Malaysia Gagal Lagi
By KakiBangku • Dec 11th, 2007 • Category: Bola Sepak MalaysiaJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Walaupun agak terlewat, tidak salah rasanya untuk saya membincangkan tentang kegagalan skuad bawah 23 tahun Malaysia untuk mara ke separuh akhir Sukan Sea 2007. Seri dengan Vietnam, menang dengan Laos menjadikan pertembungan dengan Singapura sebagai penentu kelayakan pasukan negara kita untuk menjadi 4 pasukan terbaik Asia Tenggara.
Namun begitu, seperti biasa kita sekali lagi dikecewakan. Apabila kemenangan sahaja yang mampu membawa pasukan Malaysia ke pusingan seterusnya, skuad Harimau Malaya kita hanya mampu seri dengan pasukan Singapura. Masih teringat lagi sejarah silam, di mana Singapura sekadar menjadi pasukan belasahan Malaysia.
Di mana silapnya? Apa puncanya? Post-mortem acapkali dilakukan setiap kali kekalahan menimpa skuad negara. Namun kekalahan tetap jua diterusi dengan kekalahan, bukannya dengan kemenangan yang didahagai dengan oleh para peminat setia pasukan negara.
Penulis tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia di Sukan Sea kali ini, jadi tidak eloklah untuk saya mengomel mengenai mutu persembahan mereka. Yang penting sekarang ialah rombakan besar-besaran dari segala segi termasuk kepimpinan FAM, sistem ‘youth’ negara, kendalian liga-liga di Malaysia dan juga cara pemilihan skuad negara perlulah dilakukan seberapa pantas yang boleh.
Masa tidak akan menanti kita. Selagi kita berdiam diri, semakin jauhlah kita ketinggalan di belakang negara-negara lain. Kembalikanlah zaman kegemilangan bola sepak negara. Masih ramai yang mengambil berat. Majulah bola sepak untuk Malaysia.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
telus dan ikhlas dlm pemilihan pemain…
cara pemilihan pemain Malaysia sekarang ini memang agak mengelirukan. baru baru ini ajer baru ramai pemain bawah 23 tahun start main untuk team kebangsaan.kalau tak sebelum nie mmg muka sama je dari dulu sampai sekarang. adakah kita dah terlalu ketandusan bakat? mungkin gak sifat kroni yang berlebihan? entahlah.
Sistem yang pincang. Objektif asal penubuhan liga M dan FAM sudah tidak dapat dicapai.
Rombakan besar-besaran adalah satu tindakan yang perlu sekarang ini untuk mengembalikan kegemilangan silam. FAM dan sekutu umpama barah yang tidak boleh lagi disembuhkan dengan kaedah ubat2an biasa, barahnya sudah merebak kesuluruh sistem, dan sistem yang telah diserang barah itu mesti dikeluarkan keseluruhannya.
Politiking itu sudah mesti dalam satu organisasi yang mempunyai manusia di dalamnya, tetapi yang memusnahkan sistem pentadbiran sekarang adalah campurtangan Ahli Politik didalam pentadbiran. Ahli Politik dan politiking adalah 2 benda yang berbeza.
SIstem yang ada sekarang aku lihat membantutkan pertumbuhan pemain-pemain muda/remaja, selalunya di dapati pemain remaja ini hilang minat untuk terus membina karier di dalam arena bolasepak.
Rombak sistem, dan rancang pembangunan entiti2 seperti persatuan dan kelab-kelab supaya mengarah kepada satu entiti bisnes, bukan semata-mata kelab picisan atau pinggiran.
Asingkan persatuan negeri dari kancah pertandingan liga, had kan persatuan negeri kepada pertandingan piala Malaysia. Hadkan persatuan negeri kepada hanya satu entiti yang memantau kelab-kelab yang ditubuhkan dalam negerinya sahaja.
Apabila entiti2 ini berdaya bisnes, lebih byk penajaan dpt diperoleh, apa yang penting adalah mendapat liputan media yang meluas.
@aran : pergh mantap gile analisis ko. itu yang aku nak cakap selama ini tapi tak terkeluar dari mulut ini. berminat tak nak jadi penulis kat sini :P:P . ahaks
heh..kalau ada artikel aku rasa best, aku try email dulu kat korang, ok?
tak profesional dari semua segi…
malaysia oh malaysia.bilakah anda ingin maju..
tahniah……sbb KALAH…………
cerita lama..tp pasal aku baru je jumpe site ni, jadi nk join komen ah gak..ehhehehe
dgn memilih pemain2 skuad bawah 23, menunjukkan betapa pentingnya pemain2 muda yg berbakat ntuk kemajuan bola sepak kita, memang sewaktu Sukan SEA dan juga kelayakan Piala Dunia, kita terkandas tp apepun semangat pemain2 ni berbeza berbanding dgn player2 senior. Mungkin dlm bbrp tahun jika pasukan negara memilih lebih ramai lagi bakat2 muda, akan membuka mata pasukan2 negeri untuk memula dan memajukan lagi youth development.
nasi yg sudah menjadi bubur, biarkan saja bubur itu diabiskan,yg penting cari beras, masak nasi yg baru,kali ini jgn sampai menjadi bubur skali lagi..
AkU SokonG KhY…
BendE DaH JadiK..JadiK LaR..
Kite HaruS MemandanG KE HadapaN .
Bukan TerlalU Melihat KeslahaN Kite AjE .
AkU YakiN Malaysia Akan Power Dalam Bola Sepak Satu Hari Nanti .
Aku Confident glerr AR!!!
Malaysia tetap,sentiasa,mesti Boleh!!!!