10 Permata Masa Depan

By BangkuSimpanan • Nov 28th, 2007 • Category: Lain-Lain, Liga England, Liga Itali, Liga Sepanyol, Profile Pemain

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Baru-baru ini penulis ader terbaca dalam majalah sepak mengenai 50 pemain muda yang akan menyinar dalam kancah bola sepak pada masa hadapan. Penulis mencari-cari nama pemain muda bola sepak Malaysia, tapi gagal untuk menemuinya. Haha memang takkan adenyer la pemain Malaysia dalam senarai tersebut. Rata-rata pemain yang tersenarai adalah dari negara Argentina dan Brazil. Hari ini penulis mahu menulis mengenai 10 pemain sahaja. Yang baki tue, kalau penulis rajin, akan disambung nanti. Mari kita lihat sepuluh pemain muda yang akan menyinar pada masa akan datang. Jom….

1. Nama : Giovani Dos Santos(11.05.89) , Barcelona(SPA);Mexico

- Pemain ini adalah pemain yang paling pantas dalam lari jarak pendek dalam pasukan Barca(gile aaa). Kalu main dalam FM 08 pun player nie memang mantap dengan dribbling ability dan speed yang tinggi.

2. Nama : Sergio Aguero(02.06.88), Atletico Madrid(SPA);Argentina

- Dengan yuran perpindahan sebanyak 17 million, tetapi Aguero mengalami musim yang mengecewakan pada tahun 2006 dan awal 2007. Tahun ini setelah pemergian Torres ke Liverpool , pemain ini sudah mula menunjukkan taringnya bersama partner striker, Forlan. Aguero telah menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan.

3. Nama : Karim Benzema(17.12.87) , Lyon(FRA);France

- Pengurus Lyon, Alain Perrin membuat keputusan yang bijak apabila meletakkan homegrown striker, Benzema, sebagai striker utama dan sebagai pusat untuk serangan. Benzema telah menjaringkan sebanyak 10 gol dalam 10 perlawanan. Amat tajam sekali penyudah beliau mcm dalam FM 08 la plak.

4. Nama : Dumitru Copil(14.03.90), Hearts(SCO);Romania

- Pemain ini digelar sebagai the next Gheorge Hagi oleh peminat-peminat bolasepak Romania dan jurulatih pasukan Hearts. Tidak seperti ahli keluarga yang lain, mempunyai talent dalam arena musikal, tetapi Copil mempunyai talent dan skill dalam melakukan tricks dan feint untuk memperdayakan pertahanan lawan.

5. Nama : Lorenzo De Silvestri(23.05.88), Lazio(ITA);Italy

- De Silvestri seorang right-back adalah produk bintang terbaru dalam pasukan Lazio. Silvestri bukan sahaja mempunyai bakat dalam bolasepak malah mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Memang bijak gak mamat nie. Real Madrid dan Arsenal telah membuat enquiry pasal pemain ini.

6. Nama : Kerlon(27.01.88), Cruzeiro(BRA);Brazil

- Pemain ini amat terkenal dengan skill dribble menggunakan kepala sewaktu dalam perlawanan. Skill ini dinamakan “seal dribble”. Kerlon merupakan penjaring terbanyak dalm South American U-17 Champioship.Yang menjadi persoalannya mampu pemain ini untuk bermain dalam pasukan senior ataupun hanya mampu keluar di Youtube sahaja.

7. Nama : Fran Merida(04.03.90), Arsenal(ENG);Spain

- Fabregas bukanlah satu-satunya pemain yang disambar oleh Arsenal dari Barcelona. Pemain ini telah disambar oleh Arsene Wenger pada tahun 2006 lagi. Merida merupakan seorang pemain midfield yang pintar dan mampu untuk menjaringkan gol denga menggunakan kaki kiri ataupun kanan. Merida juga membantu Spain untuk muncul naib juara pada U-17 World Cup.

8. Nama : Nikolay Mihaylov(28.06.88), Liverpool[Twente Enschede on loan](HOL);Bulgaria

- Jika dilihat sejarah keluarga, datuk Mihaylov,Bisser, bermain sebagai GK untuk pasukan Levski Sofia, manakala bapanya, Borislav mencipta rekod untuk Bulgarai dengan mempunyai cap sebanyak 105 perlawanan dan bermain untuk Bulgaria dalam World Cup 1994(Bulgaria berjaya ke peringkat separuh akhir). Bapak borek anak rintik.isk2

9. Nama : Ivan Rakitic(10.03.88), Schalke(GER);Croatia

- Ivan Rakitic memilih untuk bermain dengan Croatia dari bermain untuk Swiss. Baru2 ini , Rakitic berjaya membantu Croatia untuk layak ke EURO 2008 dibawah pimpinan Slaven Bilic(padan muka England). Pernah dinamakan sebagai Switzerland’s Young Player of 06/07 dan pernah menarik minat pasukan seperti Barcelona dan Milan tetapi akhirnya memilih pasukan Schalke. Nantikan kelibat Rakitic dalam EURO 08 ni.

10. Nama : Anderson(13.04.88), Man United(ENG);Brazil

- Pemain ini memang tidak asing lagi untuk peminat2 pasukan Red Devils. Seorang pemain kaki kiri attacking-mid yang mempunyai skill yang tinggi untuk dribble dan ketepatan untuk passing. Man United telah menghabiskan sebanyak 10.7 million untuk pemain ini sahaja. Adakah pembelian ini berbaloi?Marilah kita sama2 nantikan.

11. Nama : Kucing(??.??.84), MSFC(KOR);Malaysia

- Kucing memang tidak asing lagi dalam game DOTA.Setiap kali bermain beliau pasti mampu membuat owning dan killing spree walaupun bermain dengan sebelah tangan…opssss..salah blog la plak…haha(sila abaikan pemain yang ke sebelas ini ye.penulis dah weng dah pagi2 nie..sorry ek cing…)

Adakah semua pemain yang penulis senaraikan diatas(yang no 11 tue leh abaikan) mampu mencipta nama pada masa hadapan?Harap2 ader la judak pemain Malaysia yang mempunyai talent seperti dak2 kat atas nie ek.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , ,

BangkuSimpanan ialah seorang yang lagi hensem dari saudara Nazuwan dan sekarang masih menuntut di Korea University Tahun 3, Computer and Telecommunications Engineering.
Email this author | All posts by BangkuSimpanan

8 Responses »

  1. argh..lawak siot entry yang ke 11 tue.mmg funny..:):)..for me santos will be the next legend..macam mantap mamat tue

  2. oooo aku sokong pemain no. 11 tu.. akhirnye setelah 2mingu..
    baru penulis bangkusimpanan menulis.. mmg seperti pemain simpanan
    betul… mayb ketika ini kakibangku sedang injurt… setelah diburu
    semlm oleh taurent n axe.. dgn kematian 14-0

  3. hahaha…menarik2.aku sokong player yg kesebelas tuh gak.denga cite barcelona nk sambar die sblom man u,ac milan,arsenal ngn selangor nk sambar die. leh ulas sket tak berite pasal tuh?? kunggem2

  4. Tumpang Iklan: Promosi harga jersi team bolasepak dan futsal

    http://jking.blalang.com

    Tq

  5. no prob bro.minat gak kat baju jking nie.. :):).

  6. sayangnya dalam barca bukan dos santos yg paling power. mengikut diehard fan barca yg aku kenal, bojan ape ntah. tu yang palin gpower. dah score dlm 600-700 gol masa main barca junior ngan reserve. gile tu

  7. yup.bojan tue ngan santos skang tengah gilir gilir main sebelum jadi 1st team untuk barcelona.kita tunggu dan lihat siapa lebih power.

  8. name die bojan krikic(ssh tol la name)kot.die pun ader dlm senarai 50 pemain.

Leave a Reply

Note: This post is over 7 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.