Mascherano, Liverpool Dan Manchester United

Tags: , , , ,

manchester united football club crest

Kemenangan 3-0 Manchester United ke atas ‘rival’ utama mereka Liverpool dibayangi dengan insiden penuh emosi pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano. Dia dibuang padang selepas menerima kad kuning keduanya.

Menerima kad kuning pertama, Mascherano tidak dapat memahami dan hampir-hampir membelasah pengadil(kalau tengok dari riak muka) apabila mempersoalkan kenapa Fernando Torres menerima kad kuning kepada Steve Bennet. Secara ikhlasnya, saya pun tak faham kenapa pengadil nak bagi kad kuning kepada Torres. Macam tak ada reason.

Sebelum sampai kepada pengadil, Mascherano telah dihalang oleh Xabi Alonso(yang tak perform masa game tue). Halangan Alonso gagal, Mascherano pergi tanya kat Steve Bennet. Kalau selepas translationnya mungkin berbunyi begini:-

Apahal lak kau nak bagi kad kuning kat Torres nie? Dia yang kena tackle, dia lak yang dapat kad kuning. Woi, kau dah kena beli ngan Sir Alex ker? Woi, jawap la persoalan aku nie. Cipan punya referee.

Steve Bennet confirmlah bengang kena soal gitu kan. Aku yang refereenya, apahal lak mamat nie kecoh-kecoh. Mungkin itulah yang difikirkan oleh mamat Bennet nie. Bengang punya tak bengang, Mascherano kena kad kuning kedua dan terpaksa keluar padang.

Masa nie memang emosi gile aku rasa. Dapat bayangkan betapa pedihnya hati Rafael Benitez, Steven Gerrard, dan semua penyokong Liverpool. Iyerlah, main 10 orang lawan team rival. Memang peluang nak menang tue jatuh merundumlah.

Tapi kesian jugak aku tengok kat Mascherano. Dia memang muka tak percaya kenapa dia kena kad kuning lagi sekali. Sampai Rafa kena datang pegang dia cakap dah-dah la tue, gi masuk bilik persalinan. Sedih betul.

Akhirnya, Liverpool kalah. Manchester United leading Liga Perdana Inggeris dengan 5 mata. Arsenal pun kalah dengan Chelsea. So kiranya sekarang perebutan juara takhta antara Chelsea dan Manchester United. Arsenal bolehlah dianggap dah terkeluar dari race ini.

Apa-apa pun, masa main bola nie, emosi kena jaga. Jangan terlalu ikut perasaan dan keadaan. Fikirlah secara normal. Kalau kena buang padang, bukan anda seorang yang susah. Teammate anda pun susah gak. Ingat senang ke nak main 10 orang jer.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

15 Comments, Comment or Ping

  1. Macherano cakap fuck you kat ref. bole bace bibir die.

    ape2 pon, game chelsea vs arsenal tetap best!

  2. aku xleh nk kata pe la..walopon kad kuning tu agak strict,tp tu la kuasa pengadil!!pengadil x salah =p
    sbg fan man utd, aku tetap gembira dgn kemenangan tu :smile:

  3. yang 1st tue memang dia mencarut, yang 2nd tue nampak macam tak.hehe.anyway memang harap manchester menang tapi x sangka lak liverpool main 10 orang.macam kurang best jerk

  4. Cepat jugak Mascherano kuasai bahasa inggeris ye, dengar kata Martin Jol dulu lepas 1 season kat Tottenham pun tak fasih lagi…

  5. Bobby T : Mungkin dia cakap why why gitu je la kot.Ihik.
    Kepada semua sorry for the lack of update.tgh bz belajar :P:P . ngan tengah buat satu projek baru.harap memahami

  6. yang aku nmpk dari mulut die.. die bukan kate why? why? or mencarut.. tp die kate what happen? twice.. die kate cmtuh.. tp ape2 pon tindakan bodoh dari die.. member dh dok halang.. manager dh jerit kate jgn.. tp degil.. liverpool dh dpt freekick time tuh dhla.. nk provoke reff apsal..

  7. huhuh…lawak la mamat tu..
    saje cari psl….
    dr awal lg die provoke ref..
    hhuhu…last kali die benggang.keluar la kad kuning n merah..die pun kena blah…
    glory glory man utd

  8. bukan yg main aje…penyokong pon sama….ape pon, tahniah la steve bennet…. bg masch the 1st red card for the reds this season…

    huh…baru la boleh bukak web football…demam baru kebah… :cool:

  9. i mean penyokong pon sama kena control emosi….heh….tak bleh edit plak kat atas tu..

  10. gua pun nak join perdebatan hangat nih..yang salah semuanya bukan pengadil, macherano ataupun peminat..yang salah ialah penggubal undang2, kalau takde kad merah tak kena buang padang la mamat macherano tuh..hehehe jgn mare ye..skdr memberi hiburan agar anda semua tak bergaduh di atas padang lantas kena kad merah semua.. :lol:

    nak tengok Man U vs Liver akhir CL nanti..Setan merah bertemu Si Merah dari gua hantu..mungkinkah terjadi?

  11. haha..lawak la bro kooreen!tp pe yg ko ckp make sense jugak, kalo penggubal undang2 x wat kad merah kan senang citer!!!kekekekeek

  12. koreen: tak sangka hang ni lawak jugak org nya..! hehehe

  13. hehe.thanks for still visiting this site.sorry lama tak update.insya-allah nanti ada artikel dari bobby t untuk pertandingan tue akan diupload sini.aran taknak hantar satu lagi ker artikel?heheh.meh2 sementara masih ada masa :):)

  14. hehehe..gua biasa2 saja..lawak dan gua sdh sebati sbb terlalu suker baca mjlh ujang, Apo & gila2 dr dulu lg tak pernah miss2..lawaklah untuk keceriaan hidup.. :grin:

  15. kakibangku: hallamak bos, bz la skang kt site… insya allah weekend aku siapkan satu lg artikel..

Reply to “Mascherano, Liverpool Dan Manchester United”

Note: This post is over a month old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.