Menangi Hadiah Lumayan Di BorakBola.Net

Tags: , , , ,

borakbola.jpg

BorakBola.Net Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik anda kini membuka peluang untuk para pembaca blog ini memenangi tiga hadiah ekslusif menerusi pertandingan mudah di blog kami. Hadiah-hadiah lumayan tersebut ialah:-

  • Pemenang Pertama
    Domain dan hosting untuk blog anda selama satu tahun bernilai RM130
  • Pemenang Kedua
    Domain sahaja untuk blog anda selama satu tahun bernilai RM50
  • Pemenang Ketiga
    2 set kerongsang Korea yang bernilai RM 40

Untuk layak turut serta dalam pertandingan ini, di bawah ialah cara-cara pertandingan ini akan dilaksanakan. Setiap cara akan melayakkan anda mendapat satu undian dalam ‘lucky draw’ yang bakal dilakukan selepas tamatnya tempoh pertandingan. Seandainya anda membuat ketiga-tiga pilihan yang ada, bermakna anda mempunyai 3 peluang untuk memenangi salah satu hadiahhadiah yang ditawarkan.

  • Langkah Pertama
    Mendaftar menjadi ahli forum BorakBola.Net dan membuat sekurang-kurangnya 10 pos bermutu di forum dan bukannya sekadar pos yang mempunyai sepatah dua perkataan.
  • Langkah Kedua
    Menghantar sekurang-kurangnya dua artikel dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bola sepak kepada admin BorakBola.Net. Artikel tersebut mestilah tidak pernah diterbitkan di sumber lain sebelum ini dan akan menjadi milik sepenuh BorakBola.Net selepas dihantar kepada kami
  • Langkah Ketiga
    Mengulas mengenai BorakBola.Net dengan sekreatif yang termampu, tidak kira ulasan memuji ataupun mengutuk dan meletakkan link BorakBola di blog anda.

Jika anda memilih untuk memilih langkah pertama sebagai cara menyertai pertandingan ini, nama anda diambil secara automatik oleh admin selepas anda membuat 10 pos di forum kami.
Sekiranya anda berminat untuk menulis artikel untuk BorakBola.Net, sila hantarkan kedua-dua artikel tersebut ke alamat email nazu23 [at] hotmail.com.

Dan jika anda telah memilih untuk mengulas mengenai BorakBola di blog anda, anda bolehlah meninggalkan komen di artikel ini untuk menyatakan yang anda telah berbuat demikian untuk tindakan lanjut dari pihak kami.

Pertandingan ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2008. Namun begitu tempoh pertandingan ini boleh dipanjangkan atau dipendekkan mengikut sambutan yang diterima daripada pihak pembaca.

Segala pertanyaan boleh dianjurkan kepada nazu23 [at] hotmail..com ataupun di forum BorakBola.Net.

Perkara-perkara penting:-

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua yang memahami apa yang ditulis mengenai pertandingan ini tidak kira kewarganegaraan anda.

2. Segala urusan pembelian domain akan dilakukan oleh admin BorakBola menerusi sebuah laman webhosting di Korea(kelajuan dan kestabilan syarikat ini dijamin 100% dari pihak kami). Pemenang boleh memilih nama domain sendiri dengan syarat domain tersebut masih tidak dimiliki, tidak mempunyai unsur-unsur lucah ataupun politik dan tidak melebihi nilai hadiah yang ditawarkan.

3. Penukaran hadiah boleh dilakukan dengan syarat nilainya adalah sama dengan nilai hadiah sebenar yang ditawarkan. Contohnya kalau dah ada domain sendiri dan rasa nak hadiah lain seperti jersey pasukan kegemaran anda, semua itu boleh dibincangkan dengan admin BorakBola.Net.

4. Setiap penyertaan hanya boleh memenangi satu hadiah yang ditawarkan. Setiap hadiah yang ditawarkan akan dimenangi oleh individu yang berbeza.

5. Pihak kami akan mengemaskini info terkini berkaitan pertandingan ini dari masa ke masa menerusi forum BorakBola.Net. Segala maklumat dan pertanyaan bolehlah dianjurkan di forum kami.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

12 Comments, Comment or Ping

  1. menarik nie..akan saya hebahkan kat org kampung :D

  2. Nazu

    sila tinggalkan segala komen dan apa sahaja pertanyaan di sini ya. :):)

  3. buya

    i nk keronsang tu la har har har

  4. menarik..agak sukar.. tp i will try.. :mrgreen:

  5. aYut

    bes aa blog ni..cOol~!!

  6. bro..pertandingan kurang sambutan..aku nk masuk pn segan nie.. :wink:

  7. Nazu

    hehe.ada jer orang masuk.cuma lambat keluarkan pos diorang skit.meh2 join.jgn malu2.hadiah banyak nie :):)

  8. aku dah email artikel kat nazu, check tgk dpt ke tidak…

  9. Wan

    Salam tuan blog dan peminat semua! first time ni, salam kenalan. Buat tuan rumah, link dah taruk kat blog terima kasih ye.. kali ni takde komen apa2 lagi.:)

Reply to “Menangi Hadiah Lumayan Di BorakBola.Net”

Note: This post is over 2 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.