minggu ini? Apakah ramalan anda? Mampukah Chelsea, Arsenal dan Liverpool menjarakkan diri daripada juara English Premier League musim lepas? Sama-sama kita tunggu dan lihat bersama-sama perlawanan hangat minggu ini.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: big four, chelsea, english premier league, liverpool, manchester united

September 20th, 2008 at 10:51 am
Harap2 team aku boleh beat Stoke convincingly, dan Keane dapat 1 gol untuk menambahkan keyakinan dalam dirinya. Tapi bahaya jugak Stoke City, player yang throw in macam peluru tu, 2 kali score pakai baling je tu…teringat game Kedah lawan Perlis Final Piala Malaysia dulu…hehehe
September 21st, 2008 at 12:44 am
September 21st, 2008 at 1:09 am
haha…ak gelak je ngan stoke dpt 1 point…
excited sgt mng ngan MU…(aku fan MU)
September 22nd, 2008 at 10:44 am
hahaha…seri je ngan chelsea…cayalah kalou… (aku fan Liverpool)
September 22nd, 2008 at 7:04 pm
nampaknya untuk pertembungan kali ini Arsenal yang benar-benar untung. Liverpool putih mata sebab pertahanan kental Stoke manakala Chelsea dan Manchester United sekadar berkongsi mata jer. Fan Man Utd boleh dianggap bertuah sebab seri. Mmg keseluruhan game selepas gol pertama dikuasai Chelsea.
September 22nd, 2008 at 10:59 pm
haha…br nak sanjung park ji sung sbg man of the match….
September 23rd, 2008 at 12:48 am
hoho…sib baik menang..bro.. tukar link arsenal malaysia ke link ini..