Sudah lama penulis tidak menulis artikel untuk website ini dek kerana kesibukan menghadapi peperiksaan dan masalah-masalah kecil yang lain. Kali ini penulis mahu membincangkan mengenai kemampuan pasukan England dan Russia untuk layak ke Euro 2008.
Seperti mana yang kita ketahui, Euro 2008 merupakan satu pentas yang amat gemilang dan berprestij skali selepas Piala Dunia bagi pasukan-pasukan bolasepak di Eropah. Jika mereka tidak layak ke Euro 2008, mereka seperti kehilangan sesuatu yang amat berharga sekali dalam hidup mereka apatah lagi untuk peminat-peminat fanatik England.
Jika kita lihat dari segi statistik, amat sukar sekali untuk pasukan England layak ke EURO 2008 tetapi untuk pasukan Russia, peratus untuk layak amat tinggi sekali.Jadi tidak hairanlah mengapa Hiddink megatakan bahawa pasukan England yang ada sekarang ini memang tidak layak sekali untuk mara ke pusingan Euro 2008.Penulis pun merasakan seperti begitu tetapi janganlah memandang rendah akan kemampuan pasukan England yang dikemudi oleh McClaren. Jika Russia mampu menewaskan Israel pada hari Sabtu ini,maka hancurlah impian rakyat jelata England dan pemain-pemain pasukan England kerana selepas ini Russia akan bertemu dengan pasukan yang amat kerdil iaitu,Andorra.
Pada pandangan penulis, pasukan Israel memang liat sekali untuk dikalahkan dan Russia mempunyai pemain-pemain yang berkebolehan dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Israel akan bermain tanpa kapten mereka, Youssi Benayoun yang cedera. Penulis merasakan perlawanan ini akan berkesudahan dengan keputusan seri yang dimana akan meletakkan peluang England untuk layak seperti telur di hujung tanduk yang tidak pasti bila akan jatuh berkecai. Jika Israel mampu menewaskan pasukan Russia, England perlu bersiap-sedia dengan segala senjata yang ada untuk menanti kunjungan pendahulu kumpulan E, Croatia.
Pada firasat penulis, England mampu untuk menewaskan Croatia kerana jika dilihat dari segi mental, England mempunyai kelebihan. Sekarang ini Michael Owen dilihat telah menemui semula sentuhan pemusnah beliau walaupun belum mencapai 100% tetapi kubu Croatia akan gementar dengan kelibat Owen. Penulis amat berharap pasukan England akan layak ke Euro 2008 kerana tanpa kelibat England dan penyokong-penyokong fanatiknya, amat bosan dan tidak cerialah Euro 2008 nanti. Sudah pasti semua penyokong England di seluruh pelosok bumi akan menyokong Israel dan berharap mereka mampu menewaskan Russia pada hari Sabtu nanti.
Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan tersebut.

November 15th, 2007 at 7:05 pm
russia menang england tak layak.kalau seri ada harapan lagi ler..heheh
:P.mampukah england?
November 17th, 2007 at 7:44 am
tetap sokong croatia…teringat world cup berapa entah.. croatia no. 3 ke 4.. sejak tu mcm kagum…
November 17th, 2007 at 2:45 pm
figtin russia