Keputusan Terkini Final Pesta Bola Merdeka 2008 Malaysia vs Vietnam

Filed under: Bola Sepak Malaysia, Profile Pemain by: KakiBangku

KEPUTUSAN AKHIR/FINAL/TERKINI/LATEST RESULT PERLAWANAN AKHIR FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2008

Malaysia kalah penalti 5-6 ke atas Vietnam.

VIETNAM JUARA MALAYSIA NAIB JUARA.

SEPAKAN PENALTI ANTARA MALAYSIA VS VIETNAM

Malaysia

  • Penalti 1 – indra putra (MASUK)
  • Penalti 2 – safee sali (MASUK)
  • Penalti 3 – aidil zakuan (MASUK)
  • Penalti 4 – ashari (MASUK)
  • Penalti 5 – daud su (masuk, cip lagi)
  • penalti 6 – zamani misbah (TAK MASUK)

Vietnam

  • Penalti 1 – MASUK
  • Penalti 2 – MASUK
  • Penalti 3 – MASUK
  • Penalti 4 – MASUK
  • Penalti 5 – masuk
  • penalti 6 – masuk

Untuk update minute ke minute sebelum sepakan penalti ini, sila baca artikel ini sepenuhnya. Tahniah kepada Vietnam dan nampaknya Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Pesta Bola Merdeka 2008 tahun ini.

Apa komen-komen dari peminat bola sepak Malaysia dengan kekalahan ini?

KEPUTUSAN TERKINI MASA TAMBAHAN KEDUA FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2008

TAMAT SEPARUH MASA KEDUA MASA TAMBAHAN. Kejuaraan akan ditentukan melalui sepakan penalti.

Minit 30 – Berita Dunia dibatalkan siarannya untuk memberi laluan kepada siaran langsung perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka. Langkah wajar dari RTM. Mari ramai-ramai menyayangi RTM selepas ini.

Minit 28 – Malaysia mencari gol yang tidak kunjung tiba. Peluang untuk Daud Su tapi rembatannya ditampan oleh pertahanan Vietnam. Berdebar dada ini seolah-olah gol akan tiba bila bila masa sahaja.

Minit 26 – Tinggal 4 minit sahaja lagi untuk penentuan sepakan penalti. Masih cukup masa untuk Malaysia mencari gol kemenangan. Untuk pengetahuan anda, jersey pemain-pemain Malaysia malam ini tida ada nama di belakang jersey masing-masing.

Minit 22 – Marah nampaknya Santianathan kepada Irwan yang mengsia-siakan possesion bola Malaysia. Menjerit jerit jurulatih skuad kebangsaan Malaysia itu dari luar padang.

Minit 20 – Buat entah kaliyang ke berapa pemain Vietnam tercedera sehingga diangkat menggunakan pengusung dibawa ke luar padang. Permainan diteruskan dengan Malaysia membuang bola untuk balingan tanda fair play.

Minit 18 – Buat mereka yang sedang menonton permainan ini secara live di RTM, saya memahami jika anda memekik atau mencarut dan melakukan aksi luar biasa di hadapan tv. Terlalu byk peluang yang dilepaskan oleh Malaysia. Sekali lagi hantaran cantik dari Hairuddin di sia siakan oleh Ashari yang membuat lipatan gunting dengan kaki kirinya.

Minit 16 -Separuh masa kedua waktu tambahan telah bermula. Malaysia sekali lagi mengasak secara berterusan. Sayang sekali Khyril gagal menjaringkan gol. Terkena kaki pemain Vietnam. Berdegup cepat jantung ini seketika. Cantik through pass dari ashari buat khyrill.

KEPUTUSAN TERKINI MASA TAMBAHAN PERTAMA FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2008

Malaysia (0) vs Vietnam (0)

TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA MASA TAMBAHAN

Minit 16 – Tendangan percuma dari Indra. Cantik tapi terus ke pegangan gol keeper Vietnam. Adoi,

Minit 13 – Sekali lagi pemain Vietnam nak menghabiskan masa perlawanan dengan berpura-pura cedera terlalu lama di atas padang. COME ON LA Fair Play skit vietnam.

Minit 10 – Melencong lagi sepakan dari Zamani Misbah. Adoi, bila nak gol nie. COME ON la Malaysia.

Minit 7 – Malaysia telah menggunakan ketiga-tiga pertukaran dengan Khyril telah masuk pada separuh masa kedua tadi. Tiada gerakan menarik dari kedua-dua pasukan buat masa ini.

Minit 4 – Penjaga gol Vietnam nie memang nampak sukar nak ditembusi. Nampak power jer dia nie. Kalau berpanjangan ke sepakan penalti, kemungkinan Malaysia untuk kalah agak tinggi.

Minit 1 – Malaysia masih cuba untuk menjaringkan gol kemenangan dengan bermulanya masa tambahan perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2008. Jumlah penonton di Stadium dijangka antara 20 ribu hingga 30 ribu orang.

KEPUTUSAN TERKINI/LIVE UPDATE SEPARUH MASA KEDUA

Malaysia (0) vs Vietnam (0)

TAMAT SEPARUH MASA KEDUA. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Minit 90- 5 minit masa tambahan diberikan. Adakah perlawanan akan berlangsung ke masa tambahan. Sekarang sepakan percuma buat Vietnam di luar kotak penalti Malaysia.

Minit 83 – Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!! Satu gol perlu dicari. Permainan berlegar di tengah padang. Banyak serangan dilakukan sayangnya tidak ada penyudah lagi. Kecekapan penjaga gol Vietnam juga menjadi penghalang kemenangan skuad Malaysia.

Minit 79 – Tinggal 10 minit sahaja masa perlawanan. Geram pulak tengok tak gol gol lagi. Go Malaysia Go. You can win this final pesta bola merdeka 2008.

Minit 75 – Rembatan dari lebih kurang 25m cantik tetapi terus ke dakapan penjaga gol Vietnam. Kian resah nampaknya penyokong Malayia yang mengharapkan Malaysia membelasah Vietnam dalam perlawanan akhir ini. Vietnam pula melakukan pertukaran pemain.

Minit 72 – Sekali lagi permainan dihentikan seketika apabila 2 pemain Vietnam rebah secara tiba-tiba. Sakit jantung mungkin. Nampaknya Vietnam cuba untuk membawa perlawanan ke sepakan penalti.

Minit 68 – Hairuddin Omar yang baru masuk dilayangkan kad kuning akibat hentakan keras terhadap pemain Vietnam. Sementara itu ketua jurulatih Vietnam dilayangkan kad merah oleh pengadil akibat bersuara lantang terhadap pengadil. Kena keluar padang nampaknya ketua jurulatih Vietnam.

Minit 66 – Zaquan Adha digantikan dengan Hairuddin Omar. Zaquan nampak lesu hari ini. Mungkinkah Hairuddin dapat menjaringkan gol yang dicari-cari oleh Malaysia selama ini.

Minit 63 – Tiada aksi menarik dari Malaysia ataupun Vietnam buat masa ini. Malaysia nampak terdesak untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Minit 57 – Nampaknya pemain-pemain Vietnam seringkali berlakon mendapat kecederaan. Mungkin ini untuk melengah-lengahkan masa permainan ataupun memberi peluang bernafas akibat sering diasak oleh Malaysia.

Minit 53 – Ashari ditukarkan dengan Hardi Jaafar. Satu pertukaran menarik oleh B. Sathianaban. Ashari bermain di bahagian sayap. Mungkin Indra akan dinaikkan untuk bermain di belakang Safee selaku off striker.

Minit 51 – Rembatan Hardi Jaafar terus ke dakapan penjaga gol Vietnam. Cantik usaha darinya. Malaysia sekarang semakin aktif mengatur serangan.

Minit 48 – Cantik rembatan dari Vietnam hasil sepakan bebas dari luar kotak penalti. Nasib baik melepasi palang gol.

Minit 46 – Lipatan gunting Indra berjaya ditampan oleh penjaga gol Vietnam. Namun jika masuk ke gawang tidak akan dikira kerana Indra sudah offside terlebih dahulu.

Minit 45 – Info dari komentar menyatakan Malaysia tidak dibolosi sepanjang 450 minit. Sepakan mula untuk separuh masa kedua telah dilakukan.

KEPUTUSAN TERKINI SEPARUH MASA PERTAMA

MALAYSIA (0) VS VIETNAM(0)

Kesimpulan separuh masa pertama boleh dikatakan Malaysia menguasai hampir keseluruhan permainan dengan peluang terbaik jatuh kepada Indra Putra. Sayangnya Indra lambat melepaskan ledakan sedangkan hanya berhadapan dengan penjaga gol Vietnam ketika itu. Bahagian tengah nampak dikuasai oleh Shukor Adan dan kawan kawannya. Sekali sekala counter attack dari Vietnam ternyata mengugat barisan pertahanan Malaysia. Harus berhati-hati di situ.

Maaf kesilapan teknikal menyebabkan kehilangan minit ke minit live update dari kami. Kini telah tamat separuh masa pertama untuk final pesta bola merdeka 2008 antara Malaysia dengan Vietnam dengan kedudukan masih terikat 0-0.

Minit 24 – Hantaran cantik dari Amirul Hadi mencari Zakuan berjaya dikeluarkan oleh pemain pertahanan Vietnam untuk sepakan sudut ke 5 Malaysia.

Minit 22 – Sepakan sudut yang ke 3 buat Malaysia yang diambil oleh Indra tetapi hasilnya sia sia.

Minit 19 – Kesilapan hantaran dari Shukor Adan menyebabkan hampir-hampir gol Malaysia dibolosi. Nasib baik sepakan penalti tidak diberikan kepada penyerang Myanmar yang jatuh di dalam kota penalti.

Stadium Bukit Jalil nampak kosong dari kaca televisyen. Jumlah penyokong ke stadium masih tidak dapat ditentukan.

CONFIRMATION:Siaran langsung/live perlawanan akhir pesta bola merdeka 2008 disiarkan di tv1 oleh rtm.

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2008 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. BorakBola.Net- Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda akan membawakan keputusan terkini/latest result antara kedua-dua pasukan ini.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , ,

2 Responses to “Keputusan Terkini Final Pesta Bola Merdeka 2008 Malaysia vs Vietnam”

  1. Abdullah Ghani Says:

    all the best MALAYSIA !

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. aranhellstorm Says:

    good luck Malaysia!

    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    UN:F [1.8.5_1061]
    Rating: 0 (from 0 votes)