Kenangan Piala Dunia 2002

By KakiBangku • Dec 11th, 2007 • Category: Lain-Lain

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Setiap orang mesti ada kenangan masing-masing berkaitan dengan bola sepak. Sama ada anda lelaki ataupun perempuan mesti tak terlepas mempunyai pengalaman manis ataupun pahit yang berkaitan dengan bola sepak. Yang perempuan mungkin sebab pakwe anda tak nak keluar dating sebab dia nak tengok bola. Dan yang lelaki sudah tentu ada kenangan tengok bola, main bola ataupun cedera sebab main bola.

Aku ada satu kenangan nak kongsi bersama-sama. Masa itu tahun 2002. Piala Dunia dianjurkan di Korea Selatan dan Jepun. Rezeki aku masa itu dapat sambung belajar ke Korea. Tepat-tepat tahun 2002 pulak aku jejak kaki ke bumi Winter Sonata nie. Dengan tak sabarnya nak menikmati suasana Piala Dunia yang sejati, aku dan rakan-rakan aku pun menempahlah tiket perlawanan Perancis lawan Denmark.

Harga tiketnya taklah mahal sangat. Kami pilih Perancis sebab kebanyakan budak-budak kat sini penyokong Zidane. Lagipun semua orang nak tengok Zidane ulang skill gelecek bola yang dia selalu buat masa Piala Dunia 1998. Sebulat suara kami seramai hampir 30 orang menempah tiket game tue dan minta cuti dari cikgu bahasa Korea untuk tengok game tersebut.

Sebelum masuk stadium dengan berianya kami menghiasi wajah-wajah yang kacak dan lawa ini dengan bendera Perancis. Ada jugak yang hati kering warnakan dengan bendera Denmark. Suasana memang happening kat luar stadium. Jumpa jugaklah 3 4 orang Malaysia yang sanggup datang semata-mata nak tengok Perancis main hari tue.

Masuk stadium, perkara pertama yang aku sedar ialah taklah besar sangat saiz padang nie. Semua tak sabar nak tunggu Zidane main atau tidak. Sebab sebelum game ini Zidane cedera dan tak dapat turun. Akhirnya nampak jugak kelibat Zidane tapi dengan pehanya berbalut bandage. Nampaknya dia masih cedera tapi sebabkan Perancis kena menang game nie dia terpaksa diturunkan.

Bila game start betul-betul nampak padang stadium tue kecik sebenarnya. Bola sekejap je dah beralih dari pintu gol Perancis ke pintu gol Denmark. Dari sebelah padang Denmark ke sebelah padang Perancis. Kesian betul tengok Zidane jatuh 2, 3 kali masa kena himpit ngan defender Denmark. Sekali sekala tengok Zidane urut-urut peha dia.

Game tue Perancis kalah. Perancis tak layak ke pusingan seterusnya. Kitaorang kecewa. Untuk menebus kekecewaan tersebut, dengan tabahnya kitorang tunggu waktu semua pemain nak naik bas balik ke hotel. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Zidane dan rakan-rakan dia. Berjaya tengok Zidane depan mata tue. Member aku perempuan sorang siap dapat tandatangan Trezequet. Jeles gak la sikit-sikit.

Itulah kenangan aku yang berkaitan dengan bola sepak. Mungkin inilah kenangan paling manis buat aku. Apa kenangan anda semua? Jom kongsi sama-sama.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

5 Responses »

  1. kenangan saye plak bile dpt jumpe player msfc lg2 ahmad nazuwan…siap lepak skalik tuh. gelak ketawe skalik mmg funny rupenyer die….tak sangke la plak. ingt kan die jenis yg serius. papehal mmg tuh pengalaman tk dpt dilupekan la =P

  2. haha.salah satu lagi kenangan yang tak boleh dilupakan ialah apabila mata kiri saya dirembat dengan bola tendangan sedara yalley. pedihnya masih terasa hingga ke hari ini.

  3. Kenangan aku ialah pada masa zaman kegemilangan Selangor 1995, 1996, 1997. Masa hatrik Piala Malaysia. Zaman dato Aini Taib. Kebetulan dia ADUN kawasan sg burong. Bila menang dia bawak player turun tanjong karang. Dapatlah masatu amek gambo and sign auto dgn player2 selangor spt Azman Adnan, Talib Sulaiman, Yap Kam Choon, David Mitchell, Josip Biskic dan Mehmet Durokovic.

    Tu je la, sekadar kenangan zmn budak sekolah dlm kancah liga domestik, tak macam penulis dpt tgk game World Cup live. huahuahua….

  4. haha.tue lagi best tue…masa tue selangor gile macho.aku suka gile kat mehmet tue.mmg mantap dia.

  5. kenangan pahit saya ialah apabila pasukan korea berjaya memasuki 4gang.pahitnya masih terasa sehingga kini…sekian

Leave a Reply

Note: This post is over 7 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.