Champions League Round 16 2nd Leg Preview

By KakiBangku • Mar 3rd, 2008 • Category: Liga Juara-Juara

Jika anda merupakan pembaca baru BorakBola, apa kata langgani RSS BorakBola untuk tidak ketinggalan sebarang artikel menarik dari kami. Terima kasih kerana sudi melawat.

logochampionsleague.jpg

Minggu ini Champions League Round 16 2nd Leg akan berlangsung. Gergasi-gergasi bola sepak Eropah akan berentap untuk menentukan siapakah yang akan melangkah setapak lebih dekat untuk menjulang piala idaman setiap pemain bola sepak. BorakBola.Net - Blog Bola Sepak Malaysia Terbaik Anda membawakan analisa dan ‘prediction’ buat setiap pasukan yang terlibat kali ini:-

1. AC Milan(0) vs Arsenal(0)

Kegagalan Arsenal Football Club menjaringkan gol di Emirates Stadium pada pusingan pertama berkemungkinan besar akan membawa padah kepada mereka. AC Milan terkenal dengan kekebalan benteng pertahanan di San Siro. Ditambah pula dengan kecederaan yang menimpa Eduardo, barisan serangan Arsenal kini hanya tinggal Adebayour dan Bentler(yang tidak mempunyai banyak pengalaman di Eropah). Namun begitu AC Milan juga berkemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat Seedorf, Kaka dan Emerson akibat kecederaan.

Prediction Penulis: AC Milan(2) vs Arsenal(0)

2. Barcelona(3) vs Celtic(2)

Kekalahan terhadap Atletico Madrid pada hujung minggu baru-baru ini dilihat tidak akan memberi kesan buat pemain Barcelona apabila menentang Celtic Selasa ini. Menjaringkan 3 gol semasa di tempat lawan, Barcelona adalah pasukan yang mempunyai peratusan yang tinggi untuk layak ke suku akhir Champions League. Celtic nampaknya terpaksa melupakan impian mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Prediction Penulis: Barcelona(2) vs Celtic(0)

3. Sevilla FC vs Fenerbahce

Sekiranya Frederic Kanoute menunjukkan persembahan yang sama semasa perlawanan di Fenerbahce, peminat-peminat Sevilla FC tidak perlu gusar. Bekalan jaringan 2 gol di tempat lawan hasil usaha Kanoute dilihat mampu dijadikan bekalan buat pasukan ini. Namun begitu pertahanan Sevilla perlulah memberi perhatian khusus buat Mateja Kezman kerana penyerang ini dilihat mampu menghasilkan jaringan penting buat Fenerbahce.

Prediction Penulis: Sevilla FC(2) vs Fenerbahce(1)

4. Manchester United(1) vs Lyon(1)

Jika Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand mampu mengekang pergerakan pemain muda berbahaya Perancis iaitu Karim Benzema, The Reds Devil dilihat tidak akan mempunyai masalah untuk layak ke suku akhir Champions League. Dengan kebanyakan pemain-pemain utama seperti Cristiano Ronaldo, Paul Scholes dan Wayne Rooney direhatkan semasa menentang Fulham minggu lepas, skuad Manchester United dilihat tidak akan mengalami masalah ‘fatigue’ untuk perlawanan kali ini. Kesilapan Lyon membenarkan satu jaringan semasa perlawanan 1st leg akan memakan diri kali ini.

Prediction Penulis: Manchester United(3) vs Lyon(1)

5. Real Madrid(1) vs AS Roma(2)

Kelemahan barisan pertahanan Real Madrid benar-benar terbukti semasa perlawanan 1st leg di Roma. Namun begitu Bernebau Stadium memang dikenali sebagai benteng kebal buat pasukan Raul Gonzalez ini. Namun malangnya, Arjen Robben yang merupakan kunci serangan Real Madrid pada perlawanan lepas dikatakan bakal tidak dapat beraksi kali ini. Saya meramalkan perlawanan antara 2 pasukan besar ini adalah yang paling menarik akan berlaku pada pusingan ini.

Prediction Penulis: Real Madrid(3) vs As Roma(1)

6. Chelsea(0) vs Olympiacos(0)

Persembahan hambar pada pusingan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang yang sama rata. Kekalahan di tangan Totenham pada Carling Cup bakal menyaksikan pemain-pemain Chelsea lebih bersemangat untuk merebut Piala Champions League musim ini. Dengan hampir kesemua kesebelasan utama telah pulih dari kecederaan, Olympiacos dilihat akan menjadi mangsa pasukan Avram Grant kali ini.

Prediction Penulis: Chelsea(2) vs Olympiacos(0)

7. FC Porto(0) vs Schalke 04(1)

FC Porto bakal menggunakan pengalaman mereka di Eropah untuk menundukkan Schalke 04 pada pusingan kali ini. Sekiranya pemain-pemain Schalke 04 berjaya mengikat jaringan sehingga tamat separuh masa pertama, pemain-pemain FC Porto akan mudah dihukum menerusi ‘counter-attack’ pada separuh masa kedua.

Prediction Penulis: FC Porto(1) vs Schale 04(1)

Perlawanan antara Inter Milan dan Liverpool akan berlangsung minggu hadapan akibat permasalahan perkongsian stadium di antara AC Milan dan Inter Milan. Preview mengenai perlawanan ini akan dibuat pada minggu hadapan.

Baca Artikel Yang Berkaitan Dengan Artikel Ini

Tagged as: , , ,

KakiBangku ialah seorang lelaki kacak yang mempunyai passion mengenai dunia bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Penyokong kelab Manchester United dan masih menyimpan impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Email this author | All posts by KakiBangku

Leave a Reply

Note: This post is over 6 months old. You may want to check later in this blog to see if there is new information relevant to your comment.