Kanoute, Contoh Pemain Islam Terbaik

By KakiBangku • Dec 31st, 2007 • Category: Wajib Baca

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

kanoute.jpg

Kanoute dikatakan telah mengeluarkan wang sebanyak 510,860 euros untuk menyelamatkan satu-satunya masjid di Sevilla. Masjid tersebut dikatakan terpaksa dijual apabila kontrak dengan persatuan Islam tempatan di Sevilla tamat. Namun begitu, Kanoute telah membuat satu langkah yang mengkagumkan dengan membeli terus masjid tersebut daripada majlis daerah Sevilla.

Yang lebih mengkagumkan ialah apabila diminta membuat komen mengenai hal ini, Kanoute tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengiakan pembelian masjid tersebut. Ternyata Kanoute mengamalkan sikap tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu. Ternyata sangat berbeza dengan perangai pemain bola sepak negara lain yang kecoh satu kampung sedangkan buat kerja amalnya seciput sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Kanoute telah memeluk Islam 10 tahun yang lepas. Semasa bulan Ramadhan yang lepas, ramai penyokong-penyokong Liga Sepanyol kagum dengan kehebatan Kanoute yang beraksi gagah sambil berpuasa. Malah pada musim yang lalu, Kanoute telah berjaya menjaringkan 20 gol. Ternyata puasa bukanlah satu halangan buat pemain Sevilla ini.

Dikatakan juga yang Kanoute tidak pernah mengabaikan sembahyangnya. Dia dilihat sering bersembahyang walaupun di bilik persalinan sebelum atau selepas sebuah perlawanan. Malah pernah timbul kekecohan apabila Kanoute tidak mahu memakai jersi Sevilla kerana mempunyai sponsor syarikat perjudian pada baju tersebut.

Siapakah lagi pemain bola sepak yang beragama Islam? Yang saya tahu antaranya ialah Zidane, Kolo Toure dan Nicolas Anelka. Jom kongsi bersama-sama di BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Anda.

P/S: Yang beragama Islam di Malaysia tue tak payah pun takperlah kot. Bukannya mengamalkan gaya hidup Islam pun diorang tue.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

5 Responses »

  1. perghhh kanoute.. cmne nk pronouce? kanot? kang slh lg kang nina dgn nani..
    eh web ni ada aktiveX sekali ke? hehe

  2. x kira ari ni mood baik komen…
    bro..good aa website ni…
    xde spam..or iklan2 yg mendengilkn…
    sgt best..

  3. Frank Ribery pun muslim juga kan? tatau plak kanoute nih pun muslim…

  4. aah.frank ribery islam.lupa laks.mamat tue pun tengah mengganas kat bayern.ish2.ramai pemain france yang islam sebenarnya.

  5. van persee juga menganut agama islam…

Leave a Reply

Note: This post is over 7 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.