Kebangkitan AC Milan

By Tristan • Jan 16th, 2008 • Category: Liga Itali

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

ac milan rise again

Milan menyenaraikan ketiga-tiga bintang Brazil mereka. Kaka (Pemain Terbaik Dunia), Ronaldo (Bekas Pemain Terbaik Dunia) dan Pato (Bakal Pemain Terbaik Dunia?) diletakkan dalam kesebelasan utama semasa bertemu pasukan Campania yang baru dibentuk semula ini. Kemenangan 5-2 ke atas Napoli menjadi tanda-tanda awal kebangkitan Milan musim ini.Stadio Giuseppe Meazza gempita semasa Pato melangkah ke padang. Sambutan penonton untuk pemain ini diiktiraf sebagai yang kedua meriah dalam sejarah kelab tersebut. Sambutan paling meriah tentunya untuk Kaka, yang membuat penampilan sulung di Ancona beberapa tahun lepas. Walaupun baru setahun jagung (tak sempat ditinkan), Pato nyata punya mentaliti pemain professional dengan menyumbat gol kelima Milan. Teknik yang tinggi dan penuh tenang menolak bola ke gawang.

Permainan pertama Pato mengaburi persembahan dua lagi bintang Brazil Milan. Kaka (siapa tak kenal Kaka) yang merupakan antara pemian paling konsisten untuk Milan sepanjang musim ini menamatkan permainan dengan 1 gol. Ronaldo pula, yang menamatkan permainan dengan dua gol, mengakui yang 6 bulan yang terakhir ini merupakan saat yang paling mengecewakan baginya. Dengan gol-gol ini, dia berharap ini akan menjadi permulaan yang baru bagi dirinya.

Mampukah trio KaPaRo ini menjadi sebaik GreNoLi? Mungkinkah mereka mampu mengatasi kehebatan VanGuRi? Pastinya Carlo Ancelotti tidak mahu memberikan tekanan yang besar kepada bintang-bintangnya, tekanan kini nampaknya milik The Gunners yang akan bertemu Milan dalam persaingan Liga Juara-Juara.

Hmmm… nampaknya pemain paling penting Milan masih lagi Andrea Pirlo dan Paolo Maldini.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , , , , ,

Tristan ialah seorang penyokong setia kelab Arsenal kerana 'beautiful football' yang digunakan dalam corak permainan mereka. Paling membenci apa-apa yang berkaitan dengan Manchester United.
Email this author | All posts by Tristan

4 Responses »

  1. pato punya gol.mmg marvelous.mmg power betul mamat nie nanti.

  2. kami sedia bertemu aC milan..bro jom exchange link!! :wink:

  3. dah letak dah bro.thanks for the visit.jemput la datang kembali

  4. rasanya arsenal kalah kot hehe

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.