Kenapa Saya Suka Bola Sepak?

By KakiBangku • Mar 7th, 2008 • Category: Lain-Lain

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

cristianoronaldo.jpg

Kenapa saya suka bola sepak? Kenapa saya suka tengok bola kat tv? Kenapa saya suka baca artikel pasal bola? Kenapa saya suka amik tahu pasal dunia bola sepak? Kenapa saya nie boleh dikategorikan sebagai gila bola? Kenapa bola sepak nie nampak menarik je kat saya sedangkan kat orang lain tak ada apa-apa pun? Meh dengar sebab-sebab saya suka sangat semua benda berkaitan bola nie:-

1. Sebab pemain bola nampak kacak bila main bola

Walaupun saya nie bukan seorang perempuan, saya suka tengok bola nie sebab pemain bola yang tak handsome pun nampak kacak bila atas padang. Mamat-mamat bola yang kulit hitam, kulit gelap dan botak pun nampak bergaya bila ada bola kat kaki diorang. Kiranya bola sepak ini tak menilai wajah anda untuk berjaya dalamnya. Bayangkan kalau semua orang nak main bola kena muka ensem-ensem belaka, pandai main ke tak belakang kira. Mesti bola sepak nie jadi boring gile. Tak macam perempuan-perempuan yang memilih wajah-wajah hensem untuk dijadikan pakwe diorang, atas padang bola muka tak jadi ukuran, sebaliknya skill kita dgn bola itu yang akan menyebabkan ribuan wanita tergoda dengan anda.

2. Sebab satu match bola hanya 90 minit sahaja 

90 minit tak terlalu lama dan tak terlalu pendek. Orang kata cun-cun ajer lah. Tak macam tengok tennis(walaupun tennis best gak) yang kengkadang amik masa 3 4 jam baru habis satu match, excitement untuk bola nie 90 minit jer. Kalau game tak best pun kita kira membazir sejam setengah jer. Taklah terasa pembaziran sangat.

3. Tengok bola boleh merapatkan silaturrahim 

Kalau kita pergi tengok bola, jarang betul kita pergi layan sorang-sorang. At least mesti ada 2 3 orang member yang join kita gi tengok kat mapley. Bak kata orang, tengok bola sorang-sorang nie tak ada feel. Tak ada member nak borak dan kutuk sambil-sambil tengok bola. Bila ada member kat sebelah makin bestlah jadinya. Masing-masing dengan info terkini, pendapat peribadi dan kutukan-kutukan yang tak ingat. Itu yang seronoknya bile tengok bola ramai-ramai nie. Selain dapat beramah-mesra, kalau nasib baik member boleh bayar duit teh tarik ngan roti canai yang kita order kat mapley tue.

4. Sebab saya tak dapat buat skill macam diorang buat 

Selain dari tengok bola nie, aku pun main bola gak. Skill aku biasa-biasa jer. Kadang-kadang niat di hati tue ada juga nak tiru gaya Cristiano Ronaldo, Ronaldinho ke, takpun Kaka. Tapi apakan daya, kaki nie cepat betul rasa lenguh bila buat silang 2 3 kali. Sebab tuelah saya suka betul tengok bola sepak nie. Leh la angan-angan yang diri sendiri tengah buat skill kaki silang masa tengok Cristiano Ronaldo gelecek dua tiga defender atas padang. Mana tau nasib baik suatu hari nanti masa tengah main ngan member-member terkeluar pulak skill tue.

5. Kawan-kawan saya semua suka bola 

Ini pun sebab penting gak nie. Kalau kita sorang je tak layan bola dan member-member kita semua layan bola, time dorang bukak cerita pasal bola takkan kita nak berdiam diri jer. Melopong jer diorang cerita pasal game malam semalam. Kurang best la jadi tukang dengar jer. Mesti rasa nak join gak kan. Jadi nak taknak terpaksalah kita sendiri pun terminat bola nie. Lama-lama layan, last-last kita punya information lagi banyak dari member-member yang layan bola lagi awal dari kita. Akhirnya member-member kita semua tanya kita jer kalau nak tau informasi terbaru pasal bola sepak dunia.

Itulah antara sebab-sebab mengarut kenapa saya suka bola sepak. Banyak lagi sebab=sebab yang ada dalam kepala nie cuma tak tau nak terjemahkan dalam perkataan. Apa pula sebab pembaca-pembaca blog BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda minat bola? Adakah sebab ada nostalgia-nostalgia istimewa sejak kecil lagi? Takpun memang dari kecik mak ayah anda semua pun kaki bola juga? Jom sama-sama kongsi dengan saya jikalau anda sudi.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

2 Responses »

  1. aku ingat nak tulis jugak la psl apa aku minat bola…lepas election aku antar satu lagi artikel kat kau, insya Allah…

  2. hahahah btol…btoll…bnyk betol di situ…paling betol sebab bile main bola nampak hensem

Leave a Reply

Note: This post is over 5 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.