Euro 2008: Kumpulan Maut

By KakiBangku • Dec 5th, 2007 • Category: Euro 2008, Pendapat Peribadi

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

malaysia premiere football blog @ blog bola sepak

Group of Death atau kalau dialihbahasa ‘Kumpulan Maut’ pasti akan ada untuk setiap kejohanan besar. Sama ada Piala Dunia ataupun Piala Euro, kewujudan Group of Death bakal menyaksikan tersingkirnya 1 atau 2 negara gergasi bola sepak. Untuk Euro 2008 kali ini, Perancis, Itali, Belanda dan Romania telah diundi untuk bertarung di dalam satu kumpulan. Kumpulan ini sudah pasti akan menyajikan satu ‘excitement’ untuk para peminat bola sepak seantero dunia.

Untuk pengetahuan semua, Perancis dan Itali telah bertemu di pusingan kelayakan ke Euro 2008. Undian kali ini ternyata tidak menyebelahi kedua-dua finalist Piala Dunia 2006 ini apabila sekali lagi diundi di dalam kumpulan yang sama, ditambah dengan kehadiran Belanda dan Romania yang tidak boleh dipandang remeh. Terutamanya Belanda yang berada di bawah kendalian Van Basten sudah semestinya ingin membuktikan mereka juga adalah salah sebuah pasukan gergasi dunia.

Pada pendapat penulis, perlawanan terakhir di antara Perancis dan Itali untuk kumpulan maut ini akan menentukan siapakah yang akan layak ke pusingan kedua Euro 2008. Romania akan dilihat sebagai sebuah pasukan bajingan, di mana Perancis, Itali dan Belanda semestinya mahu mendapat 3 mata penuh apabila menentang Romania. Namun kehebatan ketiga-tiga negara ini akan diuji apabila mereka bertemu sesama sendiri.

Sesungguhnya Piala Euro kali ini menjanjikan aksi yang menarik terutamanya di dalam Kumpulan Maut ini. Walaupun ketiadaan England sedikit sebanyak bakal menjejaskan Euro 2008 kali ini, namun tidak boleh dinafikan kesemua negara yang berjaya melayakkan diri ke Euro 2008 kali ini semestinya menjanjikan sesuatu yang bermakna buat peminat bola sepak seluruh dunia.

Bagi penulis, Perancis dan Belanda akan berjaya meloloskan diri mereka daripada Kumpulan Maut ini untuk layak ke pusingan kedua. Apa pendapat anda?

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

16 Responses »

  1. Gila ape Romania bajingan. Top of the group tuh. Diramalkan Itali dan Romania ke pusingan ke-2

  2. Romania walaupun tak popular, pasti dapat mengejutkan gergasi bola yg lain. Aku rasa aku pon sama cam tristan, Itali n romania akan advance.

  3. hmmmm..nampaknya ramai tak sokong france…mngkin sebab zidane dah tak ada?

  4. Itali
    - perlu mengekalkan status Juara Piala Dunianya

    France
    - berterima kasih dgn Itali kerana mengalahkan Scotland di Pusingan Kelayakan Euro lalu…

    Romania
    - Maybe lih jadi next Greece…buat kejutan…hehe

    Belanda
    - Team ni bagus..tapi setiap kali bila kejohan besar-besar agak tenggelam..tak tau kenapa? syok time ada Marco Van Basten & Gullit…pastu entahlah..

  5. uih gile ada peminat holland classic kat sini. sayangnya gandingan van basten ngan gullit tak tahan lama. tapi sekarang gandingan van persie, robben ngan nistelrooy pun tak kurang hebatnya. kalau 3 org ni on form, holland ada peluang jadi juara. tapi lupa lak yg greece jadi juara edisi lepas. romania pun ada harapan nak buat camtu. tapi romania attacking team so… kita cuma boleh tunggu dan lihat je la kot

  6. erm..Marco Van Basten pun tak lama dlm arena bola sepak…sayang tul, muda dah kene retire awal..masalah kecederaan…

  7. skang dia nak tbus balik kot masa sekejap dia ngan holland.sebab tue dia jadi coach

  8. ada sesiapa ada video clip van basten tak, dgr citer dia main sebijik macam ruud van nisterooy.betul ker?

  9. Nice blog.. KakiBangku kalau nk tgk video van basten, klik kat nickname sy tu.. :wink:
    and nak tgk balik video2 euro 2004, bleh tgk sini: http://www.videoth.com/find.php?search=euro+2004

  10. @one: thanks for the link. confirm saya layan punyalah.terima kasih melawat.
    @chot: tak tau plak van persie islam.hoho.satu benda menarik.
    @thyeong: akhirnya sampai juga kau kat sini.thanks bro

  11. fuhh….aku harap france dpt balas dendam ngn italy final 06..go on france..!!i hate italy especially materazzi..

  12. holland bleh go lpas group ni imo..look out for ‘the hunter’ huahaha

  13. [...] target player Germany dari team Stuttgart. Dikatakan bakal menjadi star untuk team EURO Germany kt EURO 2008 tak lama lagi. Dia ini pernah jadi Bundesliga Best Player [...]

  14. sapa sokong itali?????? :evil: kompom kalah……

  15. knpe mu seri…

  16. bro bawak2 la update….huhuhuhu..

Leave a Reply

Note: This post is over 5 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.