Borak Bola

Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda

Borak Bola header image 2

Malaysia vs Vietnam Final Pesta Bola Merdeka 2008

October 24th, 2008 · 24 Comments · Bola Sepak Malaysia

Logo FAM vs

Kemenangan Malaysia ke atas Myanmar dengan 4 gol berbalas 0 dalam aksi separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2008 menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan akan berentap dengan Vietnam di perlawanan akhir pertandingan ini.

Sebelum kemenangan Malaysia, Vietnam terlebih dahulu menempak tiket ke final Pesta Bola Merdeka dengan menumpaskan Sierra Leone dalam sepakan penalti selepas keputusan terikat 2-2.Perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 25 Oktober 2008 bersamaan dengan hari Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Atas kertas, pasukan bola sepak Malaysia nampak tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan piala Pesta Bola Merdeka. Jika Vietnam terpaksa berhempas pulas menewaskan Sierra Leone yang dibelasah 4-0 oleh Malaysia dalam perlawanan peringkat kumpulan, adakahVietnam pula akan menjadi mangsa bahaman pasukan Harimau Malaya di final kelak?

Dilihat pada statistik Pesta Bola Merdeka 2008 ini, Malaysia LANSUNG tidak memboloskan sebarang gol dan berjaya menjaringkan 18 biji gol sehingga hari ini. Satu angka yang cukup mengkagumkan. Namun yang menjadi persoalannya ialah adakah Malaysia mampu beraksi begitu cemerlang kerana mutu pertandingan Pesta Bola ini terlalu rendah ataupun sememangnya pasukan bola sepak Malaysia sudah maju?

Jika anda membaca komen-komen pembaca-pembaca blog BorakBola.Net di artikel ini, sememangnya ada peminat bola sepak tempatan yang mengeji, mencaci dan menghina penganjuran pesta bola ini. Negara-negara yang dijemput seolah-olah hanya untuk memastikan tiada negara lain selain Malaysia yang akan menjulang Piala Pesta Bola Merdeka 2008 kali ini.

Dengan hampir kesemua negara jemputan memiliki ranking FIFA yang lebih rendah dari Malaysia, sememangnya wajar untuk mempertikaikan kemenangan demi kemenangan pasukan bola sepak Malaysia dalam pertandingan ini.

Persoalannya jika dengan kemenangan pun sudah dihina dan dipandang rendah sebgini rupa, apa pula akan terjadi seandainya pasukan negara kita tewas? Apakah bentuk penghinaan, cacian dan makian pula yang akan disemburkan kepada pasukan bola sepak Malaysia dan FAM?

Tepuk dada tanyalah selera. Mari kita sama-sama berbincang sambil kita tunggu dan saksikan keputusan terkini perlawanan akhir @ final Pesta Bola Merdeka 2008 di BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda. Kami akan cuba membawakan keputusan terbaru, senarai penjaring-penjaring gol dan juga maklumat-maklumat terkini antara Malaysia vs Vietnam pada hari Sabtu ini untuk anda.

Tags: ··

24 responses so far ↓

  • 1 Anonymous // Oct 24, 2008 at 10:55 am

    :oops:

  • 2 udong // Oct 24, 2008 at 11:38 am

    suruh je yg tau nak kritik je tu cube wakil malaysia.. kalau dpt.. talk is cheap :lol:

  • 3 dzhakim // Oct 24, 2008 at 2:07 pm

    takde siaran langsung ke?
    tak berkesempatan ke stadium,
    kalau ade live boleh tgk juga,
    barulah boleh nilai prestasi keseluruhan pemain dan pasukan,
    lepas tu terpulang la nak puji atau keji..

    BARULAH PROFESIONAL, bukan?

    SELAMAT MAJU JAYA, MALAYSIA!

  • 4 KakiBangku // Oct 25, 2008 at 12:57 am

    setakat ini tak ada maklumat tentang siaran langsung final pesta bola merdeka 2008 antara malaysia dan vietnam. akan saya update maklumat terkini untuk peminat peminat bola sepak jika rtm nak adakan siaran langsung

  • 5 Hue // Oct 25, 2008 at 9:44 am

    Vietnam Victories

  • 6 Hue // Oct 25, 2008 at 9:47 am

    There are websites which can be viewed online?

  • 7 fakhrul_22 // Oct 25, 2008 at 10:07 am

    utk match akhir ni.. good luck m’sia… w’pn xdpt p stadium sy ttp akn tgok kat tv.. klo xde siarn lgsung siarn trtunda ada kot dlm kol 12 tghmlm… hr 2 sy trlepas tgok siarn trtunda… rugi rse… w’pn mgkn ada sstgh org kte xrugi pn..

  • 8 KakiBangku // Oct 25, 2008 at 2:35 pm

    @hue - for now there ain’t no live coverage for the final match of pestabola merdeka 2009 between malaysia and vietnam. i don’t think there are websites that cover this game. even soccernet.com refers pestabola merdeka 2008 as an international friendly match not as an event. poor malaysia

  • 9 ganu // Oct 25, 2008 at 3:06 pm

    gogo malaysia~bleh menang punye la.

  • 10 budakLD // Oct 25, 2008 at 4:42 pm

    malam nii ada siaran langsung tv 1 8.30 mlm (terdengar melalui radio)

    malaysia…………..hebat……

  • 11 apit // Oct 25, 2008 at 7:22 pm

    Go Msia Go…Inilah Barisan Kita!!!

  • 12 far // Oct 25, 2008 at 8:16 pm

    yer keee ada life ni…

  • 13 e2dg // Oct 25, 2008 at 11:50 pm

    malaysia you can do it :grin:

  • 14 fakhrul_22 // Oct 25, 2008 at 11:52 pm

    hmmmm.. klah beb.. nmpk gaya m’sia trikut rntak slow vietnam… keji btul.. pngadil mlyn aje krenah pmain vietnam yg nmpk sgt sntuh ckit jtuh… lmbik nk mmpus! m’sia prlu cri idea lg lps ni utk piala aff.. cb prktkkn hntrn pndek n pnts mcm epl.. bnyk sgt lmbung xgne jgk.. skali skala xpe.. pmain m’sia yg aku respek daudso… ada gaya! mn pn nmpk ykin.. ape kmen anda smua?

  • 15 malaysia kalah // Oct 25, 2008 at 11:55 pm

    malaysia kalah lagi

  • 16 sA // Oct 26, 2008 at 12:04 am

    boDOH!!

  • 17 Anonymous // Oct 26, 2008 at 12:11 am

    team MALAYSIA memalukan dunia bola sepak ja… membelasah team lain tapi main macam taik ja FINAL. team MALAYSIA ego… mmg patut kalah pn.. rombak la pemain2 MALAYSIA yang ego walaupun ada bakat!!!!

  • 18 topper... // Oct 26, 2008 at 12:12 am

    team MALAYSIA ada bakat tapi ego cz rendahkan team lawan… padah buat MALAYSIA… rombak pemain la… ambil pemain sabah sarawak lagi bagus

  • 19 khairul // Oct 26, 2008 at 1:16 am

    memang sudah ku duga…team malaysia hanyer hangat2 taek ayam jer…dah ler lawan ngan team korok2…mule2 mcm hebat…4-0..6-0..last2 penyakit lame dah kuar…no wonderla owg xnak g stadium… :twisted: ..sokong johor fc jerla lg bagus…lalalala

  • 20 bd fabregas // Oct 26, 2008 at 2:25 am

    pasukan malaysia sudah berada dalam khayalan slps membelasah myanmar.. akhirnya malaysia gak yg melepas.. lwn budak2 belia plak tu..

  • 21 fir // Oct 26, 2008 at 12:21 pm

    apa dh jd mlaysia ku ni……main final bangga diri kunon nak belasan lawan…serangan tumpul….byk wat mende…

  • 22 lan // Oct 26, 2008 at 12:24 pm

    cepat la bgun piala suzuki dh dekat…..jgn asysik nk belasah org je..lwn budak belia pn kalah..knp xkaji dulu pasukan lwn yg kuat bhgian benteng..

  • 23 ashraff // Oct 26, 2008 at 3:42 pm

    :twisted: apelah zamani misbah sepak penalti pun tak gol . tengok malaysia dh kalah.eden tongah bonggang nie

  • 24 Anonymous // Oct 27, 2008 at 8:26 am

    :neutral: :twisted: :arrow: :shock: :smile: :???: :cool: :evil: :grin: :idea: :oops: :razz: :roll: :wink: :wink: :cry: :eek: :lol: :mad: :sad: :!: :?:

Leave a Comment