Diari Seorang Pemain Bola Sepak II
By KakiBangku • Nov 29th, 2007 • Category: Bola Sepak Malaysia, Lain-LainJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
BorakBola.Net dengan kerjasama seorang pemain bola sepak tempatan(nama terpaksa dirahsiakan demi langkah keselamatan) telah berjaya mendapatkan diari kehidupan seorang pemain bola di negara kita, Malaysia. BorakBola.Net akan mengemaskini diari pemain bola ini setiap hari untuk minggu ini. Mari kita dengar isi hati seorang pemain bola sepak tanah air kita untuk hari Selasa.
Selasa, 28 November 2007
‘First of all’ aku nak minta maaf sebab terlambat nak ‘update’ diari untuk hari Selasa. Bukan apa hari Selasa hari itu aku penuh dengan aktiviti. Yang paling penting aku pergi turun ‘training’ full. Tak tahu mengapa tiba-tiba semangat datang pulak, habis ‘training’ pagi dengan ‘training’ petang aku tak miss. Lepas ‘training’ petang pulak aku ada interview dengan majalah BolaSepak. Memang penat habis aku hari Selasa lepas. Ini aku nak cerita pasal ‘interview’ tersebut.
Lepas latihan sesi petang tue, aku tunggulah wartawan yang nak interview aku tue. Dekat setengah jam jugak aku tunggu, dah abis berbulu dah kaki aku. Tapi aku dah siap mandi, pakai gel rambut ngan pakai minyak wangi. Mana la tau yang datang temuramah aku tue awek kan. Leh la sambil menyelam minum air. Tunggu punya tunggu, sekali yang datang tue memang awek. Pergh, cun gila aku cakap sama ngan korang. Tak sangka lak majalah BolaSepak ni ada simpan awek cun camnie. Hilang perasaan marah yang membara tadi.
Temuramah tue pun bermula la. Soalan dia pedih-pedih gak la. Minah tue tanya kenapa mutu permainan aku semakin merosot sekarang. Aku ingatkan tak ada orang ‘concern’ pasal prestasi aku, rupa-rupanya tak ku sangka ramai jugak peminat yang ambil berat.
Pastue dia tanya lagi, apa pendapat mengenai kehidupan sosial pemain bola sepak negara(nie mesti sebab kes si mamat Khaleed Jamelus la nie). Terkedu gak aku nak jawap. Bukan apa aku pun jenis pergi gak disko, dangdut, dan kengkadang pun gi gak carik amoi kat Bukit Bintang. Bukan apa sekali sekala pergi menghilangkan ’stress’ main bola. Kami pun berhak jugak nak dapat kepuasan diri.
Tapi aku tenang je jawap soalan-soalan minah tue bagi. Nampak professional orang kata. Isi temuramah tue tak boleh la letak kat sini, nanti korang tak beli pulak majalah tue. Lepas interview tue ada la sessi ambil gambar. Ada ke patut jurukamera tue suruh aku tunjuk badan aku. Katanya nak bagitau yang badan pemain Malaysia pun ‘tough’ macam pemain luar. Masalahnya perut aku tengah ‘memboroi’ sekarang ini. Nasib baik dia kata ambik jer dulu, nanti dia ‘photoshop’kan gambar tue kasik nampak ‘tough’.
Habis interview tue, apa lagi aku pun interview la minah cun tue laks. Tanya berapa lama dia dah kerja kat situ, siapa pemain dia minat, single lagi ker, leh ajak keluar makan ke? Last sekali aku mintak nombor telefon dia. Dia kasik beb gua cakap lu. Kiranya saham aku nie tinggi lagi la. Hujung minggu ini dia janji nak datang tengok match aku, lepas tue kitorang dating. Gembira tak terkata.
Malam itu aku tidur lena dibuai mimpi bersama si wartawan.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
hahahaha…sape la agaknya watak sebenar dlm cerita ini ek?
haha.member kepada khaleed jameluss..hehe :P:P
teruk tul perangai pemain bola sepak kiter.tak berdisilin langsung.
hahahaha…shukor adan ke? kuikuikui…
khalid la 2,,,,ape cite bola mlm nie