Malaysia, Ian Rush Dan Queiroz
Tags: B. Sathianathan, bola sepak malaysia, carloz queiroz, ian rush, khairy jamaluddin, malaysia boleh, skuad bola sepak malaysia

Bola sepak Malaysia hari ini membuka satu lembaran baru apabila mendapatkan khidmat penyerang legenda Liverpool, Ian Rush untuk memperkuatkan jentera serangan negara. Terkejut juga rasa di hati apabila membaca artikel ini di Soccernet. Selain khidmat Ian Rush, jurulatih kebangsaan sekarang iaitu B. Sathianathan akan belajar selama 3 minggu dengan Carloz Quieroz, penolong pengurus Manchester United.
Khairy Jamaluddin, naib Presiden Malaysia Football Association telah memberitahu media tempatan yang:-
Ian Rush akan berada di sini pada bulan Mac. Kami tahu yang penyerang kami tidak menunjukkan prestasi yang bagus. Ini merupakan satu peluang untuk ’strike’ Malaysia belajar daripada yang terbaik. Ianya juga penting buat jurulatih negara kita mendapat pengalaman daripada jurulatih luar. Untuk itu B. Sathianathan akan menghabiskan masa selama 3 minggu dengan Carlos Quieroz di Manchester United.
Mungkinkah ini satu perkembangan yang baik untuk meningkatkan mutu bola sepak negara kita? Tak sabar rasanya untuk menunggu reaksi Ian Rush apabila melihat mutu penyerang-penyerang kebangsaan kita. Adakah ini merupakan satu lagi pembaziran buat negara ataupun merupakan satu langkah yang terbaik perlu diambil? Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah kesan projek FAM kali ini untuk skuad kebangsaan Malaysia.
P:S :- Satu cadangan untuk FAM, kalau banyak betul duit apa kata ambil Gus Hiddink jadi jurulatih kebangsaan. Dijamin 100% at least boleh masuk suku akhir Piala Asia. Memang akan menjadi satu revolusi kepada bola sepak negara kita.





9 Comments, Comment or Ping
as
nak ke gus hiddink jd couch mesia. hehe nice idea by the way. Terkejut jgk bace soccernet td, dah la legend liverpool tu, ok gak, klu mesia power nnt, x de lah mmbr aku yg anti liverpool bising.
brape juta mesia bayar kat die? any idea
Feb 6th, 2008
Tristan
agak2nye berapa ramai pemain kebangsaan akan kekal menjadi pemain kebangsaan. ramai tu yg tak tahan corak latihan hiddink. itu pun kalo dia coach malaysia la. yg rasanya memang tak mungkin hahaha
tapi aku tetap rasa coach yg paling sesuai mengubah pasukan bola sepak malaysia dari akar umbi adalah arsene wenger
Feb 6th, 2008
nazu
hiddink kalau masuk mmg ownage.tgk apa dia dah wat untuk australia ngan russia.tue belum kira yang korea lagi tue.hiddink bagi aku the best pengurus ever
Feb 7th, 2008
ayut
yes~!! lps2 ni striker2 mesia ensem2 la ala2 torres…!!
Feb 9th, 2008
sawada
kelaka laks gus hiddink nk dtg malaysia..wakakakakaka..
Feb 12th, 2008
aranhellstorm
nothing is impossible dengan duit. Tak mustahil guus hiddink nak dtg Msia train and manage team kebangsaan kalau offer nya bagus. Masalahnya, nak ke dia datang? Kita dah penah ada coach yang bagus spt Claude le Roy yang skang head coach of Ghana, yg baru2 ni dpt no 3 dlm African Cup of nation. masalahnya masa dia jadi coach, ada pulak player2 yang mengadu domba pada management FAM kata latihan keras lah, tak tahan lah, dan org2 bongok kat FAM ni plak dengar sgt ckp anak-anak manja ni, pastu pegi singkir Claude le Roy ni, tak ke bangang namanya tu?
Kalau player2 kita tak buang mentaliti macam bagus, tak suka susah dan nak dilayan macam star, sampai bila2 pon tak kemana bolasepak kita.
tapi memang realitinya org Msia memang tak suka kerja yang berat2 dan susah2. Sebab tu byk tenaga kerja yg diimport dari luar. Macamtu jugak la mentaliti player kita tak suka latihan keras2, nak senang, janji buat itu saja. Kita serupa saja dgn mereka. tak ada beza.
Bagi aku selagi player ni rasa puas dgn apa yg derang ada skg, cukup setakat main liga super, cukup setakat dpt gaji 2-4K tiap bulan bole pakai keta wira convert jadi evo, tak payah la kita nak berangan juara Piala Asia apatah lagi piala Dunia.
Feb 16th, 2008
KakiBangku
@aran: ooo.tak sangka lak pemain malaysia lembik macma tue.memula dulu ingatkan sebab claude de roy tue tak power sebab tue dia kena pecat.tak sangka ada kisah mengadu domba di sebalik benda tue.nampaknya mentaliti player kita setakat dengan kereta wira pun dah cukup perlu diubah cepat2.diorang tak tau ke cristiano ronaldo guna duit gaji seminggu jer beli kereta bugatti veyron.
Feb 16th, 2008
e
saya cadangkan setiap liga tak kira liga super atau perdana,14 pasukan dalam satu liga.dan perbanykan perlawanan persahabatan.
May 7th, 2008
e
May 7th, 2008
Reply to “Malaysia, Ian Rush Dan Queiroz”