Borak Bola

Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda

Borak Bola header image 2

Malaysia Benam Sierra Leone 4-0

October 19th, 2008 · 4 Comments · Bola Sepak Malaysia

Logo FAM

Logo FAM

Tempat ke separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2008 kini sudah terjamin buat Malaysia. Keputusan terkini PestaBola Merdeka 2008 menyaksikan Malaysia membenam Sierra Leone 4 gol berbalas 0. Sekali lagi padang lecak dan basah menjadi saksi kehebatan pasukan negara kita.

UPDATE: Highlight video aksi-aksi dan video gol jaringan Malaysia menentang Sierra Leone. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat video perlawanan Malaysia dan Sierra Leone.

Namun begitu gawang Sierra Leone hanya mampu dibolosi oleh skuad kebangsaan Malaysia pada minit ke 69. Kecederaan yang menimpa penjaga gol utama Sierra Leone menjadi penyebab utama gawang Sierra Leone ditembusi.

Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pembukaan buat Malaysia sambil 3 gol yang lain disumbangkan oleh Safee Sali dan pemain kembar Aidil Zafuan Radzak serta Zaquan Adha Radzak.

Dengan tempat ke separuh akhir telah terjamin, skuad kendalian B. Sathianathan mampu menarik nafas lega kerana pertembungan dengan Afghanistan yang seri dengan Nepal 2-2 tidak mempunyai kepentingan lagi.

Kemungkinan besar barisan kedua skuad Harimau Malaya akan diturunkan untuk menentang Afghanistan kelak.

VIDEO MALAYSIA(4) VS SIERRA LEONE(0)

Tags: ··

4 responses so far ↓

  • 1 selangorzz // Oct 21, 2008 at 12:18 am

    x de masalah nak menang…..sebab kita dah biasa ngan padang becak…..masa kecik2 dulu padang becak pun kita tetap main bola :razz:

  • 2 Anonymous // Oct 22, 2008 at 3:08 pm

    tolonglah beritahu RTM siarkan siaran pelawanan

  • 3 KakiBangku // Oct 23, 2008 at 2:00 am

    siaran langsung untuk perlawanan separuh akhir malaysia vs myanmar mungkin tidak akan ditayangkan di RTM. jadi marilah kita beramai-ramai ke stadium bukit jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan Malaysia. Malaysia Boleh!!!

  • 4 ayie // Oct 24, 2008 at 12:39 am

    patutlah rakyat kita ramai yang minat pasukan luar negara tiap2 minggu dapat tonton pelawanan,habis nak harapkan yang dalam negara apa pun tarak,yang saya sakit hati sesangat tu RTM pun tak sudi kata penyiaran malaysia,yang saya pelik benda yang tak sepatutnya boleh pulak dibuat siaran langsung,oleh itu saya harap pihak penyiaran yang ada kat malaysia ni tolong lah peka sikit,majukan mutu penyiaran untuk negara
    :mad: :!: :?:

Leave a Comment