Borak Bola

Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda

Borak Bola header image 2

England Menang Tapi Goyah

October 13th, 2008 · 4 Comments · World Cup 2010

Kemenangan 5-1 ke atas Kazakhstan nampak meyakinkan jika anda tidak menonton perlawanan England. Sayangnya mutu permainan yang ditampilkan agak mengecewakan. Walaupun dipenuhi dengan bintang-bintang ternama English Premier League, nampaknya Fabio Capello masih tidak dapat menemui ramuan kejayaan sebenar buat England.

Kembalinya Steven Gerrard menyaksikan rombakan besar-besaran dilakukan ke atas barisan tengah England. Gareth Barry beraksi selaku “defensive midfielder” dengan Gerrard dan Lampard diberi lesen maju ke hadapan. Sementara itu budak emas England Theo Walcott mengepelai sayap kanan dengan Rooney di sayap kiri. Heskey mengetuai jentera serangan sementara Mathew Upson menggantikan John Terry yang cedera.

Separuh masa pertama menyaksikan Wembley senyap apabila England gagal menembusi benteng Kazakhstan. Yang lebih menggerunkan, pemain-pemain Kazakhstan sekali sekala melancarkan “counter attack” yang merbahaya dan hampir mencipta gol. Kesilapan Matthew Upson yang nampak gementar menyaksikan David James marah apabila hantaran belakangnya hampir-hampir menyebabkan kucar kacir di barisan pertahanan.

Namun penggantian Gareth Barry dengan Shaun Wright Philips untuk separuh kedua menyaksikan England mula tajam dalam serangan. Rooney ditolak naik ke atas dan akhirnya England berjaya menjaringkan 2 bijik gol.

Sayangnya setiap perlawanan England pasti ada kontroversi atau berita berita hangat. Kali ini Ashley Cole yang menjadi mangsanya. Kesilapaan atau kekurangan konsentrasi dari pemain bek kiri ini menyaksikan Kazakhstan berjaya merapatkan jurang kembali kepada 2-1. Sejak kesilapan itu, apabila Ashley Cole menyentuh sahaja bola, dia akan diboo oleh penyokong-penyokong England di Stadium Wembley.

Namun begitu, akhirnya Rooney sekali lagi menjadi penyelamat England dengan menjaringkan 2 biji gol untuk memastikan 3 mata menjadi milik pasukan Three Lions. Kini England akan bertandang ke Belarus untuk misi mencari mata penuh dalam perlawanan keempat mereka.

Mampukah England mempamerkan permainan yang lebih bermutu di tempat lawan? Sama-samalah kita saksikan Khamis ini.

Tags: ··

4 responses so far ↓

  • 1 buya // Oct 13, 2008 at 12:58 pm

    tolak upson,heskey aku rase everyone played well especially during the 2nd half.hope we will see an even better game after this.good to see borakbola is back~ borakbola hwaiting!!!

  • 2 Tristan // Oct 14, 2008 at 7:50 pm

    heskey tu peranannya utk membuat partner dia jadi power. tengok la owen, fowler, amr zaki. semuanya nampak power :twisted:

  • 3 bd fabregas // Oct 15, 2008 at 3:38 am

    aku mmg x minat england pn..

  • 4 Abdullah Ghani // Oct 15, 2008 at 7:14 pm

    aku respect rooney dengan walcott..bukan senang nak ada mental dan physical mcm tuh ,nak jaga nama baik sebagai world-class player lagi…

    takper2…harap upson blajar dari silap dia…

Leave a Comment