
Fernando Torres Injured In Spain
Aku dah cakap jangan main untuk Spain. Tengok kan dah injured. Sekarang sapa nak score goal untuk Liverpool? Nak harap kat Robbie Keane? Ptuih. Aku pun dah nyesal beli mamat tue. Takleh guna langsung. Kau harapan aku tapi time-time penting camnie la plak kau nak injured. Bedebah sungguh.
Mungkin itu caci @ maki hamun Benitez kepada Fernando Torres sekembalinya Torres dari bermain untuk negaranya Spain.
Kecederaan selama 2 minggu pastinya menjadi bebanan berat buat jentera serangan Liverpool tanpa Fernando Torres. Sudahlah Torres baru sahaja menemui kembali sentuhan jaringan emasnya, tiba-tiba semasa perlawanan penting bakal menjelang dia tidak akan mampu beraksi buat The Reds.
Antara perlawanan yang bakal menyaksikan kelibat Torres tidak dapat digunakan ialah semasa menentang Wigan(Home), Chelsea(Away) dan Atletico Madrid(away). Nampaknya peminat-peminat Liverpool terpaksa berdoa keras agar Torres kembali pulih dan dapat beraksi semasa menentang Chelsea terutamanya.
Kalau BorakBola menjadi Rafa Benitez, selepas ini confirm tak akan hantar lagi Torres ke perlawanan antarabangsa. BorakBola akan buat pelbagai alasan semata-mata nak pastikan kejadian serupa seperti ini tak akan berulang lagi.
Nasib malang sekali lagi buat peminat-peminat Liverpool, terutamanya apabila Liverpool bermula dengan baik untuk berkongsi mata dengan Chelsea menjadi pendahulu liga buat pertama kalinya selepas beberapa musim.
2 responses so far ↓
1 aranhellstorm // Oct 19, 2008 at 10:01 am
aku pon camtu gak, kalu aku rafa, game sebelum international break, aku soh torres ura2 injured masa last2 minit…hehehe..
btw, Kuyt ade bleh score…. YNWA!
2 aYut // Oct 21, 2008 at 12:52 pm
xperasaan ke kelibat kuyt minggu lps..perghh
YNWA
Leave a Comment