Man Utd Sampah?

Filed under: Artikel Pilihan by: BangkuSimpanan

Man-Utd-forever-L

Bukan aku nak provokasi penyokong Man Utd tetapi itulah realitinya.  Apa yang aku maksudkan ialah mutu persembahan mereka setakat ini. Pemain-pemain Man Utd memang hampir semua adalah well-known seperti Park Ji-Sung,Nani,Valencia,Foste,Fletcherr dan ada juga world class player seperti “Sir” Ryan Giggs,Ferdinand,Vidic,Evra dan Rooney.Owhh tidak dilupakan juga “former” star player Owen.

Tetapi prestasi mereka setakat ini tidak memuaskan atau boleh dikatakan below par terutamanya Nani. Aku menghabiskan masa di kedai mamak untuk menonton match Man U vs Stoke. Agak kecewa dan menyampah aku bila tengok Nani main time lawan Stoke City. “Oit itu pun x score ke?”. ”Bodoh la Nani.Beli je mahal.Valencia pun satu”. ”WTF.Don’t play la if u don’t score.such a waste laa”. Sayup-sayup kedengaran maki hamun dan caci maki dari meja di sebelah kiri dan kananku. Tidak ketinggalan juga kata-kata kasar yang keluar dari bibirku. Biasa la tue emosi penyokong bila frust tgk team sendiri x score(aku bukan penyokong Man Utd tapi aku suka tgk Giggs main).

14manchester-uniteds-nani

Agak tidak keterlaluan jika aku labelkan permainan Nani setakat ini sampah. Assist pun jarang sekali inikan pula mahu score. Crossing dia pun tahap player division dua. Player Malaysia pun lagi bagus crossing. Patut la season lepas Sir Alex tak kasik chance kat die main pun. Baruku sedari. Ini ke player yg di ura-ura kn mampu menggantikan goal machine Ronaldo. Boleh kot kalau Nani amek free kick dan penalty. Walaupun crossing dan finishing mamat ni hampeh, tapi kudos la kat die sebab skill mengelecek dia mantap.

antonio-valencia_1466812c

Ni aku tak puas hati kat sorang lagi player. Harga agak mahal. Dulu sebelum masuk Man Utd, time main kat Wigan mantap dengan banyak assist. Tapi time main kat Man Utd, assist pun macam nak tak nak je. Aku rasa la mamat ni nak naik nama cepat la. Kalau score banyak mesti nama naik mendadak dan banyak la team nak beli terutamanya Real Madrid. Sir Alex memang kene ajar mamat nie crossing ngan dribble la.

RyanGiggs

Nasib memang menyebelahi Man Utd kerana masih ada Ryan Giggs. Walaupun dh 35 tahun tetapi Giggs tetap Giggs. Inilah yang di katakan complete winger. Tetap cergas. Aku wlaupun umur belum mencecah 30-an ,tetap tercungap-cungap kalau main bola.Itupun baru 20 minit je masuk.Memang out. Giggs ni mmg bukan manusia.Macam mana la dia bleh stay fit lagi. Apa rahsia die ek. Kalau player korea tue diorang makan ‘kimchi’ sebab tue banyak tenaga mcm Park Ji-Sung.Banyak tenaga je la.Yang lain tu hampeh je. Berbalik kepada Giggs, mamat nie memang beri impact kalu die bermain. Season ni Sir Alex kasik die main kat favorite position dia , left winger. Richards pun tercungap-cungap nk mark Giggs sampai lepas match lawan Man Utd mamat ni digantikan ngan Zabaleta. Pastue assist 4 time lawan Man City, assist dua kali time lawan Stoke dan score satu assist satu time lawan Wolfsburg.  Tahniah Giggs goal ke-150.Memang dia kasik impak la kat team. Macam nie la baru winger sejati. Setakat lari laju macam Valencia tue ape guna. Baik beli Usain Bolt je lagi laju. Penyokong Man Utd.

“Arise Sir Ryan Giggs”.Itulah banner penyokong Man Utd yang menunjukkan betapa berharganya Giggs kepada pasukan Man Utd dan player muda-muda mereka. Come on Giggs. Bleh lagi main sampai 40 tahun.Macam Goalie la plak.Haha

P/S: Aku bukan penyokong Man Utd. tapi  aku minat Giggs dan bola.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 5.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)
Man Utd Sampah?5.0101

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

12 Responses to “Man Utd Sampah?”

  1. MIE_MUFC Says:

    MU MASIH TERBAIK :oops: :o
    Aku nak perbetulkan sikit tanggapan kamu semua tentang MU. MU ni bukan team yang bergantung kepada satu atau dua star player tapi satu pasukan yang bergerak dengan satu unit. Taktikal mereka taklah secantik permainan Arsenal, Real Madrid mahupun Barcelona. Senang cerita, Sir Alex Ferguson suruh pemain dia main pakai otak dan perancangan yang dicaturkan. Peminat yang bersorak benci kat kedai kopi tgk United main tu bukan die hard fan, mereka tu hangat-hangat tahi ayam. Nak sebut 4 atau 5 pilihan hati mereka pun aku pasti dia orang tercungap-cungap, kalau exam sure fail. Benci tapi rindu je, aku rasa dalam hati sure mereka sokong United.

    Kalau kau nak kutuk Nani tu aku tak kisah sebab dia main memang tak best lagipun dia cam bayang Ronaldo je. Kat MU pun kena bayang Ronaldo kat Portugal kat Sporting Lisbon dulu pun sama. Takkan ada yang terbaik dalam satu masa.

    Tentang kau kutuk Antonio Valencia tu aku marah ler sikit. Dia tu main bukan untuk jaring gol tapi untuk hantar bola dan cipta jaringan untuk orang lain. Kau tengok je camna Berbatov main, dia jarang sumbat gol tapi dia selalu unpan pemain lain untuk sumbat gol. Begitulah dengan Valencia. Kaki kiri dan kanan Valencia kira cam berhantu juga tak caya kau tengok banyak jaringan gol MU tu hasil hantaran dia. Hebatnya Valencia ni nak jatuh pun dia boleh cross bola ke depan gol, mana ada pemain MU cam dia.

    Satu lagi MU ni ade banyak gelaran “wira tak didendang” walaupun peranannya hebat di MU. Contohnya Darren Fletcher, John O Shea dan Wes Brown. Kau org tgk mereka cam ade ke takde je dlm MU tapi sesekali main hebat semacam je. Itulah hebatnya perencanaan Alex.

    Bagi aku kelemahan ketara MU musim ini ialah posisi penjaga gol. Aku rasa lebih dari separuh jaringan lawan setakat ini adalah kesilapan bodoh 2 penjaga gol, Ben Foster dan Thomas Kusczak. Jika Edwin Van Der Sar main sure MU dah jauh tinggalkan Chelsea dan Liverpool.

    Kalau kau nak tau MU ni cam kereta pakai enjin diesel,mula-mula tu lambat panas tapi kalau dah panas makin laju semacam jer. Buktinya kau lihat dulu Bryan Robson, Eric Cantona,Roy Keane, David Beckham, Ruud Van Nistrooy dab terkini C. Ronaldo angkat kaki semua orang mengatakan MU akan lemah. Tahun ini pun sama, semua menyatakan MU akan lemah dan terlepas gelaran EPL. Bagi aku, tahun ini ialah skuad termantap United dari semua sudut kecuali di posisi penjaga gol. Lihat saya Rooney, Owen dan Berbatov bagaimana mereka memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kemenangan UNited biarpun dengan jaringan tipis mahupun kontroversi, Giggs pun sama, masuk je pasti lakukan keajaiban biarpun sudah dimamah usia. Maknanya jika menang MU berada satu kelas di atas lawan yang pernah ditundukkan pada awal liga ini.
    Satu lagi kalau kau perhatikan, MU di bawah Sir Alex ni jika berada dalam keadaan selesa mereka tidak akan bersungguh-sungguh untuk mencari kemenangan di gelanggang keramat Chelsa (Stamford Bridge) dan Arsenal( Stadium Emirates mahupun Highbury ). Lihat buktinya dari rekod pertembungan lalu.

    Kesimpulannya, selagi Sir Alex masih berkuasa di Old Trafford, impian Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester City menjadi pasukan utama di EPL pasti terkubur. Bijak mengambil peluang ,tersusun bergerak dalam satu unit dan tak mementingkan diri sendiri, itulah rumusan aku untuk resepi kejayaan United setakat ini.

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 4.0/5 (1 vote cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. MIE_MUFC Says:

    Tengok biar dengan mata dan hati. Jangan tengok dengan mata saja. Lihat kejayaan lalu dan buat penilaian dulu sebelum berkata, nanti dikatakan kurang ilmu. MU tetap di hati.

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. hazman Says:

    Mu team setan merah,

    Klu main di old traffoord…ref mesti nak bagi mu menang…walau apa cara sekalipun…contoh mu vs arsenal dan mu vs m.city tempohari….

    Team lawan jgn harap menang sebabb 11 lawan 12(MU)..hampeh ref

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. cik bob Says:

    aku sokong dgn ko mie..tgk dulu & baru buat komen..tpi aku paham.team faveret ko mmg slalu kalah dgn M.U..tu pasal ko komen down kt M.U haha..still and alwayz be champion..

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. shah Says:

    salam kaki bola.net
    ramai pengkritik2 bola mengatakan ketiadaan cr7 manutd tidak akan mempertahankan kejuaraan untuk musim 09/10..tapi bagi peminat n pengikut setia mauntd sejak zaman cantona tahun ini manutd mampu merangkul treble pada musim ini..kekalahan kepada burnley dan seri dengan sunderland amat amatlah mendukacitakan..penjaga gol edwin van der sar belum sempat pulih dari kecederaan dan digantikan dengan penjaga gol muda dan tidak ada pengalaman sapa lagi klau bukan ben foster..bagi sy ben foster masih lagi kurang keyakinan n pengalaman untuk bermain di manutd..lihat sajalah kesilapan bodoh semasa perlawanan menentang man city dan sunderland..manutd perlu membeli seorang penjaga gol pengalaman seperti cesar,buffon mahupun sorensen..tapi apapun ryan giggs merupakan nadi midfield united pada ketika ini..walauapapun manutd tetap champion n the best DAN BUKAN SAMPAH!!!

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. reezpect Says:

    aku bukan penyokong MU..tapi aku suke bola dan epl..huhuuu…ok la MU fans…we have to admit, MU is the best team in epl..since cantona era..sumenye gara2 player yg main as a team..yup, i agree with it..bile work as a team,taktikal yg direncanakan kompem menjadinyerr..so u r brilliant sir alex..mmg hebat..but perlu diingat..sir alex ni byk pengaruh di england..nasib baik dia warganegara scotland(betul ke?,huhu)klo x, kompem dapat gelaran lagi tinggi kot..dipendekkan disebabkan pengaruh dan dan hubung kait england sbg negara terbesar judi bola..bile2 masa je dia leh pengaruh ref sesatu game..mungkin la kan..tapi mmg kebanyakkn game yg aku tgk mmg mcm tu..
    ref mesti berat sblh..ok la..klo xcaye..kite tgk BIG game MU akan dtg..korg tgk betul2 game tuh..i mean keputusan pengadil..aku tgk melalui pemerhatian aku sejak zaman cantona lagi..

    pape pon..secara overall..MU tetap best..tapi xsemestinye dia je yg best..byk lagi team yg best dlm dunia nih..byk…work ethics MU exellent..yg tu aku reezpect!hehe…

    aku mmg bukan MU fan..tapi aku suke bola dan shebby..hahahaaa…

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. BangkuSimpanan Says:

    nice one reezpect..:) sumer BIG TEAM akan dapat layanan yg “baik” dari ref lagi2 kalu diorg main kat home. Itu x dpt dinafikan.Tp ape yg membezakan Man Utd nie sumer player die main bersungguh2 dan semangat.yg x main pun leh lari satu padang mcm Neville time lawn Man City..hehe

    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. BangkuSimpanan Says:

    Thanks Shah. Ya mmg keeper tue penting untuk setiap team.Mcm team Man City.Keeper die, Given,time kat Newcastle lagi aku mmg ske mamat nie. Die main mmg konsisten. Mcm Foster die mmg still muda lagi. Perlukan masa. Aku pn harap2 team Man Utd dpt main mcm sebelum2 ni,baru best sket tgk game.

    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. BangkuSimpanan Says:

    hehe..nnt aku update komen abes season..:P..Liverpool mmg dari dulu main x bagus..champions league je ok..mmg down jgk..

    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. BangkuSimpanan Says:

    thanks Mie ntuk ulasan yg panjang lebar..:) Fletcher mmg player yg bagus.aku pn amek die dlm fantasy football..Fletcher mmg player yg bleh patahkan serangan pihak lawan/counter attack..Valencia aku still rase die masih x smpi tahap mcm die main kat Wigan. Player Man Utd mmg ‘lambat panas’ tp kalu tgk prestasi semasa die mmg agak kurang sket la. Die mmg terkenal ngan assist n cross time kat Wigan lagi.

    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UA:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  11. FuckYou Says:

    :evil: Nani memang sampah,bodo harap skills je power tapi bile nak buat gol Bergegar dunia bai…takut aku….. macam main ngan budak darjah 1…

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  12. Anonymous Says:

    macam lah Man Utd paling hebat dalam dunia, pfffttt

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply