Everton Pecah Dominasi Big 4?

By KakiBangku • Jan 22nd, 2008 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

evertonlogo.jpg

Kalau dulu saya ada menulis artikel mengenai Everton(kelab kecil yang mengganas tanpa disedari ramai), kini saya ingin membuat follow-up selepas perlawanan minggu ke 23 Liga Perdana England. Kalau anda belum membaca artikel terdahulu, saya galakkan membacanya untuk mengetahui tentang pasukan Toffees ini.Kemenangan menentang Wigan 2-1(perlawanan away) pada minggu ini menyaksikan Everton melonjak naik ke tangga ke 4 kedudukan Liga England. Everton kini mengumpul 42 mata, diikuti Manchester City dengan 40 mata dan Liverpool di tangga ke 6 dengan 39 mata.

Mungkinkah musim ini sekali lagi Everton akan menjadikan tangga ke 4 milik mereka seterusnya memecah dominasi Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Liverpool selaku kelab Big 4 Liga England?

Sejarah telah membuktikan yang Everton bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah. Di kala jirannya(Liverpool) memenangi Champions League pada tahun 2005, Everton pula mencapai tahap tertinggi dalam sejarah kelab apabila mengungguli tempat ke 4. Kini Everton sekali lagi dalam proses untuk mengulangi sejarah tersebut.

Apakah sebenarnya rahsia kejayaan Everton? Tanpa pemain-pemain ternama dan mahal, David Moyes telah berjaya membina satu pasukan yang tidak mengenal erti kalah sebelum wisel penamat. Pasukan Everton dikenali dengan semangat gila mengejar bola, tidak bergantung kepada penyerang untuk jaringan gol dan konsetrasi yang cukup tinggi untuk setiap perlawanan.

Mungkinkah kelab kecil ini cuba membuktikan kepada peminat bola sepak bahawa duit bukanlah penentu kepada kejayaan sesebuah kelab? Mungkinkah situasi yang aman damai, sokongan penuh dari pihak pengurusan dan semangat kerjasama antara pemain merupakan faktor yang lebih penting dari memiliki pemain ternama?

Lihat sahaja jiran mereka iaitu Liverpool. Memiliki rangkaian pemain ternama dan hebat seperti Gerrard, Torres dan Xabi Alonso. Namun sayangnya suasana pentadbiran kelab yang kacau bilau, kurangnya sokongan terhadap Rafael Benitez dan yang terbaru isu pembelian kelab dari Dubai menyebabkan pemain-pemain ini tidak dapat menumpukan perhatian di atas padang.

Mungkin sudah tiba masanya dominasi Big 4 ini dipecahkan untuk memeriahkan lagi Liga England. Rasanya Everton merupakan kelab yang paling layak dan sesuai untuk sekurang-kurangnya membuka mata dunia bola sepak yang telah dikaburi dengan wang ringgit.

Go Everton Go.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

3 Responses »

  1. everton memang mantap sebab ada arteta..dengar cite pemain spain tu nk join arsenal.. :mrgreen:

  2. sori le arteta. wenger dah tetapkan yg dia akan pakai hleb-fabregas-flamini-rosicky sekurang-kurangnya utk beberapa tahun

  3. kalau arteta masuk pun ok apa.mantap gak dia nie.leh ganti ganti ngan flamini

Leave a Reply

Note: This post is over 7 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.