Malaysia(0) - Bahrain(0)
By BangkuSimpanan • Oct 30th, 2007 • Category: Bola Sepak MalaysiaJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Akhirnya harapan kita sekali lagi dihancurkan apabila pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sekadar seri 0-0 dengan Bahrain. Ini bermakna impian negara (yang sememangnya sekadar angan-angan kosong) untuk mencabar tempat ke Piala Dunia 2010 berkecai untuk kali yang keberapa(sudah tak mampu dihitung). Entah di mana silapnya, segala percaturan dan penghitungan tak menjadi. Walaupun diakui sukar untuk menewaskan pihak lawan yang mendahului dengan agregat 4-1, sekurang-kurangnya jika pasukan Malaysia berjaya menjaringkan 1 atau 2 gol di tempat sendiri, ianya sudah boleh dianggap satu pencapaian yang memberangsangkan.
Makin hari makin pening dibuatnya memikirkan nasib bola sepak tempatan. Sudahlah dengan Liga Super yang memang amat rendah kualitinya, nak diharap pada skuad kebangsaan Malaysia untuk menaikkan nama bola sepak negara lagilah tak mampu diharap. Pihak pentadbiran FAM pun sudah ditukar, yang dah tua pun sudah keluar, masuk yang muda, namun taraf bola sepaknya masih ditakuk lama. Serabut kepala memikirkan di mana akar kesilapannya.
Sementara prestasi negara kita semakin merudum, negara-negara lain makin lama makin meningkat mutunya. Jepun dan Korea Selatan yang suatu masa dahulu hanya menjadi pasukan belasahan Malaysia, kini dah makin jauh meninggalkan kita. Negara-negara Afrika yang miskin dan lagi rendah mutu hidupnya pun sudah boleh bersatu hati demi menaikkan nama negara di persada bola sepak.
Marilah kita gali, cari, cangkul dan buat apa sahaja yang termampu untuk menaikkan balik nama bola sepak Malaysia. Biarlah pasukan negara kita digeruni kembali seperti zaman dahulu.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
BangkuSimpanan ialah seorang yang lagi hensem dari saudara Nazuwan dan sekarang masih menuntut di Korea University Tahun 3, Computer and Telecommunications Engineering.
Email this author | All posts by BangkuSimpanan
tunggu bro jadi menteri sukan msia…..
Join us at http://www.harimaumalaya.com/, register in forum http://www.harimaumalaya.com/forum/.. kami perlukan mereka yang sayang pada scene bola sepak negara.
good site :):).dah join dah