Kenangan Bola Sepak 2007
By KakiBangku • Dec 27th, 2007 • Category: Lain-LainJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Ketibaan 2008 sudah tentu dinantikan oleh peminat bola sepak dengan adanya Euro 2008 untuk sajian kita bersama. Tidak salah rasanya untuk kita bersama-sama mengimbau kembali 10 peristiwa atau memori penting yang telah berlaku sepanjang 2007 di dalam dunia bola sepak. Khas untuk peminat bola sepak terutamanya yang datang dari Malaysia, jom kita lihat apa yang telah terjadi pada tahun 2007.
1. Kegagalan England Layak Ke Euro 2008
Secara jujurnya, ini adalah wajar dikatakan sebagai peristiwa paling pahit buat penyokong setia bola sepak England. Kegagalan ini bukan sahaja memburukkan reputasi skuad England, tetapi juga memberikan kesan dari segi ekonomi. England dikatakan kehilangan sumber ekonomi bernilai 1 billion pound akibat tidak layak ke Euro 2008.
2. Kehebatan Kaka
Tahun 2007 ternyata milik pemain ini. Sudahlah memiliki isteri yang lawa, Kaka telah membolot hampir kesemua anugerah yang ada untuk pemain bola sepak buat tahun 2007. Tidak keterlaluan dikatakan tahun 2007 adalah tahun paling istimewa buat pemain yang baru berusia 24 tahun ini.
3. Pemecatan Jose Mourinho
Walaupun masih ramai pengurus-pengurus yang dipecat, namun pemecatan Mourinho ternyata memberikan impak yang kuat. Bukan sahaja pemain Chelsea yang kecewa dengan pemergian Jose, pihak media juga melahirkan rasa kesal mereka kerana Mourinho sering memberikan pihak media sesi temuramah yang menarik.
4. Perlantikan Fabio Capello
Dengan Steve Mclaren dipecat akibat kegagalan membawa England ke Euro 2008, kerusi panas tersebut telah diisi oleh pengurus berwibawa ini. Pelbagai reaksi timbul akibat perlantikan ini tetapi Capello dilihat sebagai orang yang berkemungkinan besar membawa England kembali ke zaman kegemilangan mereka.
5. Trip Manchester United Dibatalkan Ke Malaysia
Yang ini khas buat peminat bola sepak Malaysia. Ramai yang tidak sabar-sabar menantikan kelibat Cristiano Ronaldo, Rooney dan Nani beraksi di Malaysia semasa The Reds Devil mengumumkan yang mereka akan perlawanan persahabatan di Malaysia. Namun begitu akibat kekecohan yang timbul dengan AFC, trip ini dibatalkan dan ramailah peminat-peminat setia Manchester United yang kering air mata.
6. Kekecohan Buat Malaysia Football Association (FAM)
Akibat siri kegagalan skuad Harimau Malaya, pelbagai kutukan dan cacian telah dilemparkan kepada FAM. Desakan dari mereka yang masih sayang kepada bola sepak Malaysia di suratkhabar-suratkhabar utama menyaksikan akhirnya perletakan jawatan beberapa orang penting di FAM.
7. Pemindahan Fernando Torres Ke Liverpool
Apabila terbukanya ‘transfer window’ pada Ogos 2007, Liverpool telah berjaya membuat pembelian terhebat buat tahun 2007 dengan membawa Torres ke Anfield. Pemain berusia 24 tahun ini berjaya membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan 15 gol dalam 18 perlawanan buat The Reds.
8. Lahirnya BorakBola.Net
2007 merupakan tahun istimewa buat peminat bola sepak Malaysia dengan kewujudan BorakBola.Net - blog bola sepak Malaysia yang pertama. Kekurangan blog dalam Bahasa Malaysia yang membincangkan isu bola sepak memberikan idea untuk penubuhan blog ini. Semoga dengan wujudnya blog ini, diskusi tentang bola sepak antara peminat bola sepak Malaysia akan lebih meriah.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
Haha…mungkin bola sepak malaysia nie bleh berevolusi lepas kekecohan tue kot..haha
mana design baru? hehe
thn baru design baru aa
peristiwa ke 8 tu yang paling menarik..Betul tak?
@aman: macam x ada harapan je :P:P
@dk: design nie dah paling mantap.tolong watkan header kalau beran
@naem: tima kasih sudi jenguk.diariadsense mmg mantap
ok lepas abis proses memantap kan iman…
insyallah.. bleh aaa wat sepam dua design…
harus ke ada muka kakibangku yg kacak itu..