Everton, Mengganas Dalam Diam
By KakiBangku • Nov 29th, 2007 • Category: Liga England, Pendapat PeribadiJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Kemenangan 7-1 ke atas Sunderland baru-baru ini berjaya membawa Everton ke tangga 8 di dalam Liga Perdana England. Sebenarnya boleh dikatakan bahawa Everton adalah di antara pasukan yang kurang popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia. Bukan itu sahaja, hampir tiada berita sensasi mengenai pemain-pemain Everton yang menguasi ruang tabloid England. Hanya kadang-kala berita mengenai kelantangan pengurus pasukan Everton, David Moyes yang mengisi ruang belakang akhbar-akhbar di sana.
Namun tidak boleh dinafikan yang sebenarnya Everton merupakan pasukan yang diam-diam berisi. Pernah mencatat kedudukan tertinggi iaitu di tangga ke 5 Liga Perdana England untuk 2 musim sebelum ini, tidak mustahil untuk dijangkakan yang Everton merupakan salah satu pasukan yang mampu membolosi dominasi Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea. Ada beberapa faktor kebangkitan pasukan ini sebenarnya yang telah dikaji oleh penulis.
1. Kepercayaan Kepada David Moyes
Di kala kegilaan pihak pengurusan memecat pengurus-pengurus yang gagal membawa kejayaaan kepada kelab mereka, pengurusan Everton ternyata mengambil langkah bijak terus mempercayai keupayaan David Moyes walaupun di kala keputusan perlawanan tidaklah sebaik yang diharapkan. Martin Jol, Jose Mourinho, dan beberapa nama besar telah hilang jawatan mereka di kelab masing-masing akibat tekanan dari pihak pengurusan, namun begitu ternyata ada kesefahaman yang tinggi antara bahagian pengurusan Everton dengan David Moyes.
Mereka percaya yang kejayaan tidak dapat dikecapi dengan sekelip mata dan penukaran pengurusan yang acapkali akan menimbulkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Kini David Moyes dengan sokongan dari pihak pengurusan telah berjaya membentuk Everton sebagai satu pasukan yang bukan sahaja mampu bersaing di Liga Perdana England tetapi juga di Europah di dalam Piala Uefa.
2. Mikel Arteta dan Tim Cahill
Masih menjadi misteri hingga ke hari ini mengapa kelab-kelab besar sedunia tidak mempunyai minat untuk membeli kedua-dua pemain ini. Tidak keterlaluan dikatakan yang duo pemain tengah ini adalah satu satunya duo yang mampu menyaingi kehebatan pemain tengah ‘top four teams’ Liga Perdana England.
Ada satu ketika di mana kecederaan menimpa Mikel Arteta menyebabkan jentera tengah Everton lesu dan hilang daya kreativiti mereka. Baik sahaja dari kecederaan tersebut, Arteta berjaya menjaringkan gol dan membawa kembali Everton ke arah kemenangan. Ditambah pula dengan keupayaan Cahill untuk menjaringkan gol-gol penting(semasa menentang Chelsea), tidak dinafikan lagi selagi Everton berjaya memanjangkan kontrak kedua-dua pemain ini, selagi itulah Everton akan terus mampu bersaing di dalam Liga Perdana England.
3. Pembelian Yakubu
Sebelum ketibaan Yakubu, kebanyakan jaringan gol Everton datangnya daripada pemain tengah seperti Cahill dan Arteta. Ditambah pula dengan kecederaan Andrew Johnson, ternyata ketiadaan pemain serangan yang berbisa di depan gol telah membuntukan harapan Everton untuk terus mara terutamanya di dalam cabaran Piala Uefa. Pembelian Yakubu dari pasukan Middlesbrough adalah satu ‘masterstroke’ dari David Moyes.
Yakubu telah terbukti bukan sahaja sebagai pemain yang mampu menjaringkan gol tetapi juga merupakan seorang ‘team player’. Dengan larian bertenaga dan keupayaannya tendangan jauhnya, kini Everton memiliki barisan serangan yang tajam. Malah dengan adanya ‘rising star’ iaitu Victor Anichebe, kini David Moyes boleh menumpukan perhatian untuk mencari pemain baru di bahagian pertahanan dan tengah.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
hmm…tu la pasal, pelik gak, mcm tadde kelab minat nak pancing 2 mamat nih, arteta n cahill… derang berdua nih kira tulang belakang jentera serangan everton, tadde derang, everton cam kurang idea mcmmana nak attack…btw memang aku harapkan kalau derang nih tadde dlm everton, boleh la liverpool menang selalu dgn everton..hehehehe…
hehe.aku rasa tungu masa jer arteta tue nak kena beli ngan team besar.tahun dpankot
orang tak beli diorang coz tak glamor.
tak glamor but dari segi mutu permainan? mungkin setanding kot ngan top player lain
[...] dulu saya ada menulis artikel mengenai Everton(kelab kecil yang mengganas tanpa disedari ramai), kini saya ingin membuat follow-up selepas [...]