Diari Seorang Pemain Bola Sepak

By KakiBangku • Nov 27th, 2007 • Category: Bola Sepak Malaysia, Lain-Lain

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

BorakBola.Net dengan kerjasama seorang pemain bola sepak tempatan(nama terpaksa dirahsiakan demi langkah keselamatan) telah berjaya mendapatkan diari kehidupan seorang pemain bola di negara kita, Malaysia. BorakBola.Net akan mengemaskini diari pemain bola ini setiap hari untuk minggu ini. Mari kita dengar isi hati seorang pemain bola sepak tanah air kita untuk hari Isnin.

Isnin, 26 November 2007

Argh, malasnya nak bangun pagi-pagi ini. Hujung minggu dah habis rupanya. Rasa tak puas lagi berehat kat rumah. (Sambil membelek-belek jam loceng) Dah pukul 8 pagi rupanya. Training start pukul 9. Lambat lagi aku hari ini. Tak apa aku player paling senior kat situ, kalau bebudak hingusan tue kutuk aku tahulah diorang akibatnya. Aku bagitau je ‘coach’ suruh letak diorang kat bench jer.

Sekarang jam dah 915 pagi. Akhirnya aku dah siap mandi dan makan sarapan. Best gak nasik lemak ayam goreng Makcik Kiah nie. Sampai 2 bungkus aku pekena. Perut dah kenyang gile. Kenyang-kenyang gini teringat pesan ‘coach’ jangan makan berat sangat pagi-pagi. Nanti susah nak ‘training’ katanya. Awal-awal dulu ada gak aku mengikut cakap ‘coach’ makan telur separuh masak dan roti. Dapat la bertahan 2 3 hari. Perut orang Melayu, mesti nak nasik gak kan?

Sampai kat ‘training center’ dalam pukul 1030. Perut memulas la plak bila start engine kereta tadi. Terpaksa masuk balik rumah menunaikan kewajiban. Tengok kat padang tue bebudak junior 5-6 orang tengah beria buat ‘training one-two’ sesama diorang. Ushar lama-lama skit. Cis, bebudak senior sorang pun tak sampai lagi. Ponteng la nie. Nasib baik aku tak join diorang pergi carik ‘amoi’ kat nightclub malam semalam. Kalau tak ngan aku aku sekali tengah terbongkang kat rumah nie.

Setelah jumpa-jumpa ‘coach’ tanya apa kena buat hari ini, aku berjaya panggil sorang budak junior. Kamil nama dia. Cuba teka apa aku buat kat dia? Aku suruh dia amik stokin busuk aku dari locker pas tue aku suruh dia sarungkan kat kaki aku. Kekejaman aku tak berhenti setakat itu sahaja, aku suruh dia ikatkan boot aku dan gilapkan sekali. Bebudak junior ini sekali sekala kena ingatkan diorang siapa yang berkuasa dalam ‘dressing room’ nie. Kalau tak nanti naik kepala.

Habis ‘training’ hari ini aku ronda-ronda KL jap. Tak ada benda nak buat. Aku call Khaleed Jamelus tanya ada apa-apa projek nak dibuat bersama tapi dia tak angkat pulak. Tengah sibuk turun naik mahkamah selesaikan kes khalwat dia hari tue kot. Pelik betul Khaleed nie. Aku dah sound dah hari tue hotel tue tak ‘clear’ tapi dia taknak caya kat aku. Kan dah kena tangkap ngan JAIS. Nanti kalau kena denda 3 4 ribu aku gak dia yang cari nak pinjam duit. Nasib baiklah best friend aku.

Hmm.. Hari ini tak ada benda menarik yang berlaku. Esok aku ada ‘interview’ dengan majalah BOLASEPAK. Nanti aku ceritakan apa yang berlaku. Jangan lupa untuk layari laman web BorakBola.Net. Selamat malam semua. Majulah bola sepak untuk Malaysia.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

6 Responses »

  1. berat ni cite rekaan :p

  2. hahah.mungkinkah ini satu realiti di arena bola sepak negara kita?

  3. ni ker yang dikatakan pemain profesional.

    tak tau la aku, ni amatur ke profesional.

  4. Diari ini hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan imaginasi penulis..hehe.tapi logik jugak kan jadi kenyataan?

  5. kalu nazu wat mmg logik kot.hahah

  6. kalau betullah ada pemain cam gini.memang hancur pasukan dia tu.tak ada
    semangat berpasukan langsung.coach dia plak macam bodo jer.dok kasi
    pemain datang lwt.mesti tak pernah menang piala ni.

Leave a Reply

Note: This post is over 7 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.