Chelsea Tanpa Didier Drogba

By KakiBangku • Dec 7th, 2007 • Category: Liga England

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Berita malang buat peminat Chelsea. Penyerang utama mereka iaitu Didier Drogba telah dikenalpasti mengalami kecederaan lutut yang serius menyebabkan dia terpaksa direhatkan untuk 5 minggu.

Ini bermakna, dengan tugasan mewakili negaranya ke Piala Afrika, Drogba berkemungkinan besar tidak akan beraksi lagi untuk Chelsea sehinggalah penghujung bulan Februari.

Dengan jadual perlawanan yang sibuk menjelang Boxing Day, semestinya kelibat Drogba yang mengepelai jentera serangan Chelsea akan dirindui ramai. Tidak salah diperkatakan bahawa untuk kebelakangan ini, Drogba merupakan faktor utama kebangkitan semula Chelsea selepas pemergian Jose Mourinho.

Walaupun baru-baru ini Drogba telah menyatakan keinginannya untuk berpindah dari Chelsea, namun begitu kekuatan fizikalnya, keupayaan mengasak benteng pertahanan lawan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap kali menyarung jersi biru Chelsea, ternyata penyokong-penyokong Chelsea terus menerus memberikan sokongan terbuka kepada pemain ini.

Kini dengan ketiadaan pemain serangan yang terbukti berkaliber sebagai pengganti Drogba(Sheva dan Kaiou masih tidak sepenuhnya mengadaptasi dalam Liga England), adakah Roman Abramovic akan sekali lagi membuka buku ceknya untuk membeli penyerang baru untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Drogba? Sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah yang akan memeriahkan lagi Stamford Bridge apabila waktu perpindahan dibuka kelak.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

7 Responses »

  1. Tuler…banyak duit….lih beli selagi mampu player-player yg dasat..pastu kumpulkan dalam satu team..pastu ada player yg sebelum ni lih main sepenuh masa dlm team sebelumnya, tapi kat chelsea…kene jadi pemerhati yang sejati…hehehe….Sayang-Sayang..

  2. haha.contoh paling bagus ialah cudicini.sebelum cech datang dia tue antara best keeper kat epl. tapi skang nie makan gaji buta jer duduk kat bench.cian tul cudicini.pelik gak takder orang nak beli mamat nie

  3. cam best gak makan gaji bute nih. tp tak fun laa kan…tk dpt main.papehal gaji byk , tarak hal nyer

  4. cudicini dah tua.memang patut dia dok kat bangku.sian

  5. hohoho.walaupun dah tua tapi dia power gak.mantap dulu dia nie.mungkin dia dah x berminat nak main bola sangat kot

  6. Mentaliti mkn gaji buta nih rasanya player kat msia jek kot? tak kisah pon main ke tak main ke, janji dpt gaji. Tgk player pro liga lain, tak main sekali sikit punya bising depa…

  7. :roll: emmmm…

Leave a Reply

Note: This post is over 7 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.