Chelsea Baru - Menarik Tertarik

By KakiBangku • Nov 2nd, 2007 • Category: Liga England, Pendapat Peribadi

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

Roman Yang GembiraPemecatan Mourinho membuatkan ramai peminat bola sepak terkesima. Impaknya lebih kepada penyokong Chelsea kerana Mourinho ternyata telah berjaya membawa kejayaan yang selama ini tidak mampu dikecapi. 2 Piala Liga England adalah hadiah perpisahan yang cukup berharga daripada Mourinho kepada para penyokong setia Chelsea. Di bawah kendalian Mourinho, Chelsea berjaya mengecapi kejayaan namun corak permainan yang dikatakan tidak cukup menarik dikatakan punca utama pemecatan pengurus ini.

Pemilik kelab Chelsea, Roman mengimpikan bukan sahaja kemenangan bagi Chelsea tetapi kemenangan yang bergaya. Dipermudahkan lagi, Roman mahukan Chelsea memenangi perlawanan seperti mana pasukan Barcelona, Arsenal dan Manchester United mengatasi lawan mereka. Dengan erti kata lain, Roman mahukan ‘beautiful football’ diamalkan di dalam pasukannya. Mourinho ternyata gagal dalam merealisasikan impian Roman walaupun berjaya menambah koleksi piala kemenangan untuk Roman. Akibatnya Mourinho dipecat serta-merta. Terus naik nama-nama pengurus besar seperti Jurgen Klinsmann, Gus Hiddink dan Sven Goran yang dikatakan bakal menggantikan kerusi panas Mourinho.

Namun begitu, pengganti Mourinho yang tiba adalah seorang pengurus yang tidak terkenal langsung dan kewibawaannya masih tidak terbukti. Nama Avram Grant ternyata membawa seribu satu persoalan terutamanya kepada penyokong Chelsea. Lebih menggemparkan lagi, Avram dikatakan tidak mempunyai sijil kejurulatihan yang diperlukan untuk menjadi seorang pengurus. Kerisauan mula menyelubungi peminat Chelsea. Pelbagai persoalan mula menghantui. Mampukan pengurus baru ini membawa Chelsea lebih baik dari Mourinho? Siapakah Avram Grant?

Dengan kecederaan yang melanda 3 tonggak utama Chelsea (Lampard, Drogba dan Terry), ternyata permulaan pengurusan Chelsea bagi Avram tidak seindah yang diimpikan. Tidak nampak tanda-tanda krisis yang melanda Chelsea semenjak pemergian Mourinho dapat diredakan. ‘Beautiful Football’ yang dijanjikan oleh Avram untuk peminat Chelsea tidak pula ditunjukkan pada awal-awal perlawanan yang dibimbingnya. Kedatangan pembantu pengurus, Henrik Ten Cate dari Ajax pula semakin menggamitkan suasana kacau bilau di Chelsea, dengan pihak pengurusan bertukar wajah sepenuhnya. Semenjak pemecatan Mourinho, Chelsea hanya mampu seri dengan Fulham, menang dengan Valencia (2-1) dan menang dengan Bolton (1-0) dengan setiap perlawananan tidak menunjukkan perubahan nyata ke arah ‘beautiful football’ yang dijanjikan.

Namun begitu, dengan kembalinya Drogba dan Lampard, Chelsea mula menunjukkan taring mereka di bawah pengurusan baru. Kemenangan yang menyakinkan ke atas Boro (2-0), diikuti pula ke atas Schalke 04 (2-0) mula merubah pendapat pemerhati bola sepak terhadap corak permainan Chelsea. Tidak ada lagi hantaran jauh kepada Drogba, sebaliknya Chelsea mula mengamalkan hantaran pendek dan ‘counter attack’. Kemuncak revolusi Chelsea terbukti apabila mereka membelasah Manchester City 6-0 dengan kesebelasan utama Chelsea mula menunjukkan mereka memahami gaya permainan yang dikehendaki oleh pengurus mereka. Kini Roman mula tersenyum lebar dan senang hati kerana pemecatan Mourinho yang dilakukan ternyata membawa perubahan yang baik kepada kelab miliknya.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

Leave a Reply

Note: This post is over 8 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.