Jika 2 minggu lepas didominasi dengan berita-berita kemenangan English Premier League Clubs d Champions League/Piala Juara-Juara, minggu ini ternyata mimpi buruk buat kesemua English Premier League Club.
Tiada satu kelab English pun yang berjaya mencatatkan kemenangan terhadap lawan masing-masing minggu ini. Paling teruk buat Chelsea apabila dibelasah oleh AS Roma di tempat lawan. Ternyata hasrat Luiz Felipe Scolari yang ingin menempah terus hotel di Roma untuk perlawanan akhir perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
Sementara itu Liverpool, Arsenal dan Manchester United masing-masing diikat seri oleh lawan mereka. Liverpool memerlukan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan dari Steven Gerrard untuk memastikan mereka tidak pulang dengan kekalahan menentang Atletico Madrid.
Manchester United juga memerlukan tandukan dari Ryan Giggs pada minit ke 83 setelah ketinggalan di belakang Celtic sejak minit ke 13. Manakala Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan dengan Fenerbahce di tempat lawan.
Nampaknya masih tiada kelab English yang telah berjaya menempah tempat ke perlawanan pusingan kedua Champions League. Hanya satu kemenangan lagi yang diperlukan oleh kesemua kelab ini. Terpaksalah mereka menunggu perlawanan seterusnya yang akan berjalan 2 minggu dari sekarang.
1 response so far ↓
1 HijauKuning11 // Nov 7, 2008 at 12:04 am
Liverpool bernasib baik untuk mendapat belas kasihan dari pengadil setelah perlawanan seolah-olah bakal berakhir dengan kemenangan Atletico Madrid….aku bukan nk kata la tapi aku dpt rasakan referee telah dipengaruhi oleh suasana stadium the reds tu..kalo x tu dh lama bungkuih …mmg liverpool control game tapi serangan depa x lah bahaya sangat..malah bg aku counter attack dr atletico lagi berbahaya…time sidang media pulak Banitez ckp liverpool deserved( biasa la tu coach) penalti…pahtu dok ungkit pasai kena tangan seblum tu..tp bg aku bola terkena tangan tu bukanlah satu yg disengajakan ataupun obvious..dia x ingat pulak time carragher tahan tgn bila cross sapa tah(x sure)..bola tu lagi patut dpt penalti dari pandangan aku…even gerrard sniri pun mengaku bola last penalti tu bukan penalti…ish geram lak aku….kalo jadi player atletico tu mcm nak sekeh2 ja referee ngn linesman…takut sgt kot kalo main kat Anfield ni sbb dok nampak penyokong the reds ramai sangat….sabaq jaa…
Chelsea pulak nampak gayanya kena pikiaq balik kalo depa nk juara UCL kali ni..dari game melawan Roma tempoh hari, ternyata style permainan italy mmg terbukti berkesan…ball possesion x banyak tp stiap gerakan yg dibuat sentiasa bahaya dan corak bertahan depa mmg tersusun dan berdisiplin..sapa ckp org tua2 dh xleh main?? kalo tgk balik barisan AC Milan tu mmg bleh dikategorikan sebagai skuad ‘atuk’ dah…tp still bleh lead seria A..sama jugak bila tgk Panucci dok buat overlap …Panucci still satu aset berharga utk Roma…capitano(Totti) pulak even x fit lagi pun still bleh bg sokongan menerusi tru2 pas dan sedikit sebanyak menarik perhatian defender2 chelsea ni nk kepong dia…so last2 vucinic yg dpt skor…mujoq terry dpt gak skor sebijik..kalo dak balik ngn teloq ayam la skuad scolari ni…
utk Manchester United n Arsenal nanti aku sambung..hehe..
p/s—aku bajet tim dr Spain or Italy bakal menang UCL sizen nih…
Leave a Comment