EPL Week 29 & FA Cup Prediction

Filed under: Liga England by: KakiBangku

pemaintermahaldunia.jpg

Minggu ini bakal menyaksikan pertarungan serentak English Premier League dan FA Cup buat kelab-kelab bola sepak England. Dengan Manchester United dan Chelsea terlibat dalam perlawanan FA Cup, minggu ini adalah peluang besar buat Arsenal Football Club untuk menjarakkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga. Menentang Wigan di JJB Stadium selepas kemenangan berharga ke atas AC Milan, skuad muda Arsenal sudah tentunya berkeyakinan tinggi untuk mencapai kemenangan menentang kelab picisan Wigan.

Sementara perebutan tempat ke 4 di antara Liverpool dan Everton juga semakin hangat minggu ini. Dengan kedua-dua pasukan ini menentang kelab bermasalah(Liverpool berjumpa Newcastle sementara Everton bertemu Sunderland), 3 mata perlu dikutip buat mencerahkan lagi peluang mendapatkan tempat terakhir ke Champions League.

Dengan Fernando Torres menjaringkan hatrik kedua berturut-turut semasa menentang West Ham Rabu lalu, Rafael Benitez pastinya akan menurunkan Torres untuk menghancurkan barisan pertahanan Newcastle United. Newcastle walaupun dengan kehadiran pengurus lagenda mereka iaitu Kevin Keegan, pastinya akan turun bertahan di Anfield untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

Chelsea minggu ini akan bertemu dengan ‘giant killer’ Barnsley yang telah pun menumbangkan Liverpool pada pertandingan FA Cup. Bertandang ke Barnsley, Chelsea perlu berhati-hati dan tidak boleh terlalu yakin. Jika tidak alamatnya nasib yang menimpa The Reds akan sekali lagi menimpa Chelsea pula kali ini. Mungkinkah Barnsley akan sekali lagi membuat kejutan dengan menyingkirkan pula kelab gergasi London kali ini?

Manchester United dilihat tidak mempunyai masalah untuk mara ke separuh akhir FA Cup apabila menghiburkan Porstmouth di Old Trafford esok. Kemungkinan besar Sir Alex Ferguson akan merehatkan pemain-pemain yang telah beraksi semasa Champions League. Perlawanan esok merupakan peluangĀ buat pemain-pemain seperti Park Ji Sung, Nani dan juga Owen Hargreaves untuk membuktikan yang mereka layak bermain dalam perlawanan-perlawanan penting.

Prediction penulis untuk minggu ini ialah:-

1. Liverpool(3) vs Newcastle United(0)

2. Manchester United(2) vs Portsmouth(0)

3. Barnsley(1) vs Chelsea(2)

4. Sunderland(0) vs Everton(1)

5. Wigan(1) vs Arsenal(2)

6. Totenham(3) vs West Ham(1)

7. Reading(0) vs Manchester City(2)

8. Blackburn(3) vs Fulham(1)

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tags: , , ,

2 Responses to “EPL Week 29 & FA Cup Prediction”


  1. Warning: parse_url(http://) [function.parse-url]: Unable to parse url in /web/home/nazu23/html/wp-content/plugins/mbla/mbla.php on line 690
    nazu
    Says:

    manchester kalah laks.ish2.x menjadi betul prediction semenjak dua nie.hmm

  2. fral@udong Says:

    liverpool menang 3-0 perrgghh tepat siot prediction ahli nujum nazu. cume sayang Mcity nye result lain sikit je, die kalah 0-2 :smile:

Leave a Reply