Heroes dan Bola Sepak

By KakiBangku • Nov 21st, 2007 • Category: Lain-Lain

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Baru habis tengok siri drama ‘Heroes’ musim ke 2 episod 9. Wow, memang menarik. Terasa kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Indah betul zaman budak-budak. Dengan kartun X-Mennya, Kickers dan macam-macam lagi. Heroes ini boleh dikatakan membawa aku kembali semula ke zaman budak-budak dulu.

Tapi apa kaitan Heroes dengan bola sepak? Mesti anda semua tertanya-tanyakan? Takkanlah ada pelakon Heroes yang sebenarnya main bola sepak(macam salah seorang penyanyi Westlife yang sebenarnya boleh main untuk Ireland). Sebenarnya yang nak dikaitkan di sini ialah apa akan terjadi kalau kuasa yang ada pada ‘Heroes’ ini digunakan oleh pemain-pemain bola sepak.

Kuasa Claire dan kuasa Takezo Kensei sebenarnya bagi aku paling menarik. Boleh elokkan semua penyakit, kecederaan, patah tulang dan yang terbaru boleh hidupkan orang. Wow, terkesima jugak aku. Kuasa ‘regenaration’ ini paling sesuai untuk Michael Owen dan Wayne Rooney. 2 orang ini tak habis-habis ditimpa kecederaan. Badan diorang dibuat dari plastik agaknya. Dengan adanya kuasa Claire bolehlah guna darah Claire untuk terus baikkan pemain-pemain bola yang asyik cedera. Tak perlu nak tunggu 3-4 bulan. Memang mengkagumkan atau ‘marvellous’.

Kuasa terbang-terbang West pula paling sesuai untuk penjaga gol. Penjaga gol yang dimaksudkan tak lain tak bukan ialah Paul Robinson. Sebenarnya untuk Paul Robinson, kuasa terbang sahaja mungkin tak mencukupi. Mungkin dia juga perlukan kuasa Hiro Nakamura untuk berhentikan masa, nak bajet bola yang disepak tengah pergi ke arah mana. Lepas itu barulah dengan mudahnya dia boleh ‘dive’ untuk tangkap bola tersebut.

Untuk pemain-pemain pertahanan pulak, kuasa Matt Parkman yang boleh baca minda orang aku rasa paling sesuai. Kalau dalam episod 9, kuasa Parkman dah di’upgrade’ sampai boleh kawal pemikiran orang lain. Kuasa ini kalau digunakan dengan betul oleh pemain pertahanan memang hasilnya ialah ‘clean sheet’ setiap pertahanan. Bayangkan kau boleh ‘control’ minda penyerang lawan dengan suruh dia tendang bola tue atas palang. Takpun kau boleh suruh dia jangan tendang bola bila depan gol, sebaliknya suruh ‘passing’ bola kepada kau. Tapi kalau digunakan secara berlebihan boleh pulak menimbulkan syak wasangka jadi kenalah tak melampau sangat.

Heroes sebenarnya adalah salah satu siri drama yang menarik bagi aku. Harap-harap pemain bola di Malaysia tengoklah siri Heroes ini, dan doa-doalah agar ada satu kemalangan yang menimpa diorang menyebabkan dapat salah satu kuasa Heroes. Dengan cara ini sahaja barulah pasukan bola Malaysia boleh maju balik.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

9 Responses »

  1. Heroes pun yang menelamatkan dunia Jack Bauer jugak

  2. arghhh…nih dh masuk dunie fantasi. tp best gak kekadang befantasi camnih kan? .syok2

  3. xyah ade kuase cam heroes..satu team cam shaolin soccer da memadai :P

  4. hahaha.kita ikut peredaran zaman.skang nie zaman heroes lak.

  5. warrghhhkah!kah!kah! kelakar jugak kau nih…

  6. thanks bro

  7. saje nk baca post2 lame…kekkeke!tp cam siot je ko kaitkan heroes dgn player bola sepak..hahaha!!kalo mcm2 jadi nya…xfun langsung bola sepak…shao lin soccer pon kalah!!kekekeke :grin:

  8. haha.saja je masa nie tgh kering idea.so terpikir nak menulis pasal nie.lagipun mmg layan heroes.hehe

  9. tah..aku pon x sabar tunggu season 3 ni!!ari tu tergantung kt season 2 episod 11 je kan???huhu
    btw….aku nk suggest manager tok team soccer Heroes ni…kita mntak DR Suresh jadi manager je!xtau lak dia power ke x dlm bab bab taktikal ni kan??kekeke

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.