Kevin Keegan Kembali Semula

By KakiBangku • Jan 19th, 2008 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

keegan.jpg

Kevin Keegan, bekas pemain Liverpool dan juga bekas pengurus Manchester City, pasukan kebangsaan England, Fulham dan Newcastle United kini kembali semula ke kancah bola sepak dengan menjawat kembali kerusi panas Newcastle United.Selepas hilang dari dunia bola sepak selama 3 tahun, Kevin Keegan dengan yakinnya menyatakan bahawa dialah calon terbaik untuk membawa Magpies kembali semula ke landasan sebenar.

Sejarah Keegan dengan Newcastle United amat besar. Keegan pernah membawa pasukan Tyneside ini hampir-hampir menjulang trofi Liga Perdana England pada tahun 1995/1996. Mendahului Manchester United dengan 12 mata, Keegan terpaksa berputih mata apabila Newcastle United gagal mempertahankan kelebihan yang besar itu.

Setelah gagal mendapatkan khidmat Harry Redknapp, pengurusan Newcastle ternyata tidak melihat calon lain selepas Keegan menyatakan kesudiannya untuk memegang balik jawatan pengurus. Mempunyai sokongan padu dari peminat setia Magpies, perlantikan Keegan dilihat akan membawa kembali corak serangan tanpa henti yang pernah dibawanya suatu ketika dahulu.

Yang lebih menarik ialah apabila dikatakan kelibat Alan Shearer(bekas pemain yang dibeli oleh Keegan semasa dia mengurus Newcastle United dahulu) bakal menjadi pembantu kepada Keegan kali ini seterusnya membina “Dream Team” yang telah lama diimpikan oleh penyokong setia Newcastle United. Keserasian kedua-dua lelaki ini telah terbukti semasa Shearer merupakan seorang pemain, mungkinkah dengan gabungan mereka berdua sekali lagi akan berjaya membentuk gandingan emas buat Newcastle United?

Jangan dilupa Newcastle United di bawah pengurusan Keegan dahulu merupakan pasukan yang didasari dengan philosofi menyerang. Ini mungkin akibat pengaruh dari zaman permainannya di mana Keegan merupakan seorang penyerang legenda di Liverpool. Aksi menarik, permainan pantas dan jaringan gol yang banyak merupakan antara aspek yang pasti akan wujud untuk mana-mana pasukan di bawah kendalian Keegan.

Dengan set pemain yang berkaliber seperti Michael Owen dan Martins, Kevin Keegan akan diberi lebih banyak masa untuk membina kembali pasukan ini. Ditambah dengan sokongan padu dari penyokong Newcastle United(yang masih tidak dapat melupakan jasa Keegan dahulu) sudah tentu akan mengurangkan tekanan kepada Kevin Keegan dalam proses pembinaan semula pasukan ini.

Persoalannya selepas sepi selama 3 tahun mampukah Keegan memikul cabaran mengembalikan zaman kegemilangan Magpies yang pernah dibawanya dahulu? Adakah dia masih mempunyai sentuhan emas seorang pengurus? Adakah Newcastle yang pernah mencabar untuk trofi Liga England suatu ketika dahulu akan muncul kembali?

Apa pendapat para pembaca BorakBola.Net, Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda tentang perlantikan Kevin Keegan sebagai pengurus baru di Newcastle United?

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

7 Responses »

  1. :mrgreen: aku dah letak link bro!!

  2. update cerita baru bro!!!
    :mrgreen:

  3. hehe.sabar-sabar.tengah godek-godek css theme baru nie.kasik nampak hitam marvelous sikit. :P:P

  4. cammon laaaa cite best skit..

  5. hot chick :mrgreen:

  6. bro..
    ada berani ini website…
    http://www.liputanbola.com/

  7. mamat ni pandai menggoda. alan shearer sampai tak jadi masuk Man U sebab termakan pujuk rayu mamat ni

    berbatov - Man U or Newcastle? :grin:

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.