Malaysia To World Cup - Episod 1
By Tristan • Feb 7th, 2008 • Category: Wajib BacaJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Menurut KakiBangku, dia kalau boleh nak tengok pasukan bola sepak Malaysia masuk World Cup sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Itu cuma angan2 ke atau boleh jadi kenyataan? Jom kita selidik…
Ranking FIFA (Januari 2008): 164. Malaysia
Kuota untuk pasukan Asia ke Piala Dunia: 4.5 daripada 43 pasukan (0.5 tu maknanya diorang kena main playoff dengan pasukan dari Amerika Selatan atau Afrika)
Pasukan faveret di Asia: Jepun, Korea, Australia, Iran, Arab Saudi, Iraq, Kuwait, China.
Pasukan faveret di Asia Tenggara: Thailand, Indonesia, Singapura, Myanmar…. dan Malaysia.
Berti Vogts (bekas jurulatih Jerman yang selalu berlagak bagus) pernah menyarankan agar kuota untuk Asia dikurangkan. Memang dalam sejarah Piala Dunia, cuma 10 kali je pasukan dari Asia pernah menang perlawanan mereka. Memang wakil Asia masa tu pun cakap diorang memang rasa terkikis jiwa mendengar seorang dari Eropah cakap mcm tu yang ade bau2 perkauman. Tapi lepas tu ada orang lain balas, Piala Dunia ni untuk memupuk keharmonian di seluruh dunia, bukan sepak bola masuk gol semata-mata. Memang respek la orang tu, tapi dah lupa siapa (komen2 ini dibuat semasa France98)
Episod 2 akan membincangkan tentang jurang perbezaan antara pasukan2 di Asia Tenggara, dan juga tentang Malaysia, sebuah negara gergasi bola sepak Asia (ini yang nyata, bukan mimpi). Juga diharapkan ramai pembaca akan memberi komen dan pendapat bernas yang membina. Nantikan Episod 2 yang bertajuk ‘Dia Yang Terhandal’
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tristan ialah seorang penyokong setia kelab Arsenal kerana 'beautiful football' yang digunakan dalam corak permainan mereka. Paling membenci apa-apa yang berkaitan dengan Manchester United.
Email this author | All posts by Tristan
…Malaysia, sebuah negara gergasi bola sepak Asia (ini yang nyata, bukan mimpi)… ?????
macam mana nak tunggu episod 2 dengan kenyataan cam tu?
ntahnya.kena cepat wat episod 2 nie.kenyataan tue mmg kontroversi
saya tunggu dgn sabar~!!
Malaysia to World Cup.
Bunyinya dah macam best, tapi jgn pulak jadi tinggal slogan saja. “Slogan tak akan membawa kita kemana2″ Kata prof Di Raja Ungku Aziz dalam Buletin Utama tidak lama dulu. Dan memang betul la, slogan tak boleh membawa Malaysia ke World Cup. Hanya satu revolusi akan membwa kita ke sana.
Sistem sedia ada telah gagal. Sistem sedia dah jadi cacamarba dek permainan orang-orang politik yang hanya tahu menjaga bontot mereka di atas kerusi2 yang mereka berjaya raih utk kepentingan mereka sendiri. Hanya sedikit manusia di dalam FAM yang tahu tanggungjawab dan mahu melihat martabat bolasepak kita di angkat ketempat yang lebih tinggi.
Orang yang minat bola, seharusnya faham atas kesukaran negara-negara Asia untuk menjelmakan impian mereka ke Piala Dunia. dari pada 32 pasukan yang bertanding hanya 4 atau 5 (bak kata tristan, kata lainnya bersamaan 4.5 kebarangkalian negara Asia di dlm World Cup) dan untuk ke peringkat akhir kelayakan ada 3 pusingan perlawanan saringan lagi sebelum itu. Dan tambah menyukarkan lagi, Australia sudah masuk kedalam gabungan AFC.
Sebelum aku meneruskan lagi komen yg dah panjang lebar ini, tak salah bagi team kebangsaan atau FAM utk memasang cita-cita yang MAHA tinggi untuk ke World Cup, tapi sekurang-kurangnya buktikanlah dahulu dengan menjadi gergasi Asia Tenggara. Buktikan dalam sukan SEA, buktikan dalam Tiger Cup. Apabila kita mampu menjuarainya semudah kita memenangi emas dalam squash atau badminton di dalam sukan SEA, barulah kita boleh menjengah ke peringkat seterusnya, dan barulah sedikit demi sedikit, impian itu boleh ditafsir sebagai cita-cita yang murni…
… dan bukan hanya sekadar angan-angan kosong
@aran=saya setuju 100%
ermm bila nk wat bende yg dirancang ari tu?
yg ada hadiah best?
Malaysia ke world cup? mmm..selagi tea malaysia main mcm skrg ni, jgn mimpilah..tinggal angan2 jelah kakibangku nak tengok Malaysia menentang Brazil ataupun Jerman. Selagi stail dan rambut mcm filem star selagi itulah kehampesan akan terus menyelubungi team bola Malaysia. Saya cukup angin jika bila setiap kali kalah, team negara akan keluarkan bermacam-macam alasan, mcm la baru 2 3 tahun main bola. hari2 dok ngadap bijik bola tu, tp tahap permainan tak juga naik2. Tengok Iraq..dalam dok berperang team mereka masih lagi mampu menjuarai piala asia. malaysia? Asal muka hensem sikit je mula la sibuk gosip dengan artis sana-sini..kalau ikutkan tak puas hati mcm2 nak kutuk, tp kutuk lebih2 pun bukannya berubah pun nasib malaysia, selagi pemilihan pemain asyik muka yg sama walaupun jurulatih silih berganti. sekian kutukan ikhlas dari saya..hehehe. kena saman ngan FAM saja je saya kan?
hehe.takpe.sekali sekala luahkan perasaan apa salahnya.FAM takkan la nak tengok website yang macam gini.banyak lagi kerja dia nak buat.lagipun website FAM pun tgh under construction sekarang nie.hehe
website pun tak siap2 patah lagi nak manage team bola..nmn harap2 dengan tukarnya pengurusan baru ni makin oklah sikit team malay nnti..mengantuk msh terasa layan Man U pg tadi walaupun saya bukanlah peminat Man U tp real M yg kalah..tipis.
halo sume sye nie sje nk tengok kasut bola cristiano ronaldo sebab nanti kalau2 nk beli boleh beli macam cristiano ronaldo
Bagi pandangan saya, Malaysia boleh masuk world cup…klu pemain main dengan hati, cinta kpd permainan ni…pemilihan bukan sebab sepupu sepapat…macam industri muzik Malaysia juga la…banyak yang masuk untuk main2…
…kita semua bertanggungjawab !..kalau pembaca tak nak baca buat apa reporter nak tulis…selagi ada org mau, mest ada la…slg kita biarkan, selagi tu la macam ni…
saya peminat NIKE….sedih la skuad kebangsaan pakai baju NIKE, buat maluuuu! tambah semangat, tiada perubahan pun…
ramai org mlaysia suka bola sepak tapi bola sepak ntah pg mana…skuad hoki kebangsaan bagus tak da pun org tengok…tu lah sbb bola sepak macam ****, terlalu manja, terlalu byk media masuk padahal ntah apa apa…
lebih baik ambil pemain bola dari orang pendalaman, yang tak tahu menahu populariti, tv, barangan berjenama…aduih!!! mentaliti mentaliti mentaliti buat sedih…
betul tu..bila hati dah terpikat pada populariti, mentaliti maka tahap permainan masih mcm tu juga, tak reti2..cuba ambil contoh Raul Gonzalez atau Beckham..walaupun mrk dah kaya, glemer tahap Bush tapi jiwa mereka ttp sayang dan cinta pada bolasepak negara mereka, bermain matia-matian..pemain kita? masuk majalah mangga bolehla..
Bila la agaknya Malaysia nak masuk worldcup agaknya..dulu taret tahun 2010..mcm lucu je target. ukuran baju badan sendiri-xpdc
hmmm…aku bkn x minat bola malaysia!tp kdg2 sakit hati sesangt biler tgk malaysia men, cam ne aku nk sokong, nk tunggu malaysia men world cup!!!aku rasa jauh lg perjalanan, selagi pemain2 malaysia masih x paham apa kah itu erti bola sepak…
http://duniabolasepak.blogspot.com/