Dinamik Duo, Fernando Torres Dan Gerrard
By KakiBangku • Mar 15th, 2008 • Category: Liga EnglandJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Ricardo Carvalho dan John Terry. Eduardo dan Adebayour. Apakah persamaan enam pemain ini? Kesemua mereka merupakan duo utama buat pasukan masing-masing. Manchester United mempunyai rekod pertahanan terhebat dalam Liga Perdana Inggeris disebabkan persefahaman yang tinggi antara Ferdinand dan Vidic. Adebayour pula mampu menjadi penjaring kedua terbanyak liga akibat keserasiannya dengan Eduardo sebelum Eduardo ditimpa kecederaan.
Kini Liverpool Football Club juga mempunyai duo mereka yang tersendiri. Fernando Torres dan Steven Gerrard. Rafael Benitez akhirnya telah menjumpai gandingan terbaik buat kelab jagaannya. Dengan meletakkan ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard betul-betul di belakang penyerang berbisa Fernando Torres(lebih dikenali dengan ‘free role’), gabungan kedua-kedua pemain ini ternyata begitu menyengat semenjak dua ini. Tambahan pula dengan Gerrard bermain sebagai ’support striker’, Xabi Alonso dan Javier Mascherano dapat mendominasi barisan tengah tanpa dikacau lagi oleh Steven Gerrard.
Semasa Gerrard diletakkan selaku ‘center midfield’ banyak permasalahan yang telah timbul. Rafael Benitez pening kepala memikirkan siapakah yang patut digandingkan bukan sahaja dengan Gerrard di bahagian tengah tetapi juga dengan Fernando Torres di bahagian hadapan. Seringkali Xabi Alonso yang mempunyai ‘range passing’ yang tinggi terpaksa diketepikan sementara Torres pula digandingkan dengan Dirk Kuyt.
Gandingan di atas ternyata gagal. Gerrard seringkali mencuba ‘Hollywood passing’ serta Dirk Kuyt gagal membentuk persefahaman dengan Torres. Ini merupakan punca utama Liverpool terkeluar dari saingan merebut kejuaraan Liga Perdana England sejak bulan Januari lagi.
Torres ternyata lebih selesa beraksi sebagai penyerang solo. Dengan kepantasan, kekuatan fizikal dan keupayaan untuk mengkucar-kacirkan pihak lawan dengan lariannya, Rafael Benitez akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan Gerrard sebagai pembantu kepada Torres. Gandingan ini ternyata berhasil dengan Gerrard berjaya membaca pergerakan Torres dan sebaliknya.
Sejak Torres dan Gerrard digandingkan bermula dari perlawanan Champions League menentang Inter Milan, Liverpool tidak pernah lagi mengalami kekalahan. Malah jumlah jaringan untuk setiap perlawanan juga semakin bertambah dengan Fernando Torres berjaya menjaringkan 2 hatrik berturut-turut. Steven Gerrard juga kelihatan semakin selesa dengan posisi yang diberikan apabila turut menjaringkan gol dan melakukan ‘assist’.
Andainya gandingan sempurna ini ditemui semenjak bermulanya liga, mungkinkah kedudukan Liverpool dalam tangga Liga England tidak seperti sekarang ini? Walaupun kini Liverpool mungkin layak untuk 3 kali berturut-turut ke Final Champions League, peminat Liverpool ternyata masih dahagakan kejuaraan liga buat The Reds. Mungkinkah dengan resepi kejayaan sudah ditemui musim ini, musim hadapan akan menjadi milik Liverpool?
Selagi Torres dan Gerrard beraksi dalam jersi merah, selagi itulah peluang untuk Liverpool menggapai kejuaraan liga masih dipunyai. Gandingan dinamik duo ini perlu diasah dari masa ke masa untuk menjadi gabungan terbaik dalam Liga Perdana England untuk musim hadapan.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
hmmm….smpai skang aku rasa syg giler dgn fernando torres!dia sorg striker yg hebat…kenapa la dia x nk pilih masuk man utd!!!rugi btol….
Sebab dekat arm band dia ada tulis “You’ll never walk alone”… a true LFC fan…like me..hahaha
hmmm…sb LFC lemah baru dia nk masuk tau!!coz kalo dia masuk team hebat mcm Man Utd, Torres pun iso dia x dpt nk men dlm 1st eleven!!!kekeke..jadi dia pilih team lemah, konon2 nk jadi saviour..hahah!
no offece ye bro….jus my opinion!=p
Cmon la chanpang… Fergie know how good he is. Torres even accepted a lower wages from what he got at atletico, just because he is Reds thru and thru….
btw, end of season, br tau lemah tak lemah bang. Ape pun tgu 22 hb nih…
xpaya tunggu end of dis season,skang pon da tau da!!!ermm…bkn team The Reds tu tgh fight utk mendapatkan tmpat ke-4 ke??
(jgn marah..hehe)
a’ah la! hujung minggu ni man utd lwn liverpool…ari tu man utd menang 1-0, tevez scored!! kali ni bg rooney lak jd hero score…
kita tgk sapa yg kenaa!!!
just wait and see…
manchester tengah lead bolton 2-0.dedua bijik pun ronaldo
x sabar~!!! YNWA