EPL Review Minggu 25

By KakiBangku • Feb 4th, 2008 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

arsenal.jpg

Arsenal Football Club di bawah pimpinan Arsene Wenger kini mula mengorak langkah untuk mengungguli English Premier League. Dengan Emmanuel Adebayour sekali lagi menjaringkan 2 biji gol untuk Arsenal, selepas 25 perlawanan liga, kini Arsenal yang lebih dikenali dengan The Gunners mendahului pencabar utama mereka dengan 2 mata di puncak liga.

Dengan Manchester United dan Chelsea seri dengan lawan masing-masing, Arsenal meleburkan rekod tanpa kalah Manchester City di tempat sendiri dengan kemenangan bergaya 3-1. Malah tidak keterlaluan dikatakan yang The Reds Devil (Manchester United) bernasib baik untuk seri apabila Carlos Tevez menjaringkan gol dengan sepakan terakhir perlawanan. Manakala jaringan gol ‘debutant’ pemain baru Porstmouth, Jermaine Defoe menghalang Chelsea Football Club untuk membuat rekod 10 kemenangan berturut-turut.

Setelah dibelasah teruk oleh musuh ketat mereka (Totenham Hotspurs) di pertandingan Carling Cup, pemain-pemain muda Arsenal ternyata bangkit kembali untuk menunjukkan yang mereka telah bersedia untuk merampas takhta English Premier League dari Manchester United.

Arsene Wenger ternyata mengambil langkah bijak dengan memberi masa kepada penyerang baru Arsenal iaitu Eduardo untuk menyesuaikan diri dengan suasana English Premier League. Gol jaringan Eduardo (gol kedua Arsenal) semasa menentang Manchester City menunjukkan betapa tajamnya sentuhan pemain ini di hadapan pintu gol.

Yang pastinya kini Eduardo dilihat akan berpasangan dengan Adebayour untuk mengepelai jentera serangan Arsenal akibat kecederaan Robin Van Persie ditambah prestasi kurang memberangsangkan pemain muda England, Theo Walcott.

Manakala Liverpool Football Club akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan dengan menewaskan pasukan baru English Premier League (Sunderland). Sekali lagi keajaiban pemain baru Fernando Torres diperlukan untuk memastikan 3 mata penuh buat The Reds. Peter Crouch juga tidak mempersiakan peluangnya untuk menunjukkan yang dia masih berbisa di hadapan gol dengan tandukan padu menewaskan Craig Gordon.

Dengan hanya tinggal lebih kurang 13 perlawanan untuk menentukan kejuaraan liga, nampaknya hanya 3 pasukan iaitu Arsenal, Manchester United dan Chelsea yang akan bertarung hingga ke akhir. Pasukan manakah yang mampu menunjukkan kekuatan mental, fizikal dan stamina yang hebat sehingga ke perlawanan terakhir? Mampukah Arsenal mengekalkan kelebihan 2 mata mereka? Berkemungkinankah Manchester United menjuarai English Premier League untuk kali kedua berturut-turut?

Apa pendapat peminat bola sepak semua? Jom borak-borak dengan BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

One Response »

  1. hidup arsenal !! :mrgreen:

Leave a Reply

Note: This post is over 5 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.