Tidak dinafikan Liverpool sekarang ini mempunyai ramai pemain-pemain bintang yang amat terkenal seperti Torres, Alonso, Gerrard , Carragher dan Reina. Pasukan ini amat cemerlang sekali dalam Liga Perdana. Jika kita lihat carta kedudukan Liga Perdana, Liverpool berada ditangga ke-6 dengan 5 kali menang dan 5 kali seri(Liverpool masih kekurangan satu perlawanan). Setakat ini, pasukan ini dan Arsenal tidak pernah tewas dalam perlawanan liga setakat ini. Tetapi apa yang amat merunsingkan penulis, mengapa pasukan ini kelihatan lemah longlai dan tidak bermaya dalam Liga Juara-Juara Eropah?
Adakah disebabkan “rotation policy” oleh pengurus pasukan, Benitez yang menjadi faktor utama kemerosotan mutu permainan pasukan ini? Ataupun faktor kecederaan pemain-pemain utama mereka(Agger,Alonso,Torres,Mascherano)? Jika kita lihat kedudukan dalam Kumpulan A, Liverpool menduduki tangga terbawah sekali. Kumpulan ini diterajui oleh Marseille, kemudian FC Porto dan Besiktas. Setakat 3 perlawanan yang telah berlangsung, Liverpool hanya mampu mencatat satu seri dan 2 kekalahan. Dengan baki 3 perlawanan lagi, amat sukar bagi Liverpool untuk mara ke pusingan berikutnya.
Bagi penulis, memang amat sukar untuk Liverpool layak ke pusingan berikutnya kecuali mereka memenangi kesemua baki perlawanan. Mereka sekarag ini berada dalam keadaan tidak stabil disampingi dengan kecederaan terbaru Torres, Alonso, Agger dan Mascherano. Adakah Liverpool mampu membuat satu keajaiban seperti musim-musim lalu dalam Liga-Liga Juara Eropah? Adakah jika kesemua pemain-pemain utama mereka kembali sihat 100%, mereka mampu menetapi ramalan awal dimana mereka layak untuk ke pusingan seterusnya? Pemain-pemain Liverpool sepatutnya sedar akan situasi ini,dan mereka perlu bangkit dari kekalahan dan lamunan untuk mencipta kemenangan yang mereka hajati.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
Tags: champions league, liverpool, the reds

November 2nd, 2007 at 6:58 am
tak yah risaulah , aku confident liverpool akan tetap layak ke pusingan ke-2
November 2nd, 2007 at 3:59 pm
Game CL liverpool yang tinggal – HOME ( lawan Porto, Besiktas) AWay (marseille). Currently di bawah table dengan 1 mata. Kena menang semua game baru layak. Kalau tak.paling koman pun dapatlah masuk UEFA cup
November 6th, 2007 at 8:21 am
xde yg sukar utk liverpool utk mara..tp dgn tidak menurunkan si tua nyanyuk hyppia
November 6th, 2007 at 7:12 pm
haha btol tue ayut.tp liverpool kena mng aa match minggu nie.kalu kalah mmg sukar gile aa nak layak
November 7th, 2007 at 1:39 am
kire nyer cam msfc jgn turunkn nazuwan la br leh mng??=P
November 7th, 2007 at 6:52 am
8-0 dia belasah..garangnya liverpool..2 games more untuk menentukan kelayakan
November 7th, 2007 at 11:25 pm
“u’ll never walk alone”
November 9th, 2007 at 7:12 am
next 2 game need to win kalau nak layak.mampukah?