
Sering kali apabila berbicara mengenai bola sepak Malaysia, hanya kutukan, cacian dan hinaan sahaja yang terkeluar dari peminat-peminat. Walaupun itu menunjukkan masih ada mereka yang menyayangi bola sepak tempatan, terutamanya pasukan kebangsaan, pada pendapat saya, janganlah kita hanya tahu mengutuk sahaja. Kita harus bersama-sama fikirkan apa jalan penyelesaian yang harus diambil untuk meningkatkan lagi mutu bola sepak negara kita. Di bawah adalah beberapa cadangan saya sendiri:-
1. Main bola. Rakyat negara kita memang gila bola. Sayangnya kita gila ‘tengok bola’ bukannya gila ‘main bola’. Kita gila baca berita bola, tahu nama pemain, tahu siapa yang cedera, hujung minggu lepak kedai mamak tengok bola sambil jerit-jerit dengan kawan-kawan. Bila ditanya pasal pemain ini, kita boleh cerita 2-3 jam tak henti pasal dia tetapi sayangnya bila member ajak main bola kat padang, kita akan jawap ‘penatlah’, ‘kasut boot aku tak basuh lagi’ dan ’stokin aku busuk ah’. Jom kurangkan ‘tengok bola’ tapi banyakkan ‘main bola’.
2. Tukar mentaliti kita, terutamanya bila kita jadi ibu bapa nanti. Sekarang ini rakyat Malaysia melihat profession main bola ini sebagai profession yang tak menjamin masa depan. Gaji ciput, waktu karier pun singkat, selalu injured, tak pasti dapat main kebangsaan dan macam-macam masalah lagi. Kalau mak bapak sendiri tak galakkan anak mereka bermain bola, sampai bila pun kita tak akan maju. Pernah terfikir mana menghilang kawan-kawan kita masa sekolah yang hebat gila main bola? Diorang semuanya pun sambung belajar ke universiti-universiti sebab mak bapak diorang taknak diorang main bola. Akibatnya yang main bola sekarang adalah pemain-pemain yang kurang bijak dari segi pembelajarannya.
3. Kaji penukaran dari pemain junior ke skuad senior kebangsaan. Bagi saya ini masalah utama Malaysia. Skuad senior negara tak pernah berjaya ‘perform’ tetapi yang misterinya skuad junior kita (under 12, under 17, under 19) kesemuanya mempunyai rekod yang cemerlang dalam pertandingan dunia. Sekurang-kurangnya tak adalah kena belasah macam skuad senior. Yang bertambah misterinya, kenapa jarang benar pemain-pemain junior ini berjaya tembus masuk ke skuad senior? Masalah ini perlu kajian yang mendalam. Cukuplah kita bergantung kepada pemain-pemain yang sekali tengok pun kita dah tahu tak ada ‘passion’ untuk mewakili negara. Apa salahnya bagi darah muda untuk cuba menaikkan nama bola sepak negara kembali.
4. Rombakan terhadap Liga Bola Sepak Malaysia. Ini pun penting juga dilakukan. Kenapa Liga kita gagal membawa pemain-pemain asing yang popular untuk bermain bersama? Pernah terfikir kenapa pemain negara kita ‘passing’, tahan dan rembat bola pun macam tak pandai? Sebabnya kita tak dapat belajar dari pemain luar yang ada kecekapan ini(dan juga sebab-sebab lain). Liga Malaysia sekarang dipenuhi dengan ‘nigger’ dari Zimbabwe, Nigeria dan Congo tapi mereka ini pun bukannya ‘pandai’ sangat main bola. Pemain-pemain import ini adalah ‘3rd rate player’ dan datang Malaysia untuk menikmati gaji banyak sedangkan main bola pun ala kadar sahaja. Akibatnya pemain tempatan gagal mendapat ’skill-skill’ yang sepatutnya boleh diterima dari pemain-pemain import ini.
5. Kaji semula Malaysia Football Association. Bab ini malas nak cakap, rasanya semua orang pun dah tahu. Kaji, rombak, dan kalau boleh buatlah organisasi FAM ini dari kosong semula. Senang cerita, buat FAM yang baru demi untuk kebaikan bola sepak Malaysia bersama.
Majulah Bola Sepak untuk Malaysia.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: blog bola sepak, malaysia football association, malaysia football blog, malaysia football team, malaysia under 23 football team, sea games 2007

November 27th, 2007 at 10:47 am
tak pastilah aku samada cacian dan makian terhadap bola sepak malaysia itu bagus atau tidak.
Tapi apa yang aku saksikan dalam tempoh 10 – 15 tahun kebelakangan ini sejak 1988 (last dpt pingat emas sukan sea..kalau tak silap).
Setiap kali lepas skuad kebangsaan menyertai sesuatu kejohan…apabila balik awal akibat kekalahan samada memalukan atau tidak…kemudian kita akan lihat banyak akhbar-akhbar, siaran-siaran tv & radio yang sibuk mengutarakan topik mengenai imej pasukan kebangsaan…
Dari dulu bila kalah jerk..topik dibicarakan..kita mesti utamakan pembangunan akar umbi…pembagunan dari bangku sekolah…tapi sekarang dah 2007…adakah dari dulu sampai sekarang..baru nak start sekarang buat pembangunan akar umbi…mana pembangunan akar umbi 10 – 15 tahun yang lalu…
November 27th, 2007 at 11:56 am
itu yang jadi misterinya..dari dulu lagi pembangunan akar umbi dikatakan dah dijalankan.tapi hasilnya satu pun takder nampak lagi.lagi satu pada pendapat saya ialah gaji pemain bola ini perlu dinaikkan lagi.barulah kiranya ramai rakyat malaysia berebut nak main bola.profesion yg menawarkan gaji menarik
November 27th, 2007 at 12:00 pm
ok please send full memo to my desk about this matter ASAP…
November 27th, 2007 at 3:21 pm
Satu cadangan
kalau player kat malaysia mau naik, depa musti mempunyai cap exp. skuad kebangsaan, pastu naik kan gaji atau rate mereka..
contohnya
1 – 20 cap = 5% setahun
21 – 45 cap = 7% setahun…dan selanjutnya
lebih kurang gitu ler…
tapi jangan la setakat tangkap muat jer dlm skuad kebangsaan tu.
pastu kalau menang kejuaraan di dalam sesuatu kejohanan antarabangsa, dapat bonus ker?
atau ada cadangan lain yang lebih baik, untuk meningkatkan motivasi player dan rakyat malaysia utk terlibat dlm sukan bola sepak ni.
November 27th, 2007 at 3:26 pm
menarik gak cadangan sedara freekick tue. cadangan saya ialah beranikan diri ambil pemain pemain muda yang beraksi kat kelab kelab malaysia. macam sekarang ini dah bagus dah. jurulatih baru byk amik player under 23. jangan harap sangat kat kuda kuda tua tue. alang alang kita bina team untuk masa depan. target at least layak ke semi untuk sukan sea nanti pun dah ok dah
November 27th, 2007 at 3:27 pm
lagi satu player oversea kita sorang dulu. TITUS. apa cerita ek dia.takkanlah tak cukup bagus untuk main wakil malaysia. panggil dia balik main kat liga malaysia.senang skit nak training kebangsaan nanti
November 27th, 2007 at 3:31 pm
pasal TITUS JAMES ni…
aku ada jumpa mamat ni kat padang, waktu dia bercuti, time tu aku tak ingat kiter tengah prepare utk kejohanan mana?
tapi aku nengok mamat ni, badan dier lih tahan mantap gak, agak besar dan tegap, berbanding dier dulu ketika kecik…kurus dan panjang jerk….tapi aku tak tau, apa perkembangan dier ni, FAM pun kena pantau dier ni…kene tau apa perkembangan dier…ni aku tengok diam jerk…tau-tau jer sok…dier dah berenti main bola dan trus menetap dan berkeluarga di sana…
baru padan muka…..habis mua pelaburan…
November 27th, 2007 at 4:06 pm
wah, dapat tgk live titus tue.teringin gak sebenarnya nak jumpa dia.ada sekali tue dia kena panggil untuk pemilihan skuad kebangsaan tapi akhirnya tak terpilih sebab dikatakan tak bersedia lagi.mungkinkah dia tak cukup hebat ataupun terlebih hebat untuk skuad negara kita?
November 27th, 2007 at 4:09 pm
ermmm…..time tu dier sedang berlatih sorang2 kt Padang KILAT
November 27th, 2007 at 4:33 pm
banyak sebenarnya isu yang boleh dibangkitkan mengenai benda ni tapi mostly yang aku nampak isu politik dalam FAM sebelum ni.
November 28th, 2007 at 12:56 pm
yup, kalau tunjang utama agak hancur, maka yang bawah pun hancur gak ler.contohnya cam england baru baru ini.fa england salah appoint manager so england pun x layak
December 10th, 2007 at 2:18 pm
saya cadangkan FAM duduk semeja dengan AFC supaya
kita ikut macam eropah!setiap anggota AFC tidak dikira
import…tetapi sebagai perpindahan biasa
December 23rd, 2007 at 9:47 am
slagi sultan tue dok atas…lagu tue la bola sepak kita nih..mana nak naik…dia dok lantik kroni kroni dia isi jawatan…habis macam mana org yang betul betul minat nak latih skuad melaysia mau buat..ini tak boleh itu tak boleh…nak ikut selera dia ja…cosh pun fedup jugak..huhu
cuba tengok apa itu si raja ahmad zainudin tue..hari memang dah luncut dah jawatan besar dia..tapi si sultan nih lak ambik dia balik jadi apa ntah…muahaha..ada harapan mau naik ka skuad malaysia…tunggu la si otai no 1 negara tue kiot dulu baru ada harapan kot dengan syarat yang ganti pun bukan jenis spesis dia..huhu
December 23rd, 2007 at 4:05 pm
walaupun kata kata sedara budin agak pedas.tapi sebenarnya itulah kenyataan pahit yang harus ditelan jua.hehe.skema laks.selagi tak ubah part tue, selagi tuelah bola sepak malaysia akan di takuk lama
January 1st, 2008 at 12:16 am
budin tu nama aku zaman2 sekolah..sebelum aku ubahkan jd din je… ish budin aku sokong ko..
cadangan cap tu menarik..
plus tukarkan jurulatih yg lebih bijak…
bawa training ke luar…
biasakan dgn cuaca oversea…
biasakan latihan asas.. seperti larian, passing, corner, panalti…
ni asas pun mcm apa.. nk wat skills.. chaits..
titus tu aku rasa dia nk duit…baru nk tlg..huh
February 15th, 2008 at 6:02 pm
knape bola sepak negara jd mcm ni?sbb nye mudah…POLITIK….bila bola pn dipolitikkan…inilah akibatnya..x caya?sapa yg pegang jawatan dlm FAM?Org2 atas ni biasa nye rapat dgn org politik w’pn depa x msk politik…seme bende, dr sekecik2 perkara smpi la ke sebsr2 perkara…seme nk dipolitik kn….korang boleh tgk sendiri, bdn2 bola sepak negara luar?sape terajunya?
February 21st, 2008 at 11:26 pm
aku pun sebenarnya dah lm terpikir mcm si salakriver tu..setiap ahli afc ltk je perpindahan biasa bukannya kategori import untuk pemain2 dari asia ni. Ni susahla asal negara lain sikit import. Tgk eropah, mereka boleh maju sbb tiada sekatan antara mereka untuk bermain dengan mn2 pasukan selagi team tu dok dlm likungan eropah, baru ada persaingan dikalangan pemain. ada persaingan adala peningkatan. tapi mslhnya ada ke pemain2 handal asia lain nak main ngan malay?
satu lagi dari segi pemilihan pemain tak kira la pemain utk team negeri @ team FAM (sbb jersi team negara kita logo FAM bukan logo malaysia). pemilihan pemain ken atelus bukannya sbb kroni. aku ada pengalaman pasal ni. asal je abang dia bks pemain negeri, habis suma adik beradik, sepupu sepapat boleh main bola ngan team negeri walaupun main agak hampes ya amat je.. orang lain lagi terer. team negara pun sama, asyik2 muka sama je, kalah piala asia pun mereka, piala tiger pun mereka. pastu selagi pemain2 team negara tidak kikiskan rasa ego, megah, rasa hebat, rasa mrk hensem tak ingat selagi tu lah kehampesan akan terus menghantui dunia bolasepak kita selamanya. asal hensem sikit je gosip ngan artis, masuk majalah mangga la..URTV la (ada lagi ke URTV)..sekian dr hamba. kesian pd kakibangku, mngkin cita2nya nk tgk malay main di world cup makin skr nak gapai…
April 1st, 2008 at 3:36 pm
hmm….kalau ambil jurulatih luar…pastu hentikan beli pemain import….biarpon jurulatih luar mahal,sekurang2nya boleh memberi tunjuk ajar kepada pemain tempatan ye tak ?
-saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan…..
October 20th, 2008 at 11:30 pm
x setuju musim depan xde pemain import….negara kuasa bola sepak dunia macam Brazil,Perancis Jerman, Itali pun pakai pemain import…..kalau ye pun nak tingkatkan prestasi bola sepak negara, pd pendapat saya laa….haramkan pemain impot hanya bagi posisi penyerang….mungkin ngan cara nie finishing skuad negara akan lebih meningkat….tapi kalau pasal pemain import diharamkan terus nie memang x boleh diterima akal….sekian
October 20th, 2008 at 11:37 pm
kepada penbiru88, contoh terbaru pasukan Kelantan….coach dia Peter Butler….tapi kita tengok la dulu samada langkah nie berkesan ke x….apa2 pun semuanya bergantung kpd komitmen para pemain gak…..pemain kena pandai kekalkan prestasi & tingkatkan prestasi….sekian
February 7th, 2010 at 7:17 pm