[CL] – Pool, u r out!!Barcelona hidupkan peluang

Filed under: Artikel Pilihan by: BangkuSimpanan

champions_league

Yeah. Itulah apa yang terjadi pagi tadi. Liverpool tidak layak ke pusingan seterusnya. Nampaknya tahun ni tiada kelibat Liverpool dalam CL. Benitez sungguh bernasib baik apabila masih lagi membimbing Liverpool walaupun tidak layak ke pusingan CL yang seterusnya.

Walaupun Liverpool berjaya menewaskan pasukan kerdil, Debrecen dengan jaringan 1-0, Liverpool secara matematiknya terkeluar dari CL sebab Fiorentina menang 1-0 ke atas Lyon. Memang tahun ni bukan nasib Liverpool. Liverpool pun struggle nak menang lawan Debrecen. Gol Liverpool di jaringkan oleh N’gog. Kepada semua peminat Liverpool jangan bersedih. Liverpool boleh menang Europa League. Hehe.

Peter-Szakaly-Steven-Gerrard-Debrecen-v-Liver_2388850

fiorentinaceleb220091124_500x282

Manakala Barcelona pula mengukuhkan peluang ke pusingan setersunya apabila menang 2-0 ke atas Inter Milan. Nasib baik diorang menang, kalu diorang kalah memang sukar untuk layak. Memang group ni semua mata dekat-dekat je. Rubin Kazan seri dengan Dynamo. Jangan pandang rendah Rubin ni. Kecil-kecil cili padi.

barcelonabanteretoo20091124_500x282

Arsenal pula telah menempatakn diri dalam kelompok 16 pasukan yang layak selepas mengalahkan Standard dengan 2-0. Denilson kembali beraksi dan score satu gol dari jarak 30 yards. Tetapi dalam kegembiraan ada kesedihan apabila Arsenal mengalami masalah di bek pertahanan menjelang perlawanan menentang Chelsea apabila Gibss (metartasal..kompem lama injured nie) dan Gallas (ankle)cedera.

arsenaldenilsonceleb20091124_500x282

Keputusan lain:

Rangers 0 : 2 Stuggart

Unirea 1 : 0 Sevilla

Alkamaar 0 : 0 Olympiakos

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

2 Responses to “[CL] – Pool, u r out!!Barcelona hidupkan peluang”

  1. DHFTBL Says:

    pool out mungkin seiring dengan benitez out…

  2. rafiz2000 Says:

    bukan rezeki liverpool nampaknya..
    kalau kat malaysia dah lama benitez kena sack..

Leave a Reply