[EPL] – Kakibangku and Bangkusimpanan’s Predictions

Filed under: Artikel Pilihan by: BangkuSimpanan

epl_600

Tatkala Bundesliga dan Ligue 1 membuka tirai, debaran EPL makin terasa. Minggu ini akan menyaksikan pertembungan kelab Liga Perdana . Adakah kemengan pada perlawanan pertama akan memberikan tonik dan seterusnya menaikkan nafsu buas pasukan Big Four untuk merebut kejuaraan?Ataupun kita akan menyaksikan pasukan-pasukan yang baru melayakkan diri ke Liga Perdana melakukan kejutan seperti musim lalu dimana Hull melakukan keajaiban pada awal-awal liga?

Borakbola.net pertama kali nya membawa anda melihat prediction/ramalan awal oleh 2 org yang hensem,segak dan bergaya iaitu Kakibangku dan Bangkusimpanan(nama dirahsia kan). Kedua-dua mereka adalah penulis untuk blog ini(ada seorg lagi tapi tidak dapat dihubungi).Mari kita lihat apa kata mereka….

Kakibangku :-

1. 3 pasukan tercorot – Burnley,Hull dan Wolves

Hull ni memang dari dulu x patut pun duduk kat EPL nie.Tgk manager die baru menang sket dh lagak mcm super star.Komplain sana-sini.Angan-angan nk masuk champions league la tue.Pastue untuk Burnley n Wolves ni diorng mmg susah nk survive kat EPL ni.Kudos la kat diorg sbb dpt masuk EPL.All the best ntuk diorg.

2. Juara liga – Man Utd

Isk2 ko ni tanya lagi.Mesti la Man Utd menang.Tiap2 tahun jawapan aku mesti Man Utd la.Usah ditanya lagi

3. Pasukan perlu diberi perhatian – Man City,Everton dan Fulham

Season ni Man City mampu beri cabaran kat Big Four.Lagi2 kat pasukan Arsenal.Tapi untuk diorg menang liga tu agak jauh lagi.Player star masih kurang lagi especially kat bahagian bek.Everton dan Fulham pun leh push untuk champion league spot so Arsenal,Liverpool n Chelsea xleh sambil lewa lagi la.Man Utd kompem x tercabar.haha

4. Player yang akan menyerlah – Valencia, Santa Cruz dan Rooney (cet 2 org player Man Utd)

Well aku bukan nk kata apa la.Tapi watch out la ngan Valencia n Rooney.Perghh aku suke gile tgk Valencia main.Mamat nie laju la jgk.Die leh burst lebey kurang mcm Ronaldo la jgk tapi skill gelecek die x sehebat Ronaldo la.Mamat nie kuat jgk assist.Bagus untuk Rooney la sebab die leh main CF season nie.Kompem die score banyak.Hidup Man Utd.Sorg lagi Santa Cruz. Mamat ni season lepas x score byk sbb injured n die pn dh mcm x nak main untuk team Blackburn dh. Season ni for sure la die leh score byk goal mcm season first die kat EPl dulu.


Bangkusimpanan :-

1. 3 pasukan tercorot – Hull,Stoke dan Burnley

Kompem la Hull tue season ni turun.Nasib baik je diorg tue season lepas.Season nie diorg xleh wat magik dah.Pastue kompem la jgk Burnley akan turun balik ke divisyen satu. Bukan nk kate diorg xleh survive ke apa, tp realitinyer player diorg kurang power sket. Stoke pn mcm akan turun jgk sbb season lepas senjata diorg pn bergnatung kat mamat yang leh throw in jauh tue.Lupe plak nama die.Gud luck la ntuk team-team ni ek

2. Juara liga – Liverpool

Aku rs la season nie season Liverpool la.Sian diorg dh bertahun-tahun kempunan nk mng liga(mcm Arsenal la jgk). Mula-mula aku nk letak Chelsea mng liga sbb Ancelotti tue power tp aku tetap yakin Liverpool akan membawa pulang piala Liga la musim nie.

3. Pasukan perlu diberi perhatian – Man City dan Birmingham

Of course la Man City kn?diorg dh berbelanja besar.Sumer player diorg angkut.Team diorg season ni lg kuar berbanding ngan season sblom nie. Diorg leh push ntuk pecahkn dominasi Big Four. Satu lagi team yg aku rs akan wat kejutan ialah Birmingham.Aku suke gile kat coach die,Alex McLeish tue.Kalu tgk player diorg pn not bad jgk la.Barry Ferguson,McFadden,Benitez,Liam Rigdewell..not bad la.

4. Player yang akan menyerlah – Owen,Arshavin dan Zhirkov

Owen ke Man Utd?mcm x percaya je Sir Alex wat gamble.Tetapi pada firasat aku la,Owen akan menyerlah season nie sbb die ni akan bermain time lawan team yang kurang kuat mcm Hull,Burnley dll.Kompem die score dan kalu die stay fit la.Maybe kat Man Utd nie peralatan ntuk medical nie lebey canggih untuk kurangkn kecederaan Owen.Haha.Season ni Arshavin mesti makin menyerlah.Season lepas die mcm setengah musim je. Pemain penting untuk Arsenal season nie.Pastue sorg lagi player baru Chelsea, Zhirkov.Mamat nie kalu tgk die main ntuk negara mmg power la n first debut ntuk Chelsea pn main mantap.Dalam FM pn die mantap jgk.haha.Apa-apa kite just wait n see je la.

Itulah komen mereka.Itu hanyalah ramalan sahaja.Mungkin betul dan mungkin tidak.Apa yang pasti,semua keputusan akan dapat diketahui pada akhir musim. Kita tgk sapa yang power meramal.Kakibangku ke?Bangkusimpanan ke?ataupun anda?

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

One Response to “[EPL] – Kakibangku and Bangkusimpanan’s Predictions”

  1. Bookies Hancuss Says:

    Pasukan tercorot (burnley, wolf & portmouth)
    Juara liga (Liverpool)
    Pasukan diberi perhatian (man city, Hull, Spurs)
    Player akan menyerlah (Valencia, Glen Johnson, Altidore)

Leave a Reply