Jom Main Game
By KakiBangku • Nov 20th, 2007 • Category: Lain-LainJika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.
Aku masih ingat lagi masa mula-mula kawanku perkenalkan ‘game’ ini. Mesti bosan punyalah ‘game’ nie, kataku di dalam hati. Championship Manager 3, masa itu kalau tak silap tahun 2001. Tak ada lagi Football Manager yang macam sekarang ini. Syarikat yang buat game ini pun namanya Eidos. Sekarang syarikatnya dah hancur lebur dengan kebanyakkan ‘programmer’ pergi join buat Football Manager.
Untuk tak menghampakan rakanku itu, aku pun ‘install’ lah menatang game Championship Manager 3 ini. Sambil dengar rakanku bercerita tentang pasukan Chelsea yang kononnya dia tengah urus masa itu. Katanya Chelsea di bawah pimpinan dia sekarang ini dah menang semua piala yang boleh dimenangi. Aku cuma angguk-anggukkan kepala sahaja. Cuba untuk memahami.
Setelah selesai urusan ‘installation’, aku terus pilih Manchester United untuk diurus. Dengan nama manager ‘buzzerseven’ aku telah mula mengorak satu langkah ke arah pembuangan masa yang tak mampu akan aku bendung. Masa itu team Manchester masih ada Roy Keane, Veron, Beckham dan Barthez. Dengan perlahan-perlahan aku cuba memahami ‘game’ ini tanpa menyedari yang aku sebenarnya akan menjadi gian seperti gian dadah terhadapnya.
Tanpa aku sedari, rupa-rupanya dah 3 jam aku duduk di depan komputer menghadap Championship Manager 3 ini. 3 jam berlalu tanpaku sedari. Aku tekad aku akan tutup benda ini selepas perlawanan seterusnya. Dengan tekad yang jitu ini, aku tekan butang ‘continue’ untuk ke perlawanan seterusnya. Aku tak ingat lawan siapa tapi yang aku tahu aku menang dengan 5-0. Wah, ini sudah bagus. Aku tak boleh berhenti sekarang. Aku dah dapat feel seorang manager yang berjaya, fikirku. Rakanku yang ada tadi entah bila telah balik ke rumahnya pun aku tak sedar. Di luar kawalan, aku terus menerus menekan butang ‘continue’.
Gian aku semakin bertambah bila kawanku mengenalkan beberapa forum untuk mencari pemain dan taktik terbaik. Habis 2,3 malam aku tak tidur mencari taktik terbaik. CM3 ini memang jahat. Anda akan menang beberapa perlawanan awal dan kemudiannya siri kekalahan akan muncul membuatkan rasa tak puas hati timbul dengan meluap-luap. Aku mula mengkaji mana silapnya, membuat ‘posting’ di forum-forum untuk mencari tips-tips. Akhirnya aku telah terkecimpung dalam bahana paling hebat bagi aku ketika itu. Berpuluh-puluh jam di depan komputer dengan perut kosong, asap rokok dan air teh tetapi tak mampu untuk meninggalkan kerusiku.
Aku ingat lagi pemain lagenda dalam CM3. Namanya To Madeira. Seorang penyerang. Memang dia hebat. Sebenarnya pemain ini tak wujud tapi ‘programmer’ game ini saja-saja letak pemain ini. Aku beli dia dengan harga $50,000 dan pulangannya kepada aku ialah 40-50 gol setiap musim. Harga dia naik mencanak-canak sampai $30 juta pound. Memang kalau aku mulakan game baru untuk CM3 ketika itu, dialah pemain pertama yang akan aku beli.
Kini aku dah bertaubat dari game-game seperti ini. Awal tahun dulu aku tewas juga kepada Football Manager 2007 tetapi taklah tewas seteruk ketika aku bermain CM3. Memang gian. Tak tahu apa yang membuatkan kegianan itu berlaku. Kalau anda hendak tahu, cubalah Football Manager 2008 yang baru dikeluarkan. Dengar khabarnya bagi mereka yang sudah berkahwin dan main game ini, kalau isteri bogel di sebelah pun anda boleh buat tak tahu.
Yang penting, jangan gian sampai tak siap kerja yang boss bagi sudahlah. Dan jangan sampai bini cari laki lain buat mereka yang dah berkahwin.
Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini
KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku
hahaha…menarik2. 1 perubahan menarik. ini mcm laaa ^^
hahah.perubahan macam mana itu encik yalley? dari segi penulisan?
iyeaa….die mcm lebeh sempoi n ade unsur2 lawak .ㅋㅋㅋㅋ
jom main FM 2008 cuti nie.haha.ader berani nazu?
hahahaha…pengalaman pertama kau terhadap CM3 sama macam aku la… tapi sekarang dah ‘cuci tangan’ dah…hehehe…
ahahha.rasanya semua orang pun sama kot..hehe