Euro 2008: Peluang Russia Di Bawah Hiddink

By KakiBangku • Mar 14th, 2008 • Category: Euro 2008

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

russianationalfootballteamlogo

Kesemua negara bola sepak yang pernah berada di bawah bimbingan Guus Hiddink telah berjaya membuat kejutan besar di dalam apa jua pertandingan. Selepas Korea Selatan di World Cup 2002 dan Australia semasa Piala Dunia 2006, kini giliran Russia pula untuk mendapat sentuhan ajaib Hiddink untuk Euro 2008.

Sedikit informasi mengenai pasukan kebangsaan Russia:-

  • melayakkan diri ke Euro 2008 dengan menjadi naib johan kumpulan E bersama Croatia dengan mengenepikan England yang merupakan pilihan utama untuk menjuarai Kumpulan E
  • ketua pasukan Russia, Andrei Arshavin telah di’ban’ daripada bermain 2 perlawanan awal Euro 2008 akibat masalah disiplin
  • melantik Guus Hiddink selaku pengurus pasukan pada 10 April 2006 semasa Hiddink masih menguruskan Australia
  • untuk Euro 2008, Russia diundi bersama dengan Spain, Greece dan Sweden di dalam Kumpulan D
  • Russia tidak pernah melepasi pusingan pertama untuk setiap kejohanan yang mereka pernah sertai selama ini
  • Russia kini berada di kedudukan 22 ranking FIFA
  • Roman Abramovich turut serta membantu menaikkan taraf bola sepak Russia dengan menghulurkan jutaan wang terutamanya untuk membina pusat latihan yang baru buat skuad kebangsaan mereka
  • di bawah Hiddink, pemain-pemain muda diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka sementara kebanyakkan pemain lama tidak dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan
  • salah seorang pemain Russia yang perlu diberi perhatian semasa Euro 2008 yang akan datang sudah tentunya ketua pasukan dan penyerang utama mereka iaitu Andrei Arshavin

Russia boleh dikatakan malang apabila diundi dengan negara-negara besar Eropah terutamanya juara Euro 2004(Greece) dan juga Spain. Jika Hiddink berjaya membawa Russia layak ke pusingan kedua dalam pertandingan ini, rakyat Russia sudah boleh berbangga dengan pencapaian skuad kebangsaan mereka.

Mampukah Russia membuat kejutan di Euro 2008 di bawah bimbingan Hiddink? Adakah ketiadaan ketua pasukan mereka untuk 2 perlawanan awal akan mencacatkan peluang Russia? Mungkinkah sentuhan emas Guus Hiddink akan berulang sekali lagi kali ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat apabila tirai Euro 2008 dibuka musim panas ini.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

Leave a Reply

Note: This post is over 4 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.