Bangun-bangun pagi hari ini, terbaca berita yang akhirnya Totenham Hotspur telah memecat pengurusnya, Martin Jol. Agak terkejut dengan keputusan ini sebenarnya. Walaupun untuk 2 musim berturut, Jol dengan caranya tersendirinya telah berjaya memastikan kedudukan ke 5 liga adalah milik Totenham, tapi nampaknya pencapaian lepas tak mampu menjamin kedudukannya lagi.
Sebenarnya pada pendapat saya, kesilapan pasukan Totenham sebenarnya berlaku di pihak pengurusan atasan, bukannya silap Martin Jol. Anda cuba bayangkan kalau anda menjadi Martin Jol. Setiap hari anda dengar khabar angin yang mengatakan anda akan dipecat tidak lama lagi.
Tambahan pula ada khabar angin yang menyatakan boss anda sudah pergi berjumpa dengan pengurus lain untuk menggantikan anda(dikhabarkan bahawa Pengerusi Pasukan Totenham telah berurusan dengan jurulatih Sevilla 2 bulan sebelum ini untuk membincangkan hal ini). Sudah tentu jika anda di dalam situasi yang dialami Martin Jol, anda tidak dapat melakukan kerja dengan baik.
Yang lebih memburukkan keadaan ialah campur tangan pihak pengurusan di dalam pembelian pemain. Darren Bent, seorang penyerang yang dibeli dengan harga $16M, dikatakan dibeli atas desakan pihak pengurusan. Sebelum kedatangan Bent, Totenham telah mempunyai rangkaian serangan yang menggerunkan dengan adanya Berbatov, Keane dan Defoe. Kedatangan seorang lagi penyerang, dengan harga yang mahal telah mewujudkan ketidakharmonian dalam pasukan Totenham. Tambahan lagi, Martin Jol sebenarnya telah mendesak pihak pengurusan memberikannya bajet untuk membeli pemain pertahanan, bukannya memaksa dia membeli seorang lagi pemain penyerang.
Dengan pemergian Jol, dapatkah nasib Totenham diubah oleh pengurus baru? Dengan kedudukan liga ketiga dari bawah, pihak pengurusan yang baru kini mempunyai seribu satu ranjau untuk ditempuhi terutamanya dalam membina kembali semangat sepasukan para pemain Totenham.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: martin jol, totenham, totenham football club

October 30th, 2007 at 11:19 pm
mung buleh jd menteri sukang nie lg 15 tahun tue mung tahu dok