Kejayaan Pasukan Inggeris Kerana Bakat Asing?
Tags: cesc fabregas, cristiano ronaldo, english premier league, pertandingan borakbola

Artikel ini telah ditulis oleh BobbyT, seorang peminat bola yang menyokong Newcastle United untuk pertandingan anjuran BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Terbaik Anda. Anda bolehlah membaca nukilan BobbyT di http://bobbytoat.blogspot.com
Baru-baru ini, 4 pasukan Inggeris berjaya melayakkan diri ke suku akhir Champions League. Berikut adalah cabutan untuk perlawanan suku akhir pertandingan tersebut:
(Eng) Arsenal v Liverpool (Eng)
(Ita) AS Roma v Man United (Eng)
(Ger) Schalke 04 v Barcelona (Spa)
(Tur) Fenerbache v Chelsea (Eng)
Melihat senarai pasukan dalam suku akhir Champions League, jelas terbukti dominasi pasukan Inggeris dalam pertandingan Eropah. Malah daripada cabutan tersebut, berkemungkinan juga akan ada 3 pasukan Inggeris daripada 4 pasukan yang layak ke separuh akhir pertandingan berprestij tersebut! Apakah rahsia kejayaan pasukan Inggeris?
Saya berpendapat bahawa kejayaan pasukan Inggeris kebelakangan ini bukan disebabkan mereka mempunyai ramai bakat tempatan yang bagus, tetapi kerana mereka banyak membeli bakat asing yang hebat.
Fabregas di Arsenal, C. Ronaldo, Nani dan Anderson di Manchester United, F. Torres, Xabi Alonso dan Mascherano di Liverpool dan M. Essien, Kalou, Ballack di Chelsea.
Pasukan-pasukan Inggeris yang besar sanggup melaburkan wang berjuta-juta pound untuk membeli pemain-pemain asing kerana cara ini lebih pantas untuk mencapai kejayaan berbanding melatih bakat tempatan di akademi sendiri. Lebih-lebih lagi, dalam 5 tahun kebelakangan ini, tiada bakat tempatan yang betul-betul bertaraf dunia, dan jikalau ada 2 atau 3 pemuda sebegitupun, mereka tidak tertumpu di satu kawasan tertentu dan sudah tentu tiada kelab besar yang sanggup menggadaikan nasib kelab dengan bergantung kepada seorang pemain muda yang tidak terbukti keupayaannya.
Jikalau anda prihatin, perasankah anda, kumpulan terakhir pemain-pemain belia Inggeris yang bertaraf dunia? Jika jawapan anda berkaitan dengan David Beckham, maka anda telah salah.Kumpulan pemain Inggeris belia bertaraf dunia terakhir muncul di akademi kelab West Ham United lebih kurang pada tahun 2000.
Antara pemain yang lebih dikenali daripada kumpulan tersebut adalah Rio Ferdinand (MU), Joe Cole (Chelsea), Michael Carrick (MU), Glen Johnson (bekas pemain Chelsea) dan Frank Lampard (Chelsea). Tidakkah kumpulan ini serupa dengan kumpulan Fergie’s Fledging tahun 90-an yang terdiri daripada Gary Neville, Phil Neville, David Beckham, Nicky Butt dan Paul Scholes?
Kalau berdasarkan sejarah, mungkinkah satu lagi kumpulan pemain Inggeris belia berbakat akan muncul tidak lama lagi? Mungkin pada tahun 2010? Namun, sepertimana yang dapat dilihat di kelab West Ham United, tiada gunanya menghasilkan pemain-pemain belia bertaraf dunia jikalau kelab tidak mempunyai kestabilan dari segi kewangan untuk menyimpan dan menggunakan pemain-pemain tersebut. Mereka hanya akan dibeli terus oleh kelab-kelab yang lebih kaya.
Walaupun Liga Inggeris sekarang agak menarik jugak dapat menyaksikan aksi Cristiano Ronaldo, through pass Fabregas dan hantaran jauh Xabi Alonso, namun tidakkah anda berminat menyaksikan sekumpulan pemain muda Inggeris menggerunkan pihak lawan dalam liga Inggeris dan pertandingan Eropah?
Seboleh-bolehnya kumpulan itu boleh dihasilkan di akademi kelab yang lebih kaya seperti Chelsea, Manchester United, Manchester City, Arsenal, Liverpool ataupun Everton! Pemain-pemain muda akan lebih cepat meningkatkan keupayaan masing-masing jika mereka dapat berinteraksi bersama-sama pemain belia lain dan bersaing antara satu sama lain. Marilah, kita tunggu sama-sama, jikalau ada rezeki, mungkin akan ada kumpulan pemain belia yang akan membuat liga Inggeris lebih menarik lagi dalam setahun dua lagi.
Artikel ini telah ditulis oleh BobbyT, seorang peminat bola yang menyokong Newcastle United untuk pertandingan anjuran BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Terbaik Anda. Anda bolehlah membaca nukilan BobbyT di http://bobbytoat.blogspot.com





2 Comments, Comment or Ping
aran
aku rasa kelab2 mid tablers lebih realistik untuk menghasilkan pemain2 england-based yg berbakat kerana the top 5 liga sekarang lebih melihat kepada pulangan jln singkat dgn pembelian2 bakat2 besar dari luar…
tapi apapun, tak kisahlah, janji kita seronok tgk dan puas ati!
Apr 1st, 2008
BobbyT
yup betul, I harap Cristiano Ronaldo akan dapat anugerah pemain terbaik dunia dan anugerah pemain terbaik Eropah akan datang!
Apr 2nd, 2008
Reply to “Kejayaan Pasukan Inggeris Kerana Bakat Asing?”