Jose Mourinho To Enter Management At Inter?

Tags: , , , ,

jose mourinho

Jose Mourinho, bekas jurulatih Chelsea dilihat telah berada di bandar Milan baru-baru ini. Adakah “The Special One” ini akan kembali berentap semula di medan pengurusan bola sepak?

Dikatakan yang Mourinho berada di situ untuk membincangkan kontrak pengurusan dengan pihak Inter Milan. Pengurus Inter Milan sekarang ialah Roberto Mancini yang telah meletakkan jawatan selepas kekalahan kepada Liverpool dalam Champions League tetapi menarik semua perletakan jawatan itu sehari selepasnya.

Nampaknya tidak lama lagi Jose Mourinho akan beraksi semula. Dengan Itali menjadi destinasi sentuhan ajaibnya, mungkinkah Inter Milan juga akan menjadi seperti pasukan Chelsea dahulu? Effektif dalam mencari kemenangan dengan corak permainan yang kurang menarik.

Kalau benar Jose mengurus di Itali, nampaknya pasukan-pasukan England terpaksa berhati-hati di dalam Champions League. Sudah tentu Jose akan membalas dendam kegagalannya untuk memenangi piala berprestij ini semasa zamannya di Chelsea.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kedatangan semua The Special One ini dalam dunia bola sepak.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

2 Comments, Comment or Ping

  1. walaupun aku suke gile orang2 dalam chelsea, game langsung tak best. Macam HARAM.

  2. i think Mourinho is more suitable for AC Milan

Reply to “Jose Mourinho To Enter Management At Inter?”

Note: This post is over a month old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.