Fabio Capello, Pengurus Baru England

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

fabiocapello.jpg

Pada Khamis, 13 Disember 2007, FA England telah melantik Fabio Capello untuk memegang kerusi panas pengurus England. Selepas kegagalan melayakkan diri ke Euro 2008 dan pemecatan Steve Mclaren, Fabio Capello dilihat oleh FA England sebagai calon paling sesuai untuk membina semula reputasi England. Antara calon-calon lain ialah Jose Mourinho, Jurgen Klinsmann dan Marcello Lippi.

BorakBola.Net membawakan anda sedikit maklumat mengenai pengurus baru England ini:-

Kontrak bernilai 4 juta pound selepas cukai selama 4.5 tahun menjadi milik Capello. Ini bermakna Fabio Capello akan membimbing skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sumber dari FA England juga menyatakan yang pihaknya mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak Capello sekiranya prestasi England di bawahnya menunjukkan peningkatan.

Pencapaian Sebagai Jurulatih

  • 5 Scudetto (Kejuaraan Liga Itali). 4 dengan AC Milan dan 1 bersama AS Roma
  • 2 Kejuaraan Liga Sepanyol bersama Real Madrid
  • Juara 1993-1994 Champions League bersama AC Milan
  • Juara Super Cup bersama AC Milan pada tahun 1004

Pujian Dari Sir Alex dan Arsene Wenger

Perlantikan pengurus berwarganegara England ini mendapat pujian dari 2 pengurus berkaliber Liga Perdana England. Kedua-dua pengurus Arsenal dan Manchester United ini ternyata teruja dengan kehebatan CV Fabio Capello dalam arena bola sepak.

To manage a national team you need to be a certain age with plenty of experience and with a presence and a CV that is indisputable and Capello has all of that.” Sir Alex Ferguson

“He has a clear idea of what he wants. I believe as well he’s a strong winner. The guy is convinced of the methods he uses.” Arsene Wenger

Tentangan Dari Pengurus Lain

Perlantikan Capello tidak terlepas menerima kutukan ataupun rasa tidak puas hati daripada pengurus lain terutamanya pengurus berwarganegara England. Kebanyakkan mereka mahukan seorang rakyat England untuk mengurus skuad kebangsaan England. Antara petikan kata-kata tersebut ialah:-

“I’m sad to be honest. I’m a proud English manager and I would have loved an Englishman to have been in charge… You look at the CV and, I must admit, it’s enticing. He’s everything you’d want an English manager to be.” Steve Coppell, Pengurus Reading

“I wanted English. There’s a lot of good Englishmen and I just think it was only right we should have tried to get someone English.” Tony Adams, bekas pemain Arsenal

Pendapat BorakBola.Net

Dengan CV yang mengkagumkan serta corak pengurusan yang berdisplin serta keras, Fabio Capello merupakan pengurus yang selama ini dicari oleh England. Tentunya anda masih ingat bagaimana sikap Capello semasa mengendalikan Real Madrid. Dia dengan hati keringnya mengenepikan Beckham dari kesebelasan utama. Namun begitu komitmen dalam latihan yang ditunjukkan oleh Beckham menyebabkan Capello bersikap professional dengan mengaku kesalahannya dan memangil semula Beckham ke dalam skuad Real Madrid.

Masalah utama skuad England sudah tentunya di bahagian tengah. Capello harus menyelesaikan persoalan Gerrard dan Lampard yang tidak boleh beraksi bersama-sama. Tugasan pertama FA England kepada Capello ialah menentukan siapakah yang akan menjadi ketua pasukan England. Walaupun kini John Terry yang menjawat jawatan tersebut, dilihat kekurangannya dari segi memberikan inspirasi kepada rakan sepasukan memaksa pemilihan kembali dilakukan.

BorakBola.Net melihat Capello sebagai seorang pengurus yang mampu memberi England satu dimensi baru dari segi corak permainan. Selama ini England dilihat lemah di bahagian pertahanan. Capello adalah ‘master’ dalam corak bermain bertahan dan berdisplin. Di bawah panduannya, England akan menjadi skuad yang mementingkan ‘possesion’ dan mampu mengawal rentak permainan.

Mungkinkah England mampu membuat kejutan untuk Piala Dunia 2010 di bawah kendalian pengurus baru ini? Apa pendapat anda mengenai Fabio Capello? Jom kita borak sama-sama.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

5 Comments, Comment or Ping

  1. cet…syang mourinho x nak..aku lg prefer mourinho dari capello…

  2. yad

    weii nazu…scudetto capello dgn juve ko tak kire erk?

  3. scudetto tue tak dikira sebab diambik balik dari juve.kan diorang rasuah time tue..hehe. yang jatuh terus ke serie b tue.

  4. amirul

    Four scudettos with AC Milan, one with AS Roma, one with Juve (the other one later removed), one Champions League with AC Milan and one LaLiga title, (ex-cluding the domestic cup winnings in Italy).. These are just a not so huge portfolios, yet he’s the only small pieces from the brilliance that the Italians has had before and even now. There are others far much better than him in Italy, trust me and the Italians are always better when it comes to tactical. Capello is also the one who adores cattenacio which mostly implemented to several teams like Juventus, Real Madrid and also AS Roma. The issues was later than arised as his tactics were hugely receiving many criticism from the fans, players and even the top management of Real Madrid as the tactics which abandoned the attacking style of playing rather than sit back and defend as well as waiting for mistakes which might be done by the opponent.

    I’ll say the English later will present a very different game for us to view. Capello is a demanding coach.. he’s a dictator when he is on job.. if the English player still thought of being like in Hollywood league (EPL) star than the player then will rather not receiving any call ups.

    The best place for the English to be finish in the World Cup?.. To be realistic..with Capello, the semi final will be not far. BUT the team and the players theirselves were just too overrated and they don’t deserves that really. There is something that must be done to the EPL which today is port where too many commercialism in various aspects which creates unhealthy circumstances such as huge flows of foreigners.. especially for a team like Arsenal and Chelsea where these situation is resuting the neglecting of local talent.. Tom Huddlestone was the only world class talents that they had right now.

  5. Tristan

    yeah semoga lampard diketepikan dari skuad england. tengah letak gerrard. DM boleh la letak sesapa yg tak banyak skill mcm hargreaves. lagipun hargreaves sebagai pemain MU yang rata-ratanya pandai berlakon boleh la berlakon guling2 bie kene tackle. mesti semua pengadil simpati punye

Reply to “Fabio Capello, Pengurus Baru England”

Note: This post is over 5 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.